SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 13 Februari 2013

MAJLIS PERKAHWINAN MAI & SYED

Selamat pagi semua....hari ni kalau nak tau, aku sampai pejabat awal tau...sebab sekitar jam 6.15 pagi tadi aku mendongak ke langit, awam berkepul2...gelap memayungi bumi.... So, oleh kerana tak mau 'punch card' aku jadi kuih lapis cam bulan lepas (pagi merah, petang hitam) tu yang aku cepat2 tu bersiap n bertolak.... Eh! jap, lupe lak. Aku bukan nak citer pasal kedatangan awal aku pagi ni la, tapi mengenai majlis perkahwinan adik aku yang telah menjadi salah satu sebab kesibukan aku beberapa bulan ni. Hehehe...

Ni masa nikah, kami buat kat surau. Pihak lelaki memang berniat bagi lebih RM1000 tuk mas kahwin. So, jadilah RM1,022.50.... Kata Tok Kadi muda tu, sayang benar suami pada isteri ni, sebab paling banyak setakat ke hari tu die nikahkah, orang tambah RM300 je. Untung badan la ye Mai.....

Ni gambar persandingan di rumah aku. Oleh kerana ruangan pelamin tu agak sempit, ni je la yang dapat aku paparkan kat korang. Erm...baju ni buat sendiri tau... Mai tengok design kat surat khabar kalau tak silap.

Ha...ni pulak kat belah lelaki la kan...Kebanyakkan kat sini, pihak sebelah lelaki buat sendiri, termasuklah pelamin, meja makan, solek dan lain2 la.... Baju pun buat sendiri, tapi tu baju.... Ah!mane leh cakap lebih2.... Kang pengantin marah. Jangan marah ye... kang cepat tua...nak pegi oversea kan... Hikhikhik...

Nota :-
Kalau kat Perak (Syed tu orang Perak), mereka berdua ni tak dipanggil Mai & Syed sebab dah ada menantu nama Mai & Syed ni nama keturunan, so semua Syed. Jadi mereka dikenali sebagai..... Misz & Fahmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan