SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 10 Disember 2009

PERTAMA KALI NAIK KAPAL TERBANG













Erm....kalau korang nak tahu, baru2 ni aku dapat ke Medan, Indonesia bersama kekawan pejabat dari seluruh tanah air.Tapi yang aku nak cakap ni pasal naik kapal terbang sebab inilah kali pertama bak kata orang puteh tu 'first time' lah aku naik bendealah ni.Hehehe, nilah gambar kapal terbang AK450 yang membawa aku terbang buat kali pertamanya.Gi 'oversea' tu penah, tapi Singapore, naik bas je. Mula2 rasa gerun, gementar semua da,nak2 kekawan dok kata telinga berdesing lah, itu tak leh bawak la, ini tak leh adalah, macam2 lagilah.Tapi lepas dah naik tu, takde pelah, cam naik bas.kalau langgar awan tu cam rasa bas langgar lubang2 dijalanan.So, buat sesape yang baru'first time' gak nak 'fly' tu, jangan dok risau sangat la.Berdoa je kepada Allah semoga semuanya selamat.Dan aku amat bersyukur dan Alhamdulillah semuanya selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan