SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 29 Januari 2010

LETIHNYA.......

Letihnya hari ni, walaupun rehat lama, tapi aku tadi gi bayar kete kat ambank depan, kenalah naik turun jejantas. Dah alang-alang kat situ naikla tingkat 8 Hotel Selesa makan kat situ. Nak balik lak hujan, tunggu lah kejap kat lobby hotel tu. Tak tahan tunggu aku redah je hujan. Hujankan air, bukan api erk.hehehe.Penat lak, mpetang ni nak terus balik kampung. Akak aku baru bersalin anak ke-4, so nak tengoklah gak sebab bayi baru lahir.

Jumaat, 22 Januari 2010

BARU LAPOR DIRI

Hari ni rehat lama sikit, kul 2.45 baru naik. So aku ambil kesempatan ni tuk berehat kat office je. Nak balik rumah pun memenatkan je, pastu membazir minyak, masa dan yang paling kene jaga duitlah, almaklumlah lom tau dapat gaji bila. Sini aku baru belajar 'filling' dan kira2 gaji tuk kenaikkan tahunan. Cam ne nak kira?Tu rahsia, tak leh citer sebab apa2 yang berlaku di sini tak leh cite kat luar, siap ada kena sign akta rahsia lagi tau.Kat sini member semua so far ok2 la setakat ni. Ramai gak yang berasal dari daerah aku Batu Pahat. Kawan2 aku yang sama2 daftar adalah 4 orang. Kami dok sama2 lah belajar benda yang sama n bersama-sama. Tak tau la bila lagi kiteorang nak di tempatkan ditempat bertugas yang sebenar sebab buat masa ni kite orang kene tranning kat IPK Johor dulu. Takpela slow2, harap2 dapat tempat yang ok gak. InsyaAllah.

Jumaat, 15 Januari 2010

HARI TERAKHIR BERKHIDMAT DI JURUNILAI

Kesedihan aku tak terbendung lagi. Tidak dapatku tahan air mata yang sedia menemai disaat-saat akhir aku di JB Jurunilai Bersekutu (Johor) Sdn Bhd ini. Berdakapan dengan Wani dan Mazrah pagi tadi amat mengharukan bagiku. Selama hampir 7 tahun disini, hatiku sungguh sayu apabila mengenangkannya. Butir-butir jernih air mata tiba-tiba jatuh berguguran tanpa memberi sedikit amaran pun. Cuba ku tahan tapi aku tidak berdaya. Ntahla, mungkin inilah masanya segala yang ku pendam ku luahkan. Hanya bait-bait kemaafan yang akan keluar dari isi hatiku ini. Aku kena terus kuat untuk mengharungi sesuatu yang aku tak pasti kesudahannya. Semoga segalanya akan terus berjalan lancar kerna inilah permulaan penghijrahan bagiku. Aku akan cuba menjadi yang lebih baik walau di mana aku berada.

Rabu, 13 Januari 2010

AKHIRNYA TERJAWAB

Aku bersyukur sangat hari ni sebab akhirnya segala gundah gulana, persoalan dan apa saja yang bermain difikiranku terjawab. Surat pemberitahuan tarikh melapor diri dan penempatan untuk tawaran Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 yang telah aku terima sekitar bulan 12, 2009 yang lalu telah ku selamat diserahkan kepadaku seawal lebih kurang jam 8.29 pagi tadi. Surat poslaju yang berada didalam peti suratku semalam membuatku tidak lena tidur semalaman malam tadi. Kesyukuranku tidak dapat aku gambarkan kerana aku telah ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru (Zon Utara) yang mana terletak sangat berhampiran dengan kediaman tetapku sekarang, iaitu di Skudai. Syukur ke hadrat Ilahi. Menceritakan detik bermulanya aku mendaftarkan diri di Suruhanjaya Perkhimatan Awam adalah seawal aku tamat sekolah, tapi untuk tawaran kerja baru ini aku telah mengisinya pada bulan 4, 2009. Pada 16.7.2009 aku telah dipanggil untuk temuduga di Pejabat Imigresen, Johor Bahru di Wisma Persekutuan. 24.9.2009 surat pemberitahuan keputusan kuterima, dan keputusannya ialah calon simpanan selama setahun. Tiada ku sangka (walaupun aku sentiasa berdoa), Sabtu 12.12.2009 surat tawaran untuk jawatan tetap ku terima dan sepatutnya semalam 12.1.2010, aku menerima surat melapor diri dan penempatan pula. Melapor diri 18.1.2010, Isnin. Kalau nak diikutkan tarikh temuduga adalah sehari sebelum tarikh lahitku dan tarikh melapor diri sehari sebelum tarikh lahit emakku. Alhamdulillah, syukur kerana segalanya telah terjawab. Doakan aku akan lebih berbahagia di tempat baru. Amin.......

Selasa, 12 Januari 2010

UNTUK SEMUA KENALAN DI JURUNILAI BERSEKUTU

Maafku pinta buat teman-teman, sahabat handai, kenalan dan sesiapa sahaja yang mengenaliku di jurunilai bersekutu ini. Ingin sekali rasanya aku meluahkan segala rasa yang ada dilubuk hatiku ini, tetapi aku masih belum berani. Terlalu banyak suka duka, pahit manis yang aku lalui sepanjang bekerja disini. Pengalaman berharga yang tidak ternilai ini tidak dapat aku rungkaikan satu persatu terutama yang pernah mengguris rasa, menitiskan air mata, mencemar nama. Sejak 3 tahun lalu bermula dalam tahun 2006, aku mula memendam perasaan tanpa menghirau apa yang berlaku. Bukan aku tak mahu untuk bercerita seperti dahulu, tapi walaupun luka telah hilang, tapi parutnya tetap kekal. Setiap malam aku cuba untuk memaafkan, tapi apakan daya aku hanya seorang insan yang punya perasaan belum boleh menafikan perasaan yang aku tanggung. Terima kasih buat teman yang sentiasa sedia mendengar keluhanku, mendekati aku, memahami aku. Terima kasih kepada bos aku Encik Halim bin Osman yang sentiasa memberi aku ruang dan peluang sepanjang aku berada disini. Memang berat perasan ini meninggalkan kamu semua, tapi apakan daya, aku bukan berhenti tapi meneruskan kerja ditempat lain. Berhijrah. Benarkan aku kawan-kawan. Terima kasih.

Isnin, 11 Januari 2010

LEBIH KURANG 2.00 PAGI MENONTON UPIN & IPIN

Aku pun tak tau la nak cakap cam ne, tapi kalau la takde cd2 ni, dah lama upin & ipin jadi filem paling laris & top di malaysia kot. Mana taknya, family akulah yang pasti akan menempah tiket wayang hari-hari. Aku sampai tak terkira berapa banyak kali dah tonton upin & ipin tu. Bayangkanlah setiap hari adalah dalam sebulan selepas beli cd tu, 2 kali sehari aku kena bukak dek kerana anak aku yang baru sorang tu nak tengok. Kul 6.00 pagi & 7.00 malam. Setiap hari. Yang terbaru ni dia terbangun malam, menangis, aku dah tak tau nak wat pe, buka upin & ipin, terus suka. Esoknya kul 6.00 pagi dia dah minta buka. Malam tadi kul 7.00. Aku rasa nak minta penerbit or yang buat citer upin & ipin ni buat cd A, B, C la. Senang tuk bebudak belajar sebab anak aku tu leh ingat setiap citer dalam tu. Bunyi monyet, ayam, angsa, bab takut, menanyi dan lain2 la. So, aku fikir kalau ada cd cam ABC, 123 ok kot.......

Khamis, 7 Januari 2010

TERINGAT KAT PELAJAR PRAKTIKAL

Time2 cam ni teringat lak aku kat pelajar praktikal. Bukannya apa, aku ni da takde keje sangat kat jurunilai ni. Kena cari kerja sendiri, buat kerja2 runcit sebab aku ni tak biasa tak buat kerja, bosan kalau takde keje ni. Maklum ajelah tempat aku dah diganti, tinggal menanti hari untuk berundur diri je dari sini. Sebenarnya ramai dah pelajar praktikal yang jumpa sepanjang aku kerja di jurunilai bersekutu ni. Darilah aku kat jurunilai Tampoi sampailah kat Wisma Daiman ni, seingat aku ada nama Tuti, Shikin (adalah dalam 3 orang nama sama shikin ni), Lily, Mas (2 orang adik beradik), Diana, Anis, Anisah, Joanne, Yana, Ben dan banyak lagilah. Janganla marah ye adik2 kalau akak awak ni tak tersebut namanya. Semoga semuanya akan elok2 sahaja.

Rabu, 6 Januari 2010

SEKIRANYA ADA PELUANG & MASA MINTALAH MAAF

Kesedihan masih menyelubungi seluruh ahli keluarga mertuaku. Mana taknya, pada isnin, 4.1.2010 yang lalu kira-kira jam 2.40 pagi, bapa mertuaku telah pulang ke rahmatullah, menyahut seruan Ilahi.Ialah, semua yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini, itulah yang pasti. Tapi apa yang tak dijangka pada hari sebelumnya arwah begitu sihat berselera dan petah berbicara. Sebenarnya pada 24.12.2009, petang kira2 jam 5lebih, dalam kesesakkan lalu lintas menuju ke rumah, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang anak sedara sebelah suamiku yang menyatakan bapa mertua telah dimasukkan ke hospital. Bimbang dengan berita tersebut, aku menghubungi suami bagi memastikan apa yang berlaku. Setelah bertemu suami, kami bergegas pulang yang boleh dikatakan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Rupanya bapa mertua telah dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana sesak nafas. Hari demi hari kami disana nampaknya keadaannya semakin pulih dan dia telah dipindahkan ke Wad 3, Hospital Batu Pahat. Jadi kami pulang semula ke ke Skudai kerana mak mertua dan abang2 serta kakak2 ipar ada disana untuk menjaganya. 1.1.2010, mak mertua menelefon dan menyatakan bapa mertuaku sudah dibenarkan pulang. Keesokkannya kami ke hospital lagi, menunggu surat kebenaran, tapi tidak dapat diberikan kerana sebab2 tertentu. 3.1.2010, kami menunggu lagi, bersedia untuk membawa bapa mertuaku pulang, tapi penantian hanya tinggal penantian kerana setelah doktor lalukan rutin harian memeriksa pesakit jam 2.30 petang, bapa mertuaku disahkan demam. Menurutnya pesakit tidak boleh demam dalam masa 24 jam sekiranya hendak keluar. Lalu kami pun pulang semula ke Skudai. Sedang masing2 lena dibuai mimpi, kira2 jam 2lebih pagi 4.1.2010, satu lagi panggilan mengejutkan kami terima yang menyatakan bapa mertuaku diserang sekali lagi sesak nafas selepas maghrib, kini hanya bergantung kepada mesin hayat, tak sampai berapa minit aku meletakkan telefon, panggilan kedua kami terima menyatakan bapa mertuaku telah meninggal dunia. Kesedihan amat kami rasai kerana pagi pertengahan bulan puasa yang lalu, salah seorang kakak iparku juga telah pulang ke rahmatullah. Sebelum pulang ke Skudai, semuanya kelihatan elok sahaja. Ada gak terdetik dihatiku ini untuk meminta maaf tapi faham2 ajelah sebab bapa mertuaku kelihatan sihat. Tu lakan, sekiranya masih berpeluang mintalah maaf.