SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 28 April 2010

JAM ANTIK KU

Jam ni kalau diamat-amati cermin depan dia dah tanggal sebenarnya. Sebenarnya jam aku yang lawa kat rumah ni dah cam tak leh nak guna, jadi jam yang 'patern' lama ni la gak yang tahan lasak aku guna balik. Tu la, dulu tak pandang, 'time' perlu jam ni gak yang aku pakai. Hehehe. Bukan pe, saje 'snap' waktu aku bangun pagi tadi. Kira dah terlambat tu. Ye la, malam tadi banyak aktiviti suri rumah yang aku buat, suami lak ada kerja kat UTM, kul 4.00 pagi baru balik, Adif lak tido awal, mulalah aku masak, basuh baju (biasa basuh seminggu sekali - almaklumlah wanita bekerja- Hehehe, alasan), layan FB, tengok TV. Tu yang bangun set jam kul 5.00 pagi kul 5.30 baru 'terbangun'. Hehehe. Letih sangat la kononnya ni.

Selasa, 27 April 2010

MANIK.......





















Jahitan manik ni semua, bukan aku yang buat. Ni hasil kerja kawan2 kat tempat keje ni. Aku dah mula berminat menjahit manit ni, so aku 'snap' la jahitan manik kat baju dieorang tuk aku nye rujukan. Hahaha. Pasni aku lak nak wat kat baju2 batik yang aku beli. Tunggu ha.......

Isnin, 26 April 2010

TAK JADI GI JOM HEBOH, GI JAKEL LAK.......

Hari jumaat lepas aku amik cuti sebab dah ada 8 longgok baju lom kemas. So, ahad tu ada 'free' sikitlah masa. Ingat nak gi jom heboh, punyelah 'excited' aku siap seawal kul 10.00 pagi tu. Tapi yelah, orang kata kite ni hanya mampu merancang, gitu gini, last2 kul 3.00 petang baru gerak. Memandangkan keadaan JB ni pagi redup, tengahari panas, petang hujan, aku pun amik inisiatif gi tempat yang ber 'air-corn'. So, gi la jakel yang tengah ada sale tu. Dapatlah gak dua pasang baju batik. Baru RM3.00 semeter. Oklah, kan setiap khamis kena pakai baju batik. Bergantilah gak baju aku ni. Hehehe. Tapi balik memang letih, semua badan sakit, ni kepala pening lagi ni. Layankan je la.

Ahad, 11 April 2010

MINGGU YANG PENUH AKTIVITI

Hari Sabtu yang lalu aku sebenarnya menghabiskan masa dok kemas rumah, basuh baju, masak mee hailam, pastu jalan2, malam lak dah ada 2 tetamu yang dah buat temujanji nak datang, satu family pakteh aku yang dulu sebelum kawin, masa keje kat JB ni aku dok menumpang rumah die. 4 tahun tu. Satu lagi kenalan suami aku, ada hal sikit nak bincang, hal pe?dah siap semua baru leh citer....maybe next month. Ahad lak suami aku keje jaga peksa kat UTM, so aku dok rumah layan anak aku, balik2 je suami aku, kiteorang gi First Lady kat Kotaraya, Johor Bahru ni beli jubah colour marron tuk dipakai kul 2petang. Nak tau ada pa masa tu? ni nak citer ni, aku baru join kumpulan yassin kat sini. Aku ni bukan pe, memang suka sangat majlis2 cam ni, rewang ke, kenduri kawin ke, cuma kat taman baru ni tau tau lagu mana nak join tuh! Berkat niat yang baik adalah petanda yang yang tunjukkan kat aku, dapat kertas jemputan yassin tersilap hantar, So, aku gi sabtu tu, terus masuk nama. Habis cita, tadi aku nak mula mengaktifkan diri.Hehehe.