SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 23 November 2012

RASA TAK TERTANGGUNG :(

Tak tau nak luah macam mana, tapi memang aku dah tak larat, letih sangat..... tak tertanggung beban kerja hari ni. Erm....rasa dah malas nak bercakap hari ni sebab tak henti2 menjawab telefon menjawab soalan2 yang mendatang. Bayangkanlah kalau 5 in 1, bukan lagi macam air ke, syampoo punye ramuan 3 in 1, ni lima dalam satu kerja. Tapi aku tak salahkan sesiapa, sesiapa pun berhak cuti, tapi memang aku surrender buat keje hari ni. Cian kat Shida yang minta tolong aku, tak dapat aku dahulukan sebab terlalu banyak kerja yang penting perlu aku utamakan. Mesej Komai tuk tengok2 kan cimb dia n fanpage dia pun aku dah tak dapat tunaikan. Emel Kak Jam, mesej Sahdan semua aku biarkan sepi seketika. Maafkan aku semua sebab memang aku tak berdaya :(

Rabu, 21 November 2012

FAMILY DAY FKE, UTM SKUDAI 2012 (1)

Cuti Deepavali tahun ni Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UTM Skudai telah merancang untuk mengadakan Family Day. So, walaupun tau ramai member2 yang da biasa ngan aku tak gi, tapi kami gi la tuk meramaikan majlis :) 

Jambatan A di laluan Lebuhraya Senai Desaru, cantik tau.....


Mainan Adif, siapa lagi.....



PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI

Pengganti Shida, nama dia Sidah gak. Comel tak? Teddy bear aku la. Hahaha :D

Ha...Kalau dulu namanya Roshidah. Yang datang ni namanya Norasidah. Lebih kurang kan? Oleh kerana kami susah sangat nak membezakan nama pada sebutan, kami gelarkan Shida tu kepada Shida Kulai. Hehehe... Erm...aku sedar akan segalanya, jadi aku faham2 je la.Eh!apa aku merepek ni kan? Takpe, kalau korang tak faham, tapi aku pasti Shida & Linda faham :) (Suka tau "mereka' tu Shida & Linda, cian tak kat akak. Hahaha..... Awak, saya)

RENTETAN PERTUKARAN SHIDA & LINDA

Yah!!! baru dapat peluang update. K la, tanpa buang masa aku nak n3 citer pasal last day Shida n Linda berkhidmat kat pejabat aku. Takde pe pun, cuma dari pagi menghitung nak nangis ke tak petang tu. Hehehe. Tu yang pagi aku pakai lens, pastu terus tukat spec. Susahla nak cakap hati perempuan ni, pantang tersentuh sikit, mengalir air mata. Aku memang dan plan siap2 tulis je dalam kad kat hadiah yang aku bagi tu, tapi tu la dieorang ni, nak gak berucap, dah mengalir gak air mata aku. Huhuhu.

 
Shida akan bertukar ke IPD Kulaijaya

Linda akan bertukar ke Balai Tiram

Mereka pun bagi aku hadiah gak. Tapi bukan tuk aku sorang je, satu opis la kan.

Eh!kenapa baju aku lain, takkan menagis sampai basah baju kan? Hehehe. Ni gambar sebelum last day tu, kami raikan dengan Pizza Hut

Mungkin aku lupe nak cakap, masa last day tu pun makan Pizza gak. Tu yang malas nak upload gambar tu :)

Isnin, 12 November 2012

SAPE SURUH TAK CAYA???KAN DAH KENA....

Haa....kan pagi2 dah kena ngan aku. Aishh... apa la. Sorry la puan kalau rasa aku ni 'terlebih' pandai berkata-kata. Sape suruh tak caya, aku kata takde tu takde la maksudnya. Erm.... sorry ye fredz coz tetibe je cam berangin. Hahaha... ntahlah, aku ni malas nak citer panjang, yang penting pagi tadi ade seseorang ni dia tanya satu benda pada aku, aku katalah takde. Dia tanya lagi, aku kata takde. Pastu tanya lagi, aku kata lagi takde. Pastu dia kata dia dengar ada orang kata, pe lagi....berdesing je telinga ni kan, aku kata "Tu la Puan, Puan suka sangat dengar kata orang sape suruh" Haa... kan mendapat ngan aku. Dah terang2 dia tanya empunya diri ni kan.... Aku ni sebenarnya memang dah kaji da, tahap kesabaran aku 3 je. Kalau dah melebihi tu, pepaham ajelah..... ;-P

Ahad, 11 November 2012

TUAI HASIL.....Thanks Mimit


Tuai hasil....nape aku tulis cam tu ek... aku pun dah lupa sebab dah lama nak entry citer ni, tapi tak menyempat2...tu la aku, dah bertahun orang kata, sibuk mengalahkan menteri, ntah apa yang disibukkan sangat pun aku sendiri tak tau... Hahaha... Oh! ya, mungkin sebab masa ni aku ade cuti teman mak ngan Komai beli barang sikit kat Kluang. Ye...betulla tu, beg tu aku dah kirim kat Mimit suruh bagi Komai, pastu lak masa gi tu, Mimit sponsor baju ni tuk majlis kawin Komai nanti, tu yang aku tulis tuai hasil tu. Apa daa.... sendiri tulis, sendiri lupe :)

JAMUAN PERPISAHAN SHIDA & LINDA - JB Catering

Ya....sepertimana yang kami di pejabat maklum, lebih kurang sebulan lepas telah dimajukan cadangan pertukaran bagi kedua2 rakan dalam pejabat aku ni. Shida dan Linda. Walaupun diduga tetapi yang agak mengejutkan kerana keduanya membuat kerja yang sama, maksudnya tempat yang ditinggalkan akan diisi dengan orang yang baru sangat dalam bidang tu, kira mentor la diorang ni :) Tempat Shida akan digantikan dengan Shida gak nama dia, tapi tempat Linda terbiar kosong belum ada calon. Tapi tak tau la kalau mungkin, kekosongan tu telah diintai oleh orang2 yang ingin bertukar ke Johor kan sebab sekarang gunasama, sesiapa pun boleh minta tukar asal ade kosong.

Nampaknya takyah main teka teki, memang dah terang tanpa bersuluh, kami raikan mereka di JB Catering, Larkin.....

Antara wanita yang hadir :)

Syok tul Kak Ita makan, berselera beno nampaknya, maklum ajelah leh makan apa je sampai kul 3.00 petang......

Oklah, ni gambar sewaktu Linda ngah bagi ucapan tuk semua :) Amboi Shida, terpancar cahaya kegumbiraan, mana taknya, masing2 dapat tukar tul2 dekat ngan kediaman :) Semoga berjaya ditempat baru aku ucapkan buat mereka. Jangan nakal2 tau.....

CARD FOR AHMAD - EXAM NOV 2012

Bukan sekadar kad, hadiah pun ade tau.....

Dak perempuan kata, ala.... so sweet, Dak lelaki kata, ala....ngada2....Ah!biarkan kata2 itu yang penting pada 7hb yang lalu aku saja merajinkan diri follow sorang member ni yang nak cari barang kat Leisure Mall, Taman Pelangi. Tanpa diundang, aku tawarkan diri nak ikut... Hehehe. Tak malu kan? Tapi..... ha, ade tapinya.... jangan main2, bukan teman saje2 tapi ade udang disebalik mee... Ha... seperti kebiasaannya sifatku yang suka sangat main bungkus2 hadiah, tulis2 kad ni, bagaikan orang mengantuk disorong bantal, aku tak lepaskan peluang membeli kad tuk suami yang akan menduduki peperiksaan buat sem kali ini pada 18, 21 dan 24 Nov ni. Kad n hadiah ni aku dah bagi, so leh la entry :) Aku doakan Ahmad akan dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang dan jawab dengan betul.... Semoga berjaya la orang kata. Eh! jap, korang nak tau gak ke hadiah pe? Set alat tulis la.... Hahaha... ntah pe2 ntah aku ni, ingat nak jawab kertas SPM ke ape? Hehehe.

Psssss nak bisik ni... "comel tak kad ni? Comel kan? Comel Kan? Hehehe......"

TEMUDUGA TERBUKA SUKARELAWAN POLIS - 10 & 11/11/2012

Sorry sangat2 pada sesiapa yang berminat sebab aku lambat info. Bukan sebab aku ni slow, tapi sebab aku ni teramat bz sejak kebelakangan ni sehinggalah suku tahun atau setengah tahun 2013 nanti. Haa... bz kan aku. Yup!!! masih belum terlambat pada sesiapa yang berminat nak jadi sukarelawan polis sebab sekarang (semalam & hari ini) sedang berlangsung temuduga terbuka bagi pengambilan sukarelawan polis di IPK Johor. Untuk lebih keterangan bolehlah call IbuPejabat Kontinjen Johor minta sambung kat Bahagian Hal Ehwal Awam (HEA). Kalau tak silap PMR pun leh minta. Yang penting dinasihatkan, pakailah baju elok sikit, rambut kasi sisir elok2 k.. So, Semoga berjaya.....


P/S : Masih lom terlewat kalau sekarang baca sebab rasa sampai ke petang hari ini masih ade lagi, tapi petang esok takde ye :)

BLOG TV YANG HEBAT!!!

  

Setelah beberapa minggu mencari, akhirnya aku temui satu blog yang dapat memenuhi hatiku yang meronta nak sangat menonton n mengikuti citer julia ni. Blog ni rupenya sangat2 sarat ngan citer2 tv tau.... hope bagi sesape yang ade masalah tv rosak, takde astro nak simpan2 citer time maghrib tu, terlepas beberapa episod citer siri yang digemari (cam aku lah kan) boleh la korang survey2 blog ni. Aku pun lom sempat habis geledah sebab puncanya aku cuma nak tengok citer julia tu je :) nak tonton kat tonton tu malas nak sign up2... So, aku harap korang pun leh follow blog ni kalau difikirkan berguna tuk korang k :) Blognya ialah..... http://tvportalmalaysia.blogspot.com/  KLIK jangan tak KLIK.....

Jumaat, 9 November 2012

MANA PASUKU?

Di manakah pasuku?

Alahai....tak faham tul la orang zaman sekarang ni (aku kategori orang sebelum zaman sekarang, hahaha.Sempat lagi nak melawak kan?) Ni haa..... isnin lepas bila kami sampai je rumah, tengok2 pokok bunga ni dah jadi macam ni n berada di sini, sedangkan sepatutnya elok je kat tembok tepi tu. Mulanya aku agak cam kejadian sebelum ni la, mungkin ade motor langgar n pecah..... Tapi..... kali ni serpihan pasu pun tak nampak bayang kalau nak dikatakan pecah. Ahmad dah bising2, aku malas nak kecoh, sebab memang dah jadi stail kami kot, kalau sorang yang berangin, sorang dok wat saje je :)

Dulu lagi la, bunga pun ade orang amik. Memang bunga tu cantik, tapi agak2 la kan.... da kita cantik2 pasukan bagai, diaorang ni tak fikir ke sebelum bertindak? Lainla kat tepi jalan ke, dalam hutan ke, kat kampung yang tumbuh meliar ke, ni kat taman depan rumah orang tu... Ish3.... geleng pala aku tengok. Ntahlah kan, maybe dieorang ni jenis malu bertanya, tapi tak segan amik. Hahaha......


Isnin, 5 November 2012

BULAN PENUH ADA LINGKARAN BULAT

29/10/2012, selasa, lebih kurang jam 10.00 ++ malam. Indah sungguh bulan pada ketika itu. Sungguh aku tak tipu. Walaupun aku pernah melihatnya tuk beberapa kali, tapi malam itu lain benar rasanya. Mungkin kerana sama2 menikmati keindahannya bersama suami kesayanganku. Macam mana leh sama2 pulak kan? Adakah kami berkhemah diluar? Nah.... tak la. Masa tu Ahmad ngah nak kunci pintu pagar, dia terlihat bulan tu terus panggil aku. Terpesona aku melihatnya, aku suruh dia amik gambar, tapi ye la kan handphone kami belum tahap canggih macam kamera yang leh fokus tu semua. Jadi.....hasilnya tak memberangsangkan :P Hehehe. Tu yang tak letak gambar kat sini. 

Tapi.... kalau korang nak tau macam mana bentuk bulan yang aku maksudkan, korang search je google, taip gambar bulan penuh lingkaran bulat. Nanti korang akan tau, aku penah lihat, di siang hari, matahari dikelilingi dua lapisan pelangi n malamnya bulan dikelilingi lingkaran bulat macam ni masa zaman sekolah dulu, bila buat kaji selidik sikit, rupenya ia adalah biasan n pantulan, tapi.... tak tau nak jelaskan cam ne sebab tak baca sangat :)

Jumaat, 2 November 2012

BEST... BEST... BEST....

Baru jap ni aku tonton citer Aku Dia Dan Tong Sampah kat laman you tube .... So sweet :) Senyum memanjang. Jalan citer yang ringkas tetapi menarik terutama bagi pasangan yang baru mengenali alam percintaan setelah putus cinta. Erm.... i like. Tu yang sanggup bersengkang mata, lom masuk tido lagi kul 1.00 pagi ni. Biasalah, melakukan apa yang kita suka, pasti tak terasa masa yang berlalu kan.

Khamis, 1 November 2012

NEW JOB ... ME ;-P

Ah!!!!! leganya hari ni sebab cuti dapat aku bersantai2 kat rumah pagi2 hari ni.... Takdela kelam kabut terkejar2 memandu tuk elak punch card merah. Tapi.... bukan satu hari ni dapat bersantai sebab jap lagi dalam kul 9.30 pagi aku akan memandu pulang ke kampung, amik mak dan seterusnya gi Kluang tuk sama2 cari barang bagi persiapan tunang & kawin Komai. Maklum ajelah, ni kira projek pertama aku sebagai perunding majlis. Hahaha... Komai la lantik aku. Ntah ape2 ntah.... Bila? Tunggu.... 

Sebenarnya bukan hal cuti ni yang aku nak cakap, tapi nak buat pemberitahuan pada member2 yang sering mengikuti aku kat laman muka buku, ala.... singkatan FB tu, aku bukan lenyap, lesap, gagal dihubungi, bolos, atau....ape2 la yang korang fikir. Tapi aku hanya mendiamkan diri :) Just for ur info, aku da dapat kerja baru. Nak tau pe? Betul ni.... tak menyesal? Silent Reader.... Hahaha... Yang pasti kalau masih berminat tuk mengikuti aku, just follow my blog k. Aku hargai sangat2 pada member2 yang ade juga menyatakan kerinduan pada aku, bertanya ke mana pergi, lama tak nampak online, lama tak nampak update status, lama tak nampak comment n tak dapat line ke kat pejabat..... Tu la antara persoalan yang biasa kudengar dan ditimbulkan oleh mereka2 yang menyayangi aku (agaknya la, hehehe) dan aku sayang gak sebagai kenalan... Terima kasih banyak ye :D

So, harap pasni kalau rase rindu sangat tu, just PM je kat FB tu. Aku akan balas bila ade kelapangan masa sebab aku memang buka FB tu cume, lihat2, baca2 gitu je :) Yang aku main tulis2, taip2 ni ha.... blog.