SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Ahad, 9 September 2012

KERONGSANG BUNGA & LAIN2

Haaa....lega rasanya bila da dapat mulakan buat kerongsang bunga ni.Demi mengotakan janji (janji ke?boleh dikatakan la) kepada kakak yang asyik bertanya bila aku nak buat dan hantar tuk dia jual. Malam2 jumaat tu aku bergegas balik ke Air Hitam sebab aku tau, tanpa bantuan adik pasti tak terbuat punye :) Terima kasih ye Mai......

Tak sangka diam2 da banyak

Kod : KBMP07041

Kod : KBR07042

Kod : KBB07043

Kod : KBL07044

Kod : KBRM07045

Belum boleh letak kod :D

Saje letak kod, mana tau ade yang berminat leh calling2 ye. Nila antara hasil tangan aku n adik tuk tatapan bersama. Secara jujurnya aku katakan, aku memang minat sangat hal2 macam ni. Cam dulu, wat bunga telur kawin sendiri pun aku buat. Mungkin bagi sesetengah orang beli lebih senang, tapi bagi aku, tak salah mencuba sebab rasa puas sangat bila lihat hasil kerja tangan kita tu. Memang aku akui terpaksa mengambil sedikit masa tidurku untuk buat benda2 cam ni, tapi itula aku :) Pasni aku bercadang nak buat bukan sahaja kerongsang, tapi bekas handphone, cekak rambut, boxpencil n macam2 lagi la. Doakan aku ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan