SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 17 Januari 2014

THE LEDANG URBAN RETREAT, NUSAJAYA - Majlis Jasamu Dikenang

Semalam dalam pukul 4.00 hingga 6.30 petang, aku bersama rakan-rakan pejabat sempat menjamu selera di The Ledang Urban Retreat... nama je The Ledang, tapi bukan di ledang tau.. sebenarnya di Nusajaya... kami berada di sana bagi menghargai & meraikan persaraan & pertukaran pegawai dan rakan-rakan yang telah melalui proses tersebut.

Aku tak mau citer pasal majlis, tapi aku lebih suka tunjukkan view dan apa yang ada disana ... Tempat & makanan aku boleh katakan cantik dan sedap... Staff ok.. Bak kata feedback form tu exceed.. Hehehe... 




DIARI 2014 - baru nak ucap selamat tahun baru

Hai semua..Selamat menyambut tahun 2014 yang telah 16 hari berlalu :-) Maaf la, lately memang aku quite busy.. busy ngan kerja hakiki di pejabat, busy dengan urusan di rumah, busy dengan business.. erm.. business la sangat kan.. dan busy dengan tuntutan diri sendiri... So aku harap tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas & tahun2 sebelum ni.. 

Erm... nak citer pada tahun ni, banyak perancangan yang aku da fikirkan, cume kesibukan masa menyebabkan aku tak menyempat lagi memasukkan di dalam Diary 2014 pemberian suami tersayang...

So far, untuk pengetahuan semua yang maybe lom mengenali keje hakiki aku... Antara tugasan yang tersenarai didalam job description aku adalah mengendalikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Kontinjen Johor... So apa sahaja masalah, kebarangkalian atau apa sahajalah akan di rujuk kepada aku. Haa... oleh kerana penilian tahun ini diminta diselesaikan sebelum atau pada 31 Januari 2014... maka dengan itu bermulala kesibukan melampau aku. Bagi sesetangah orang.. yup! memang ade orang penah cakap aku kelihatan tenang & cam tak buat keje bila bekerja, mereka tu tak tau yang di luar aku memang tak suka menampakkan kesibukan, tapi dalam hati, fikiran, semua bergerak fikir nak buat mane dulu, nak mula dari mana, yang lain lak, nak itu, nak ini... Aarrggghhhh... Gitula sibukknya aku sebagai seorang pekeja yang makan gaji n punyai keje hakiki.

Tu baru aku citer sikit je pasal keje hakiki aku, yang lain lom lagi.. kalau aku citer kang, bosan pulak korang nak baca sebab memang akan panjang lebar n berjela-jela la... Hehe.. Pe2 pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan aku lakukan... Semoga mulai tahun ini kita sama2 mendapat sesuatu yang baik dan berguna untuk diri sendiri n semua :-)