SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 20 Julai 2012

SAMBUT BIRTHDAY & 30 SYA'ABAN 1433 H

Selamat Hari Jadi....... Selamat Hari Jadi....... Selamat Hari Jadi Aku dan Nizam........ Selamat hari Jadi...... Hehehe. Menyanyi riang sendiri lak kan? Sorry pada yang sudi membaca blog ni sebab nampak macam dah slow sikit  kan? Bukan pe, hal ni terjadi rentetan aku bz ngan novel la. Tak novel, asyik ngan blog http://tvmalaysia.blogspot.com/ yang sekarang dah mula update cite2 baru. Hahaha..... Ni pun N3 pas tengok citer Jangan Pandang-Pandang. 

Erm....apa nak citer ek? Oh ya, disebabkan birthday aku n Nizam dekat2, kami berdua asalnya rancang nak buat makan2, tapi kan 6hb hari tu dah buat. Ntah macam mana, sebab Nizam hari tu takde, disuarakan kembali rancangan ni. Budak office pun ok sebab hari ni pun dah 30 Sya'aban 1433 Hijrah, esok 1 Ramadhan 1433 Hijrah, so apalah salahnya sama menyambutnya kan? Cuma kali ni kami bawak makanan ala2 sarapan pagi :)

Kali ni Nizam & Azzuan bawak roti canai, Kak Ita kuew tiou ladna (betul tak aje?), Kak Jam bawak kek lapis kot, Puan Ayu bawa nasi lemak, kuih lupe sape bawak, tapi yang pastinya aku bawak mee goreng yang baru dibeli bahannya kul 6.45 pagi kat kedai Amir Jaya yang buka 24 jam tu :D

Birthday Boy & Girl (Perasan lebeh sudah.....)

Haa....mesti korang tertanya2 tadi sape Azzuan kan? Tu la yang baju kuning tu, dia ngah tunggu arahan penempatan/pertukaran sebab dia baru balik dari Kursus Komunikasi kat Sarawak setahun lalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan