SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Selasa, 17 Julai 2012

HARI LAHIR KE 30 - 17.07.2012

Salam semua.... hari ni tak tau nak mula dari mana. Tapi nak bagi tau hari ni adalah tarikh kelahiran aku yang ke 30. Erm...dah masuk 30 rupenya. Kejap betul masa berlalu kan? Dikesempatan ni nak ucaplah terima kasih banyak pada suami tersayang yang sudi mengejutkan aku jam 12.01 pagi tuk hadiahkan hadiah pada aku. Terima kasih gak sebab buat air mata ini mengalir kerana itulah hadiah yang tidak ternilai harganya. Nape mengalir? Eh! Jangan buat andaian melulu, tak semestinya bila kita bersedih sahaja kita boleh menangisinya :) Ingat tu....... 

Sebenarnya, tulus dari hati aku, takde hadiah pun takpe, just kata2 ingatan pun dah memadai, yang penting ikhlas :) Tak lupa juga kepada teman2, kenalan, sedara mara, keluarga yang wish dan mendoakan aku. Sayang kamu semua.

Masih tersampul rapi :) belum dibuka

Hadiah ni rupenye..... tak sangka betul suami belikan novel ni....

Rupa aku sekitar umur 30 an. Tembam kan? Aku akui dah semakin berisi, tapi dah berazam nak maintain balik puasa ni. Hehehe.

4 ulasan:

  1. heppy belated besday kak farra...(wife akim)

    BalasPadam
  2. terima kasih IM.Semoga berbahagia hendaknya k :D

    BalasPadam