SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 26 Disember 2013

DOUBLE STEMCELL - share tuk kebaikan bersama

Ok... hari ni aku nak kongsi tentang supplemen yang baru je aku ambil dan menjadi ahli... apa lagi kalau tak yang tengah hot, famous, popular disesetengah kawasan ni... Penah dengar? DOUBLE STEMCELL... buat pengetahuan semua, aku ni bukanlah seorang yang suka makan supllement2 ni, tapi aku dapat rasakan yang DOUBLE STEMCELL lain sikit, banyak kelebihan & kebaikannya... Ni gambar DOUBLE STEMCELL ni kalau korang lom penah tengok...

1 pek Double Stemcell

14 bungkusan kecil (1 pek)

Apa yang aku nak kongsi ialah Kebaikan dan kelebihan double stemcell ni... Kalau korang search memang banyak & di sini aku nak letak apa yang de pada pencarian aku k...

Keistimewaan Produk:
  • Eklusif penggunaan 2 jenis sel stem-Sel Stem Epal dan Sel Stem Anggur
  • Formula yang sempurna-memastikan produk berkesanan hingga maksima
  • Di import dari Switzerland-bahan mentah Sel Stem Epal dan Sel Stem Anggur
  • Kaedah Pengekstrakan (PhytoCellTec)-satu teknologi yang tinggi
  • Penganugerahan Innovasi 2008 di Eropah
Kebaikan Produk:

  • Melindungi kulit daripada terkena pancaran UV yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
  • Membantu meningkatkan daya penyerapan kolegen.
  • Meningkatkan stamina fizikal dan peringkat tenaga.
  • Membantu membaiki  dan pertumbuhan sel-sel baru.
  • Membantu membaiki sistem imuniti.
  • Membantu mengurangkan kedut pada kulit muka.
  • Membantu menguatkan sendi dan tulang.
  • Mengurangkan risiko kanser.
  • Melambatkan penuaan.
  • Melaraskan pH dalam badan.
  • Antioksidan.
Ada yang memberi penerangan seperti dibawah...

Kelebihan produk Double Stem Cell?


DOUBLE STEM CELL berupaya mengatasi, merawat serta mencegah masalah & penyakit disamping bertindak membetul dan membaikpulih sel-sel yang rosak yang menyebabkan ia tidak berfungsi dengan betul.

Apabila sel-sel telah pulih dan menjadi kuat, sistem tubuh akan kembali berfungsi dengan efisyen dan normal, maka fungsi 'antibody' dan sistem imun, hormon serta proses nyahtoksin menjadi lebih sempurna dan efisyen menyebabkan punca-punca penyakit dapat dipulihkan. Inilah yang menyebabkan sistem badan berjaya memulihkan penyakit, melambatkan proses penuaan dan kita kekal sihat.

Antara kebaikan pengambilan Double Stem Cell untuk semua (tidak kira lelaki atau wanita)

  • Membantu mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka. 
  • Membantu menguatkan sendi dan tulang. 
  • Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit. 
  • Membantu bertindak sebagai anti penuaan dan antioksidan untuk menjaga kesihatan dan jantung. 
  • Mengurangkan risiko kanser. 
  • Membantu menigkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan. 
  • Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri. 
  • Membantu menjadikan kulit gebu, halus, licin, anjal dan menjaga kelembapan kulit agar kulit sentiasa segar dan bermaya. 
  • Melindungi kulit daripada terkena cahaya UV berlebihan yang boleh merosakkan sel-sel kulit

Lagi kebaikan pengambilan Double Stem Cell untuk WANITA

  • Membantu memejalkan (firming) payudara.
  • Amat sesuai untuk ibu selepas bersalin dan berpantang kerana ia mampu merawat rahim dengan mempercepatkan proses pengecutan rahim serta mampu mempercepatkan lagi pemulihan akibat luka bersalin.
  • Membantu mengetatkan Miss V kita, malah mencantikkannya seperti anak dara.
  • Menambah rangsangan seksual suami isteri.
  • Membantu menyuburkan dan boleh membantu proses mendapatkan zuriat ( Insya Allah dengan izin Allah SWT)
  • Kebaikan paling ketara ialah BEAUTY SKIN.. ia membantu menghilang/memudarkan kesan jerawat/jeragat, malah wajah akan lebih cerah, berseri seri dan cantik

Ok... ni antara ayat2 yang aku copypaste dari pencarian aku k... jadi, kalau de sesape yang terlihat blog aku ni n tengok cam entri die, memang aku copypaste pun.. minta kebenaran ye... So hope sebulan lagi akan nampak hasil keberkesanan penggunaan supplement ni sebab aku sendiri menjadikan diri ini testimoni... biasalah, orang berniaga cam aku, aku kenalah try dulu kan :-) 

Ha...kalau de sesiapa berkenan nak tau lebih lanjut boleh... PM terus ke inbox  https://www.facebook.com/messages/AdiellaLovelyHouse  atau SMS/WeChat/WhatsApp 0177298847 adiella82. Sila ke laman page dan sudi2 like ye https://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse

BLOG JUALAN ADIELLA LOVELY HOUSE - http://adiellalovelyhouse.blogspot.com



Huhu... sebenarnya sedih melihat blog aku yang semakin terabai ni... Dek kerana ade blog baru, blog ni la yang terpaksa berkorban..huhu.. tapi takpe, ada mase aku akan cuba update semua sekali...tak nak da senyap2 ni... azam tahun baru la kononnye...hehe.. 

Dah alang2 ni, aku promote je la kan..haa.. ni kalau korang rase nak cuci mata ngan tengok baju2 tu leh la follow ye.. http://adiellalovelyhouse.blogspot.com 

Jumaat, 29 November 2013

MOOD MENGEMBARA SUDAH TIBA - sebelum tu kerja mesti disiapkan!!! Chaiyokkk!!!

Yuhuu... hai semua.. lama tak N3 kan... ye la, lately aku agak busy la.. Busy ngan my online bussiness la apa lagi :-) So, memang always on9, leh kata time tido je off, selebihnya whatsapp, wechat, fb on  je.... cuma tu la tak de mase nak update blog... tapi haa... dalam lom menyempa tut, dah gatai lak tangan ni wat satu lagi blog tau... blog Adiella Lovely House yang lom lagi letak pic... yang ni takpe, sebab kalau sempat aku nak promote jualan melalui page lak, salah satu inisiatif terbaru.. mane lah tau de rezeki lebih melalui blog pulak... idea datang pun sebab sebelum aku buat blog tu, de sorang customer tanya baju sebab nampak satu baju aku post kat blog... Erm... bagus tak?

Oklah...actually saje je drop jap... kalau nak tau cepat mengenai aku, kenalah add wechat sebab rajin post moment... Hehehe..See ya, aku nak siapkan kerja sebab minggu depan dah nak becuti seminggu... pe lagi... holiday... Semoga perjalanan aku sekeluarga sentiasa di lindungi Allah, dilancarkan perjalanan serta dipermudahkan segalanya......

Ahad, 6 Oktober 2013

CINTA 4 SEGI - Dasyat gak kan....

Erm.. biasalah tv lom siap2 balik dari rumah  Shamer, so aku dok melayan citer kat netbook ni je la kan... Feel sakan aku semalam tau, tersenyum memanjang. Mane taknye menonton citer Love You Mr. Arrogant, buat mase 6 episod ni aku boleh kata terbaik la.. Syok, sweet je tengok. Bukan pe, feel tu sampai la katakan. Berangan tak sudahla kite ni. Hahaha. 

Haa... siang tadi lak layan citer Kampung Girl... ok lah gak, kelakar pun ada. Cam budak kecil lak bercinta, siap nyanyi2 lagi tu. Best.... Oh, indahnya... romantik gitu. Tapi.. aku tak sangka lak dalam citer tu sampai de permainan cinta 4 segi...Wow!!! macam mane pulak tu kan? Ainnur suka Ashraff, Ashraff suka Ain, Ain suka Abang Faizal, Abang Faizal suka Ainnur... ntah apala ending citer ni ye, seminggu sekali je pulak tu. Aiii tak sabarnya. 

Takpe, stay cool, tunggu je http://www.moviesinfobsyok.net/p/slot-akasia-tv3.html updatekan citer tuk aku... Hehehe

Sabtu, 5 Oktober 2013

TIPS MENGURANGKAN BERAT & TAMPIL BERKEYAKINAN - Wanita lepas bersalin, sesuai sesangat nih!!!

Hari ni terasa lak gatal tangan ni nak amik gambar & berkongsi sedikit tips tentang cara aku sendiri mengurangkan berat badan & tampil 'langsing'. Hehehe. Langsing la sangat ke... Malam tadi timbang pun baru turun sikit je. Berat sekarang 62kg, tu pun dah berani nak bagi tips pulak aku ni. Hehehe. Well, this is my way , so it's depend on you all la kan.... Bukan pe, tentu ramai para ibu yang baru bersalin cam aku risau akan kenaikkan berat badan, so tak salahkan aku berkongsi pengalaman aku sendiri (Walaupun belum la sepenuhnya turun berat ni kan)

Pertama : mak bidan aku kata " Dilla... ko minum air kosong banyak, sekurang-kurangnya satu botol mineral besar"Erm... betul tu, sampai sekarang aku masih amalkan.

Plus : Lagipun memang baik untuk kesihatan kan.... tengok je la tulisan kat jug tu " Drink more water makes you healty "

Kedua : Pastu dia suruh sapu pulak losyen ni sebelum pakai bengkung. Pehhhh!!! panas jangan cakap la, tahap boleh nangis kalau terpakai banyak, berapi rasenya.... Hehehe

Ketiga : Mestilah kena pakai bengkung, aku pakai adelah dalam 60 hari tu, Pastu hampeh... (Banyak keje la, susah nak gerak)

Keempat : Bila dah lebih 60 hari, kira2 tak sampai sebulan nak naik keje, mulalah aku beli bamboo Slimming Suit ni, siap jual lagi pastu sebab aku dah cube, memang rase bagus la... Eh!!!jangan silap, bukan promosi tau, memang betul, bila berjalan rasa yakin sebab semua terasa terangkat... Slim gitu. Hehehe


Kelima : Tak cukup dengan Bamboo Slimming Suit, aku beli pulak High Waist Panties ni... Pun ok gak & aku jual sekali (Sekali lagi promote ye....)

Keenam : Yang ni skipping zaman tuk kadok. Hahaha. Eh!!! Jangan gelak, aku ade yang betul2 punye tapi mane ntah peginya. Gunakanlah apa yang ade, yang ni baru 3 hari aku buat. Tu pun setelah adik aku cakap. Sakit betis. Huhuhu....

Ok...ade lagi tau, yang ni special case sebab takde gambar... Mula2 makan sesenduk je, pagi sekali, malam sekali. Tu jiran sebelah kanan rumah aku yang cakap sebab mase puasa tu aku tengok die kurus, tu yang tanya (Kak Nam la katakan) Hikhikhik

Pastu leh gak ikut style anak sedara kepada suami aku, tu pun aku tanya die, die kata die ade beli mesin yang larian dalam rumah tu, seminggu tiga kali je buat tapi satu sessi 30 minit & speed dari slow ke laju....

Rasanya cam ada tertinggal satulah lagi, tapi takpela. Rasa ini pun dah cukup kot... So selamat mencube la ye. Manelah tau berkesan, leh la tinggalkan komen :-) Klu nk beli apa aku ppromote td leh g https://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse

AKHIRNYA SAMPAI JUGA - Barang ditunggu2 da sampai......

Berbunga riang hati ini siapala yang tahu kan... Mane tidaknye,barang yang ditunggu2 da sampai... Lega. Terima kasih ye GD Express walaupun sepatutnya khamis lagi aku da terima. Haa..ni kira oklah hari ni, kalau semalam tnyla yang jawab telefon kat gdex jb, suara aku... erm... biaselah kan klu kite tgu barang sehari lom smp ok lg. Bile da msk dua tu yang mula la aku call sane sini...Takyah aku sebut sebab musabab lambat sebab aku bersyukur sgt barang da smp :-)

Inilah dia.... skirt. Inilah permulaan aku menjadi supplier lak.......


Jumaat, 4 Oktober 2013

FREE PASS 1GB - Erm...what I give, I get back???

Hehehe...sape yg tak suka hati bile dapat sms dapat free pass 1G kan.... tapi cube korang fikir manenye benda2 ni nk diberi free je. Of course la ade yang aku da sumbang kan... erm... nk tau pe? Haa .... tgklah pula bill aku bulan lps. Mahunye nk RM200... Huhuhu. memang aku penah dapat mesej cakap kalau guna RM160++ akan dapat. Tapi tak sangka lak berlebih-lebihan la pulak ye... Nak wat cam ne...what I give,  I get back. .. so terima la dua2 dengan hati terbuka kan...


Mesej dari maxis pagi tadi


check kat *100# (tengahari ni baru dapat bil yang real)

Khamis, 3 Oktober 2013

MANA PULAK GDEX COURIER SERVICE NIE... - Nak jadi supplier lak... Peace...

Ye...memang betul skrang ni hati aku dok resah gelisah menanti GDEX yang digunakan sebagai penghantar barangan aku... Tu la ngah berangan nk jd supplier lak, so belila sikit2... Yang ni aku check tracking number dah dibawa kuar da... Tapi tu la, lom sampai2 nampak gayanya ni... Maybe lewat sikit kan... Ape??? nak tau ape aku beli... Tunggu.... Hehehe. Harap semuanya berjalan lancar sebab selain dapat tambah pendapatan aku, aku gak dapat bantu adik beradik yang lain :-)

CONFIRM RINDU PUNYER.... - Saat2 manis kita bersama...di rumah

Cepat betul masa berlalu sekarang, diam tak diam hari ni dah masuk hari ke 86 semenjak aku melahirkan Fathiah pada awal Ramadhan... Erm... tetiba rase sayu pulak hati sebab 8/10/2013 bersamaan selasa depan aku dah mula bekerja. Confirm rindu kat saat2 cam ni.... Tak tahu la bagaimana keadaannya pula sebab sepanjang tempoh percutian aku ada seorang rakan telah ditukarkan ke daerah dan negeri lain sebab dia minta tukar pun, pastu datang lak 2 orang baru dalam pejabat tu. Silap2.... mereka ingat aku lak yang baru nak lapor diri. Hehehe.... Ape2 pun yang sebenarnya (Eh! macam tajuk lagu Yunalis la pulak) aku mungkin rase rindu dengan keadaan ni.... bangun pagi, sibukkan diri dengan https://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse pastu cepat2 basuh baju, kemas apa yang patut sambil layan mesej dari member2 baru.. Tengahari sikit masak sebab Ahmad & Adif makan kat rumah.. Pastu sambung lagi ngan FB sambil layan citer2 kat internet... Petang sikit kuar ajak Fathiah tunggu Ayah & abang dia balik, malam kalau tido awal jawapnya tengah malam upload gambar kat page, kalau tido lewat kul 4.00 pagi bermula pusingan tadi... Hehehe. tapi apa yang penting tau, 25hb tengok CIMb cliks duit gaji masuk...Heheheh :-) 



Rabu, 2 Oktober 2013

SYUKUR SEGALANYA DIPERMUDAHKAN - Aku dah dapat geran.... Yuhu....

Syukur sangat...sebab segalanya dipermudahkan hari ni. Aku dah dapat geran rumah tau... Erm...lega sebab dah tak risau nak bayar rumah, kereta pun sama, dah dapat geran.. Eh!!! jangan silap... dapat geran tak bayar rumah tak bermakna aku takde hutang. Hehehe. Sebenarnya memang aku dah settle kan rumah & kereta tapi sebab aku jadikan satu loan, iaitu buat personel loan, bank rakyat... boleh la... keje kerajaan dapat interest murah, so aku rase inilah yang terbaik. Ikat still 20 tahun lagi cume tak perlu risau sebab bila gaji tu da siap2 tolak dari slip...tak la tertunggak atau sebagainya nanti kan :-)


Ada bahagian yang telah dipadam & diubahsuai bagi tujuan keselamatan...


LANJUTAN KISAH AKU, PEMBELI & "SUPPLIER" - Confirm dia bukan supplier sebenar..... Huhuhu

Oklah, oleh kerana aku dah terkena dugaan sebesar ini di awal pembabitan aku dalam menjadi Dropshipper ni, jadi aku pun nak beri peringatan  bukan peringatan yang berunsur ugutan tau, tapi lebih kepada yang berbentuk nasihat agar ianya tidak berlaku kepada anda dan minta dijauhkan... Kenapa aku cakap begitu?  Sampai tajuk pun dah leh jadi tajuk  filem? Hehehe... Meh ikuti kisah aku ni k... 

"ni ha.. nak citer.. sedey tul la... ade one cus beli baju, isnin kata supplier da hantar, tapi selasa, rabu, khamis pagi check kat pos laju record no found.. hari2 dok tanya supplier die cakap dah hantar, last diee kata ok khamis nak check kat pos laju, die kata pos laju tertinggal parcel maksudnya tak pos lagi, oklah lega sikit, check malam tu memang ade da...jumaat sampai.. sampai malam tu sakit pala fikir.. ingat dah settle, cus yang mula2 sabar dah mula bising sebab sape jadi die pun tension, balik2 keje penat suami marah sebab barang dah la sampai lambat sekali buka tak sama... tau.. tak same..supplier tanya itu ini, suruh gantung la, plastik cam ne la, duit balance pun tak diletak sekali... rupenya supplier pun promoter gak..huhuhu.sampai malam tadi dok bincang punye bincang kata supplier suruh pulang lak kalau nak refund, lps barang sampai baru dapat duit... mmg betul, tp dah la cus tu bukan orang malaysia, susah nk kuar, nk refund xde akaun bank...n pagi ni sebagai promoter dan org yang deal ngan cus, redha je ckp akan refund duit. barang takyah pos dulu, klu ade mse baru pos tp pd kite la kan, anggap kite yg beli atau akan dtg jmp die sendiri klu jg gi kedah nnti singgah s.alam"

Erm... amacam ade berani ka? Huhuhu...sedey sesangat.... Yang best part is, 'supplier' tadi tadi dok diam, rileks je dari pagi tu, dah nak masuk waktu Asar baru tanya, cus kata pe.... Wah... senang kan? Tapi aku bukan macam tu, jadi aku decide nak bagi special gift kat cus sebab aku rase bersalah & tak mau die anggap aku pun main lepas tangan, Semalam aku dah pos satu hadiah tu dia :-) Walaupun cus ok, tapi aku tak nak la ambil kesempatan kan... So, moral of this story, sape2 nak jadi dropshipper tu harap dapat kenal pasti yang supplier tu adalah supplier sebenar yang pegang barang bukan die pun agent cam kite... Ok.. ingat tu... Hehehe

Khamis, 26 September 2013

DIMANA SILAPNYA, POS LAJU ATAU SUPPLIER...... - Huhuhu hatiku risau bersebab.....aku ditipu ke???

Aku tak tahu la nak cakap, habaq, bagi tau, tell u all semua macam mane perasaan hati aku yang sampai kepala pun jadi pening ni dari hari isnin sampai la ni sebab dok fikir tentang satu bungkusan yang dikatakan telah dihantar pada isnin petang tetapi bila di periksa dalam track no pos laju die tulis record no found ....


sebelum ni da tanya supplier dia kata check pas kul 10 malam, check pas kul 10 malam, itulah ayat die yang ade dalam whatsapp aku. Tapi aku still bersyukur customer masih leh sabar menanti walaupun bertanya berkali-kali... Huhuhu. Aku siap screen shot whatsapp supplier tu


Gini la ayatnye...but aku tak mau la kepercayaan yang diberi oleh customer dipersia-siakan. Aku lak da tekad kalau ape2 berlaku, aku memang kena bertanggungjawab tapi maybe ni la first & last aku deal ngan supplier ni & aku akan ganti rugi wang customer. Laporan polis? Nak letak dalam penipuan online? Itu bukan hasrat aku setakat ni, tapi tak tau la, kalau ini boleh dijadikan pengajaran dan menyelamatkan beberapa pihak daripada teraniaya dan rugi....Tapi, itu in case de pe2 yang besar la kan. 

Ntahlah hati kecil aku kata, maybe ade silap kat mane2 ni... yang pasti aku dapat rasekan supplier da hantar. Erm... harap hari ni terungkai segalanya dan aku dapat berurusan seperti biasa tanpa apa2 masalah. Maybe ni salah satu dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi dropshipper cam aku. takpe, fikir positif dan berdoa agar barang yang 'dikatakan' telah dipos pada isnin petang 23/09/2013 akan sampai ke tangan customer jua akhirnya....



Isnin, 23 September 2013

TIDO TAK MENENTU - Pening.......Pening......

Ai....sejak aku aktifkan page semula, tido bangun pun dah tak menentu. Kalau aku masuk tido awal, for dure kul 1 lebih sampai kul 3 lebihla aku akan berjaga n buat kerja. kalau aku tido lewat begini, pasti dalam kul 4 lebihla jawabnyer aku bangun. Erm...aku dah mengantuk ni, saje nak luahkan apa yang aku rasa sekarang ni... Huhuhu. Mengantuk sangat ni........ Selamat malam semua :-) Semoga dapat mimpi indah macam orang omputih tu kata : sweet dream"

PELANGI LINGKARAN MATAHARI - 09.09.2013 SubhanAllah indahnya....


SubhanAllah indahnya pemandangan matahari terbit tu kan.... Terdapat pelangi melingkarinya. Kalaula korang dapat melihatnya pada waktu dan ketika itu, pasti kamu semua pun terpegun dan terpesona dengan lukisan di langit yang amat mengasyikkan ni. Bagaikan melihat matahari terbenam ditepian pantai kan, sedangka ia adalah pemandangan matahari terbit. Ya, mungkin kerana aku hanya menggunakan aplikasi kamera 360 di handphone samsung s3 mini ku je, tu yang begini hasilnya. Erm... bila lagi aku akan dapat melihat pelangi. Hati aku benar2 senang, tenang, bahagia, gembira tiap kali menemuinya.......

LEGOLAND, MALAYSIA - 16.09.2013 Janjiku Tepati......




THE LITTLE BIG CLUB, NUSAJAYA - 01.09.2013 Riadah bersama keluarga



Jumaat, 6 September 2013

PELANGI PAGI - Indah dimata, cantik dihati....

Semalam pagi hujan, banyaklah status kat FB aku tengok dieorang tulis hujan rahmat. Memang ada hujan pagi tu, sejuk je....... tapi sejak dua menjak aku aktif balik page aku, jadi sejuk tak sejuk aku akan bangun gak sekitar  4.00 ++ pagi tuk upload item2 baru un update status. Mana tau ada rezeki. Orang kata rezeki senang masuk waktu pagi, ntahla.... Tapi aku tak mau citer pasal ni, aku nak kongsi keindahan ciptaan Yang Maha Esa ni. Pelangi pagi. 

Awal pagi semasa menghantar suami dan anak di depan pintu nak gi keje n sekolah, mata aku terarah ke sang suria yang terbit menyinari pagi yang sejuk dan nyaman tu. Lantas aku alihkan pandangan ke arah yang bertentangan. 

Haa... masa tu la aku nampak pelangi. Tak tergambar perasaan aku masa tu sebab aku memang suka ngat tengok pelangi. Entahla, hati gembira. Lantas, terus aku bergegas ke dalam rumah n snap gambar la.... Leka seketika pasal suami n anak yang dah agak terlewat nak kuar rumah... Sorry ye sayang2 berdua..... Bukan pe, cantik tapi sukar dijumpai. Itulah pelangi. Nak jadi macam tu gak..... tapi bukanlah jadi pelangi tapi nak diumpamakan cam pelangi yang susah la nak explain. Hehehe....

Khamis, 5 September 2013

PRE ORDER COLLECTION - Cantik2 jugak.....Macam aku lak yang berkenan.Hehehe.

Hello.... hello.... hello.... n good morning kengkawan..... hari ni aku nak share sikit antara baju yang aku promote @ jual kat page aku sekarang. Yang ni semua kategori closed order 15/9/2013 & ready stock 23/9/2013 kalau tak silap aku. Haa... cube korang tengok ber stail juga kan? Ai... silap2 aku yang beli ni. Hehehe.

3TONES UMBRELLA DRESS

ALODIA DRESS

FINGER CARDI

LORENO TOPS

RAYYA CARDI

SALLY TOP

SYALUM DRESS

Rabu, 4 September 2013

SIBUK DENGAN PAGE PULAK SEKARANG - Adiella Lovely House

Dropship...Dropship...Dropship. Ya, sekarang aku tengah menyibukkan diri dengan meng update page aku yang lama dah menyepi. Hasil daripada pertanyaan dengan beberapa orang, aku rase aku suka yang satu ni sebab aku pun suka pakai maxi @ dress. Buat masa ni aku cadang satu dulu, kalau da makin ok, aku akan try campur dengan produk lain lak. So, kalau korang senang2 & nak jamu mata boleh la like page aku kat link ni k.

https://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse?ref=hl atau pun search je kat FB tu Adiella Lovely House dengan profile picture seperti gambar di bawah.




Jumaat, 30 Ogos 2013

PUTING ATAU SUSU - Pening kepala mama Fathiah.......


Aii...nak naik keje lagi sebulan. Kalau tak dibiasakan makin pening kepala aku ni. Alahai Fathiah, puting ke susu yang buat loya sangat tekak awak tu anakku sayang....Huhuhu. Aku ni cadangnye nk bagi susu badan sepenuhnya kat Fathiah ni konon2 nye la kan tp memandangkan botol semua ape tu aku lom standby, so nk ajar dulu la die minum pakai botol. Mase baru lahir tu aku bagi sample Annum n puting putih, leh gak la die telan tp bila da lama menyusu badan nak kuar raya semalam aku bagi la tapi guna susu Dutch Lady lak...... da nk termuntah2. Tengahari tadi tukar puting Doctor Baby, cam boleh tak boleh je aku tengok. Petang ni aku tukar pulak susu Annum tapi guna puting Doctor Baby, lebih kurang sama je gelagatnye. Nak termuntah lain. Last2 aku mengalah bagi susu badan. Tido lena. Malam ni ingat nk cari puting besar tengok ok ke tak.... Pening aku dibuatnye anak dara sorang nni.Mentang2 skrg die anak perempuan sorang.Hehehe.

Khamis, 22 Ogos 2013

AMPAI SERBAGUNA - Asyik kejap mendung, kejap cerah je :-)



Ok....sebab cuaca hari ni agak sejuk sikit, makanya anak2 yang ade kat rmh ni nyenyaklah tido. Aku yang tak biasa tido siang ni pun terasa cam nk lena gak. Tapi aku tak mau ikutkan sangat sebab confirm pasni kalau 3 kali aku buat, melekatlah tabiat tu. Huhuhu. Naik keje kang asyik mengantuk je tengahari. Erm...berbalik kepada cuaca ni, nk tunjuk la ampai serbaguna aku. Batang mengecat boleh laras. Eh! Ayat da mcm ayat2 rasmi la pulak. Hehehe.  Senang aku angkat. Bukan aku xde ampai yang senang gerak time hujan panas, tp ampai tu aku da sorok kat belakang rumah. Al maklum ajelah raya n nk wat majlis sabtu ni, depan rmh biarla kemas sikit. Belakang lain citer ye. Tapi tadi bebelakang pun aku da susun rapi siap basuh lantai lagi......

Rabu, 21 Ogos 2013

TERASA MUDA LA PULAK - Perasan terlebih sudah nih!!!

Selamat pagi n selamat menyambut hari raya ye. Uii... tak sempat Farraa nak ucapkan awal2 sebab walaupun skrg da ikat kontrak 2 tahun langgan internet kat hp tp memblogkan diri di netbook suami gak yg best sebab leh edit gambo. Ni pun update sbb da terlampau rindu serindu rindunye kat blog kesayanganku ni.Hehehe

Erm...cerite pasal terasa muda ni nk tau tak? Taknk tau xpe tp Farraa tetap nk story gak. Biasala bile bawak bayi gi beraya ni, jmp lak ngan org2 br yang masing2 belum kenal, ramai la yang ingt Farra ni baru kawin n anak sorang. Hehehe. Tu xpe gak. Tp yang xboleh blah ade sorang akak ni, da kenal 2, 3 tahun tp jabatan lain la,  bebaru ni call die kata tak tau lak Farra ni da kawin. Die call pejabat,  pejabat kata Farra cuti bersalin.  So.... Farraa cakap ngan die ni da anak ketiga kak. Terkejut besar die. Erm.... tu yang terlebih perasan la Farra ni skrg. Haru2...... Eh! Korang jgn rase lain lak sbb 'aku' membahasakan diri Farra.... saje nk manja sikit ♥♥♥

Sabtu, 27 Julai 2013

PROSES MENGECAT BERMULA - Adif beria nak tolong :-)

Da masuk 3 hari aku perasan cuaca mendung je kat sini. Ini bermakna makin bertambahla pakaian aku jemur kat ampaian. Maklum ajelah, hari2 basuh. Hehehe. Erm....... biarlah, sesungguhnya Allah yang merancang sesuatu itu. Tak yah nak sibuk sangat :-)

Haa.......patut aku sibuk ni ha, rumah ni. Bila semua dah pasang, dah tentu2 la dinding nak kena cat sebab wiring baru n ape2 la kan. So, proses mengecat pun bermula dalam sehari dua ni. Nampaknya Adif tak sabar nak menolong ayah dia mengecat. Baguslah dah boleh harap anak sulong aku ni. 

Tengoklah Adif yang rajin.......

Khamis, 25 Julai 2013

CORNICE YANG KU IDAM - Pertapaanku berakhir.......

Syukur sesangat sebab petang tadi berakhirlah pertapaan aku kat bilik belakang sebab projek ke 6 aku kalau tak silap iaitu pemasangan cornice telah terlaksana. Dimulai pada 20hb yang lalu dah berakhir pada hari ini 25hb. Mari aku tunjukkan dari awal pemasangannya hinggalah selesai ya.


Barang keperluan pemasang

Ni langkah pertama dia

Pastu jadi cam ni lak

Dah siap tinggal cat balik cornice nya

Taraa.... dah siap pasang lampu n kipas

Ai.... yang ni mane datangnya lak kan? kalau nak tau yang ni baby fan yang aku suruh pasang kat dining area, baru tak panas pasni bila makan :-)

LAGU RAYA DAH BERKUMANDANG - Rumah still tunggang langgang.......

Oklah....sekian sudah aku N3 citer dari bulan Jun sampai ke pertengahan Julai. So, tiba masanya kite N3 citer terbaru, terkini pada hari ni kan? Ade satu lagi story tapi sebab lom siap, aku biar siap dulu baru aku N3 ye :-)

Haa... hari ni aku dok rumah, buka radio banyak dah kedengaran lagu2 raya diputarkan dicorong2 radio. Eh! masih dipanggil corong ke? Speaker la. Hehehe. Itu menandakan dah masuk pertengahan Ramadhan dan dah dekat da Syawal. Huhuhu. Cam ne ni, raya dah dekat tapi rumah masih cam ni gak, makin berselerak adelah sebab macam aku cakap tadi story yang aku nak N3 tu lom siap. Kalau dah siap, baru aku leh kemaskini semua. Harap hari ni orang3 tu datang n siapkan agar aku bebas nak mulakan keje2 pra syawal ni. Kannn.......

17 JULAI 2013 MY BEST BIRTHDAY - Huhuhu..... rakan FB je yang ingat.......

Sedih....sadis tau masa masuk usia 31 tahun ni. Orang kat rumah tak ingat pun. Huhuhu. Yang ingat biasalah rakan-rakan FB. Tu pun ntah2 sebab nampak kat catatan FB kan. Huhuhu. So, dengan itu tiada gambar hadiah tuk aku post kat sini :-(

Hehehe. Tapi aku tetap happy sebab ade anak yang baru lahir, anugerah dan hadiah yang tidak ternilai sebab kalau korang nak tau, Fathiah ni lahir bulan Ramadhan & Julai sama ngan mama die ni :-)


Rabu, 24 Julai 2013

10 JULAI 2013 LAHIRNYA FATHIAH ADELIA BINTI AHMAD - Bersamaa 1 Ramadhan 1434 Hijrah tu.......

Ye...... sebagaimana yang korang nampak semalam tu gambar aku makan di Restoran Malay Village kan? pastu aku cakap due klinik semalam, due aku hari ni. Maka terlerailah segala persoalan sebab jam 2.50 pagi aku dah mula rasa sakit selang 15 ke 20 minit. Gitu, gini tak leh tido, jam 4.30 pagi 1 Ramadhan ni aku hantar Adif ngan Ammar kat rumah penjaga dieorang. Dari awal aku dah tanya Mak.Fuzi kalau aku bersalin nanti nak tumpang budak2 kejap. Bagus gak dapat kejutkan mereka bersahur. Kul 5.00 pagi lebih kurang la, sampai Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kat bilik saringan je sampai dah nak kul 6.30 pagi. Tengok jalan dah bukan 3 ke 4. Doktor pecahkan air ketuban. Kul 7.30 pagi syukur aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan, seberat 3.65 kg di awal pagi satu Ramadhan.


Sijil kelahiran yang dibuat setelah 13 hari kelahiran

Di Pusat bersalin, dok menunggu nak balik. Doktor kata kalau bersalin pagi, lebih 6 jam, ibu anak ok, doktor pakar ada, dah leh keluar

Betul...... petang tu gak aku keluar. Erm.... kalau tengok barang yang aku bawa cam nak stay lama, tapi mungkin semua sebab doa. Doa dan kata2 bahawa aku akan bersalin puasa, 10hb dan kalau boleh nak tunggu sakit baru gi hospital biar tak tido wad. Syukur segalanya dipermudahkan kali ni.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih pada petugas HSA dari kul 5.00 hingga 6.30 pagi dibilik saringan, 6.30 hingga 8.30 pagi bi bilik bersalin no. 14 dan 8.30 pagi hingga 6.30 petang di Pusat bersalin katil 12 kerana memberikan kerjasama yang amat memuaskan. Termasuk juga pelajar praktikal Kolej Kluang kalau tak silap aku.


09 JULAI 2013 RESTORAN MALAY VILLAGE - Sebelum puasa ada masuk Jalan-Jalan Cari Makan

Hari ni 30 Syaaban 1434 Hijrah. Budak2 opis tak puas lagi jamuan makan-makan ritu, so diajaknya gi makan kat sebelah restoran ni. Tapi disebabkan tutup kami pun menyinggah la kat sini. Mula2 tengok harga, wow! boleh tahan. Tapi fikir balik takpelah, esok dah puasa, on je la. 

Snap dulu muka yang dah lama aku tak amik sebab ade orang kata cam tak berseri. Erm.......

Makanan yang kami order

Yang ni tuk aku la. Nasi putih ngan ayam lemon.

Inilah budak opis yang gi. Haa... thanks la pada Kak Jam yang pakai baju biru tudung krim tu sebab punyelah ber budget2 ni, rupenye die belanja. Semoga murah rezeki Kak Jam. Erm...... korang tengoklah perut aku tu, kalau ikut due klinik 09hb ni, tapi ikut perkiraan aku 10hb. Esoknye :-) Eh! Nampak tak warna hijau kat tiang tu. Tu la, JJCM TV3.

06 JULAI 2013 DIVIDER LA PULAK - Yuhuu....... yang ni lagi aku suke. Suke2 :-)

Divider o divider atau pembahagi ruang. Memang terus terang aku katakan yang ni memang aku suka sesangat sebab dah lama aku impikan. Dah lama aku kata ngan suami nak wat pembahagi ruang tuk rumah kami sebab biarlah tak nampak terus ke dining. Lagipun masa tu meja kami tau je la macam mana, lainla cam meja sekarang kan.

So, setelah perbincangan dibuat dengan Aizat yang dulu penah datang tuk bagi quotation buat kabinet belakang tapi kami tak jadi buat, bagi deposit. Sekejap je dieorang dah datang pasang. Aku kata sebelum raya boleh tak siap, die kata bukan sebelum raya, sebelum puasa die dah leh pasang. Lagilah aku suke sebab lagi cepat lagi bagus. Sementara duit ade. Ni kira belanjawan ke 5 tu agihan duit KWSP aku. Korang tengok je la gambar dieorang wat keje dari kul 10.30 pagi sampai 11.30 malam. 13 jam tu.


Mula2 datang

Letak la mana nak letak

Cari ruang bernafas dulu

Dah mula keje da

Ukur jangan tak ukur

Ruang tepi dah naik da

Kabinet tersorok, idea yang bagus. Penggunaan ruang yang berkesan

Siap.....bila pintu dibuka

Bila pintu di tutup macam kabinet kan?

So far ok sangat bekerjasama dengan Aizat ni sebab dia suruh kami bagi idea, anggaran budget dan dia cube cari harga terbaik untuk design kami yang diolah semula oleh die.