SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 31 Mei 2010

AJAK MAK 'ROUND' JB.JOM JALAN2......

Pagi2
jumaat aku dah ajak mak gi sarapan kat bomba. Erm.......ada 4 sarapan yang aku 'order' tuk mak rasa. Yang ni lom lapo sangat, so leh la nak amik satu persatu.

Gambar nasi lemak, aku ada amik, tapi bila masukkan tak leh nak edit lak.So, aku tak letak la.





Pastu kiteorang gi zoo....... Stamina mak ngan adik aku, alhamdulillah masih kuat lagi, mana taknya dalam usia 50an ni pun dulu gi keje berlari takut bas tinggal. Buat mak aku, "Onet sayang mak".Aku ngan suami dah letih, tak abiskan pun ronda. Diaorang 'still' leh naik turun tangga. Gi zoo ni bagus, dapat tenangkan fikiran , tengok binatang. Yela, ada budak kecil bagus tuk pengetahuan mereka. Tengahari kiteorang dah balik sebab sabtu tu mak keje, kenalah balik petang jumaat tu. lain kali kalau mak datang rumah aku lagi, aku nak ajak gi tempat lain lak. Seronok.......Sebelum balik kampung, singgah rumah makteh.Makteh wat lontong n sediakan ubi rebus, walau perut dah kenyang.Layan gak.Ape kata orang, rezeki jangan ditolak.

GILIRAN MAK AKU PULAK DATANG.......



















Kalau korang tengok dalam minggu ni, jadual aku penuh sangat....... khamis 27.05.2010 malam, mak aku ngan adik lelaki aku datang. Naik bas je. Ye la, mak aku Jumaat je cuti, Sabtu Ahad keje. Aku leh nak amik cuti jumaat, tapi mak nak datang kena tunggu adik lelaki aku yang 13 tahun tu cuti gak baru leh datang rumah. Kalau ponteng, kena rotan nanti. Mak sampai dalam kul 9.20 malam, aku amik kat 'busstop'. Pastu ingat nak ajak makan kat Bistro, Taman Universiti, Skudai, dah tutup lak. Jadi, bawaklah kat tempat lain. Masing2 dah lapo, tak sempat aku nak 'snap' gambar dah serbu...... Pe lagi, makanlah......

MESYUARAT TAHUNAN PACSU KALI KE-54











Mesyuarat ni kali pertama aku pergi. Patutnya aku lom layak lagi sebab baru je nak daftar jadi ahli hari ni. Makan lagi, syukur...... sebab pe tau, mesyuarat ni pulak pada 26.05.2010 (Rabu). Diadakan di Hotel New York, Johor Bahru, Johor. Kalau aku tulis New York je, terkejut semua, jauh beno. Hehehe. Mana tak, dah beberapa orang cakap aku dah nampak tembam, gembira ke keje kat tempat baru. Sebenarnya asyik makan je....... Dulu makan gak, tapi banyak makan hati. Sekarang makan kenyang, senang hati. Alhamdulillah.......



MAJLIS PERPISAHAN CC ROZANUDIN

25.05.2010 (Selasa) satu tarikh yang cantikkan? Hari ni hari perpisahan CC Rozanudin. Kiteorang buat kecil-kecilan je.Dia dapat balik Pahang. Asalnya pun dia dari pahang sebab KUP N22. Aku ada amik banyak gambar, tapi rasanya kureng sesuai la nak masukkan. So korang tengok je la gambar makanan yang kami 'order' tu. Harganya RM8.00 seorang. Air Sirap, Nasi Putih tu 'standard' la kan. Lauknya, Labu Masak Lemak, Sambal Udang, Ayam Goreng, Ikan Kering, Sambal Belacan dan Ulam.Berselera tul....... Masa tu kiteorang sambut sekali 'birthday' seorang pegawai kat sini, tu yang ada kek tu. Sedap....... Yum2.



PERKAHWINAN MAK ANDAM.HEHEHE.


Ala, bikin gempak je kan. Tapi memang betul.Sebenarnya, majlis perkahwinan ni berlangsung 22.05.2010 (nikah) dan 23.05.2010 (ahad) yang lepas. Tak sempat nak masukkan sebab minggu ni aku 'busy' sangat la...... Ni majlis anak sedara belah suami aku. Pengantin ni mak andam, mak die pun mak andam. Tengok jelah barang2 hantaran dia. Pelamin siap dua tu. Tapi walaupun die ni mak andam, terpaksa gak amik tukang solek lain. Ye la, kalau tak mesti nampak sama je sebab kita dah biasa tengok die solekkan diri sendiri. Ni aku amik sikit je. Aku jadi tukang buat bunga manggar, cantik tak?Sape nak tempah, leh 'contact' awal2 eh...... Aku tak lepas peluang dok atas pelamin, dok depan pelamin. Bila lagi erk.......hehehe.Korang layan je la eh......


















Kebetulan baju leh sama ngan pelamin masa nikah, pe lagi bergambarla.

Jumaat, 21 Mei 2010

PEPAGI DAH MAKAN MC.D


RM4.50 (belum tambah 'service tax')

Hehehe. Pagi ni aku pau suami aku beli Mc.D.Ala.......isnin kan dah gaji, apa la sangat. Kite orang memang biasa camni, tak aku pau die, die pau aku. Adatlah berumahtangga, cuma rumah aku je belum ada tangga. Nanti ingat pun nak pasal tangga la wat stor kat atas bumbung, lulus tak erk agaknya. Takpe, tu aku serahkan pada yang pakar. Aku biasa amik yang takde telur (citer pasal Mc.D tadi tau, bukan yang lain, tau la malam tadi malam jumaat, jangan fikir yang bukan2 k.hehehe.), suami beli ada telur, bantai je la. Bukan pe, telur tu cam telur rebus, aku tak gemar sangat, tapi dah ada telan je la. Sedap gak. Hehehe. K la, mentang2 tengahari jumaat ni rehat lama, so aku rasa nak jalan2 gi beli barang sikit kat Plaza Pelangi. Cau Cin Cau.

Ahad, 16 Mei 2010

SENIBONG LA PULAK

Jumaat lepas, suami ajak gi makan kat Senibong. Maybe bagi orang yang bukan orang Johor or Johor Bahru, nama Senibong ni agak asing bagi dieorang. Senibong ni sebenarnya tempat makan yang agak terkenal gak kat sini. Tang nasi lemak die, jangan cakaplah, ramai pelancong yang makan kat sini tau. Bukan pe, sedap....... Maybe tuk orang cam2 aku ni rasa mahal,tapi da kawasan pelancongan kira harganya berpatutan la. Sekali lagi kiteorang makan ngan mak mertua aku sebab sabtu pagi die dah nak balik da, ada majlis pertunangan anak sedara sebelah suami aku ler. Suami yang hantar. Aku tak dapat ikut, selasa, rabu n khamis nak peksa. Kononnya nak baca buku la ni. Lagipun minggu depan akak die pulak kawin. Yang tu dah lepas peksa, aku balik la. InsyaAllah. So, kasi layan gambar sikit.













Menu : Telur Bistik, Siakap Masak 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung, Otak-Otak, Jeli Kelapa, Limau Suam dan Teh'o' Limau Suam.Nasi Putih tidak ketinggalan.







Sabtu, 8 Mei 2010

MARI MAKAN PIZZA HUT


Khamis yang lalu mak mertua aku datang naik kete abang ipar. Abang ipar aku saje hantarkan mak mertua sebab anak die (anak sedara) ada tinggal dekat2 ngan taman pat aku tinggal ni. So, sabtu (hari ni) 08.05.2010, kami bawalah mak gi jalan2, beli mesin jahit yang adik aku kirim, gi Angsana tak leh nak masuk sebab hari ada Sua Rasa TV9, parking penuh. Ada takde, tengahari terik tu kami masuklah JUSCO, Taman Universiti, Skudai tok amik angin sejuk (air- corn) n makan pizza. Dari masa kat kampung lagi mak mertua aku ada sebut2 nak makan pizza ni. Tu yang teringat, terus la, apa lagi......Jangan jelous tau, bukan niat nak menunjuk, saja nak paste kat blog ni. Ni la kenangan akan datang tuk pembacaan keluargaku nanti. Aku sentiasa bersyukur kerana, dahulu nak makan makanan segera ni tak penah dapat. Tengok je iklan, ye la aku dulu bukannya senang sangat.Alamak, feeling la pulak.












Khamis, 6 Mei 2010

TENGOK WAYANG.......









Dah lama tak gi tengok wayang. 30.04.2010 yang lalu buat kali pertamanya aku bawa Adif tengok wayang. Cian die, bunyi kuat die takut sampai tertidur. Cam tu la Adif, tempat bising bukan die risau makin nyenyak tido, nak2 time ayah die menyanyi karaoke kat umah.