SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Selasa, 22 Disember 2009

GI ZOO JOHOR

Korang nak tau, sabtu ngan ahad yang lepas (19 & 20.12.2009) aku gi zoo.Sebenarnya gi zoo ni best gak.Taklah seperti aku punye pemikiran dulu, gi zoo?apa 'class' kan.Dapat gak tenangkan fikiran, kenal binatang-binatang. Mula2 tu aku gi ngan suami dan anak aku je hari sabtu tu. Ahad tu lak, family yang jaga anak aku plan lak nak gi, so dieorang ajak lah kami sekali. Aku follow je lah, dah takde pa nak buat kan. Plan balik kampung minggu depannye. Bukan tak nak balik, gaji lom masuk lagi. Aku biasa balik kampung time dapat gaji. Hehehe. Pepaham jela. Kat zoo johor ni ok gak tau, ada tempat main kayuh kat air tu. Boleh gak naik kuda tuk anak-anak yang nak rasa naik kuda. Gambar ada, tapi lom masukkan lagilah. Kang dah ada, aku masukkan gambar kiteorang yang gi tu eh........

Selasa, 15 Disember 2009

GUNDAH GULANA HATIKU INI

Ntahlah, hari ni hati aku rasa tak keruan.risau, berat hati, semuanya bercampur gaul.ada benda yang aku sembunyikan ingin aku huraikan.tapi aku masih berasakan bilakah masa yang sesuai.mungkin korang tak mengerti.aku pasti, tapi.......takpelah, tunggulah apa yang bakal terjadi nanti.

Jumaat, 11 Disember 2009

TAHI LALAT DI TAPAK KAKI PETANDA DAPAT BERJALAN JAUH?BETUL KE?



Betul ke erk?entahla, no komen.tapi yang pasti memang tapak kaki aku ada tahi lalat.hehehe.sebenarnya semuanya kebetulan je kot, kalau dah rezeki kite, InsyaAllah kita akan gi gak.Bukannya apa, 'trip' aku ke medan pada 3.12.2009 sehingga 6.12.2009 ni tak semua dapat pegi, kalau ikut budak 'office' aku yang dapat gi cuma 9 orang (tak termasuk bos aku la)

Khamis, 10 Disember 2009

PERTAMA KALI NAIK KAPAL TERBANG













Erm....kalau korang nak tahu, baru2 ni aku dapat ke Medan, Indonesia bersama kekawan pejabat dari seluruh tanah air.Tapi yang aku nak cakap ni pasal naik kapal terbang sebab inilah kali pertama bak kata orang puteh tu 'first time' lah aku naik bendealah ni.Hehehe, nilah gambar kapal terbang AK450 yang membawa aku terbang buat kali pertamanya.Gi 'oversea' tu penah, tapi Singapore, naik bas je. Mula2 rasa gerun, gementar semua da,nak2 kekawan dok kata telinga berdesing lah, itu tak leh bawak la, ini tak leh adalah, macam2 lagilah.Tapi lepas dah naik tu, takde pelah, cam naik bas.kalau langgar awan tu cam rasa bas langgar lubang2 dijalanan.So, buat sesape yang baru'first time' gak nak 'fly' tu, jangan dok risau sangat la.Berdoa je kepada Allah semoga semuanya selamat.Dan aku amat bersyukur dan Alhamdulillah semuanya selamat.