SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 6 Januari 2010

SEKIRANYA ADA PELUANG & MASA MINTALAH MAAF

Kesedihan masih menyelubungi seluruh ahli keluarga mertuaku. Mana taknya, pada isnin, 4.1.2010 yang lalu kira-kira jam 2.40 pagi, bapa mertuaku telah pulang ke rahmatullah, menyahut seruan Ilahi.Ialah, semua yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini, itulah yang pasti. Tapi apa yang tak dijangka pada hari sebelumnya arwah begitu sihat berselera dan petah berbicara. Sebenarnya pada 24.12.2009, petang kira2 jam 5lebih, dalam kesesakkan lalu lintas menuju ke rumah, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang anak sedara sebelah suamiku yang menyatakan bapa mertua telah dimasukkan ke hospital. Bimbang dengan berita tersebut, aku menghubungi suami bagi memastikan apa yang berlaku. Setelah bertemu suami, kami bergegas pulang yang boleh dikatakan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Rupanya bapa mertua telah dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana sesak nafas. Hari demi hari kami disana nampaknya keadaannya semakin pulih dan dia telah dipindahkan ke Wad 3, Hospital Batu Pahat. Jadi kami pulang semula ke ke Skudai kerana mak mertua dan abang2 serta kakak2 ipar ada disana untuk menjaganya. 1.1.2010, mak mertua menelefon dan menyatakan bapa mertuaku sudah dibenarkan pulang. Keesokkannya kami ke hospital lagi, menunggu surat kebenaran, tapi tidak dapat diberikan kerana sebab2 tertentu. 3.1.2010, kami menunggu lagi, bersedia untuk membawa bapa mertuaku pulang, tapi penantian hanya tinggal penantian kerana setelah doktor lalukan rutin harian memeriksa pesakit jam 2.30 petang, bapa mertuaku disahkan demam. Menurutnya pesakit tidak boleh demam dalam masa 24 jam sekiranya hendak keluar. Lalu kami pun pulang semula ke Skudai. Sedang masing2 lena dibuai mimpi, kira2 jam 2lebih pagi 4.1.2010, satu lagi panggilan mengejutkan kami terima yang menyatakan bapa mertuaku diserang sekali lagi sesak nafas selepas maghrib, kini hanya bergantung kepada mesin hayat, tak sampai berapa minit aku meletakkan telefon, panggilan kedua kami terima menyatakan bapa mertuaku telah meninggal dunia. Kesedihan amat kami rasai kerana pagi pertengahan bulan puasa yang lalu, salah seorang kakak iparku juga telah pulang ke rahmatullah. Sebelum pulang ke Skudai, semuanya kelihatan elok sahaja. Ada gak terdetik dihatiku ini untuk meminta maaf tapi faham2 ajelah sebab bapa mertuaku kelihatan sihat. Tu lakan, sekiranya masih berpeluang mintalah maaf.

2 ulasan: