SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA
Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.
Selasa, 22 Jun 2010
MEE HAILAM SEGERA
Korang penah dengar tak?Semalam aku terasa nak makan makanan yang panas2. Teringin lak makan mee hailam. Bukan pa, sejak mengetahui mudahnya masak mee hailam ni, aku tak lepaskan peluang tuk sentiasa menghidangkannya, nak2 'time' raya.Citer pasal bagaimana aku tau masak ni pun bermula sewaktu kunjungan aku ke rumah Kak Siti (Isteri kepada sepupu suami aku). Aku pelik, aku baru je cakap nak datang, tengok2 mee hailam dah terhidang. Aku pun dengan tanpa segan silu bertanya. Dia pun ajarlah kat aku.
Korang pun nak tau ke?Senang je, mula2 amik beberapa butir bawang putih ditumbuk.Pastu tumis.Naik je bau, masukkan air. Aku nak senang, air tu aku dah masak dulu, jadi takyahlah nak tunggu lama2 nidih nanti. Masukkan sedikit sos tiram, 'carrot', anak jagung, kobis bunga.Nak pekat warna die la, masukkan kicap manis (Yang nie isteri sepupu suami aku kira adik kepada sepupu yang satu ni cakap). Pastu masuklah sesudu tepung ubi yang telah dicairkan (Aku guna tepung ubi sebab Kak Siti ajar guna tepung ubi), kalau ikut resepi orang lain guna tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kira nak cepat masukkan terus udang ke, sotong ke, ayam ke.Pastu sawi, hirisan lada n perasa tambahkan lada sulah (lada putih), garam n gula.Settle.Dah leh makan da.Selamat mencuba.
Terima kasih pada Kak Siti, Kak Hawa yang mengajar n bersyukur pada ALLAH yang terangkan hati aku masa Kak Siti cakap cam ne die masak tanpa sebarang nota ditangan.
Pssttt.......Kalau nak tau, ni la resepi raya aku tahun lepas. Orang cakap nak datang je, terus aku masak mee hailam ni.Hehehe.Cuba jangan tak cuba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wahhh! 10 bintang utuk Kak Siti tu ya. Kirim salam kat dia...hahaha. Terkesima jap...hi3
BalasPadamsedapnyer mee hailam...pasni hjr nk try la, resipi pun simple je kan? thanks for sharing fara..
BalasPadamfara..bestnyer...nanti kite nk datang umah awk jgn luper hidangkan rsepi mee hailam ni tau...
BalasPadamKak Siti : Awaklah Kak Siti yang kite maksudkan.kite nak cuba resepi mee bandung cam akak wat tu lak.hehehe.tinggal beli perencah je kan.oklah tu.
BalasPadamHajar : cuba jangan tak cuba. simple sangat.yang pasti, air tu jerang dulu, lagi mudah.
Wanie : nak datang bila?cakap je.sedia terhidang.siap nak blajar sekali pun boleh.hehehe.
Fara : Akak tau...mmg kak Siti Pulai Indah yg ko maksudkan..hehehe. Saje je kaco.
BalasPadamPasal mee bandung tu perencahnya wat sendiri pun senang...t ehhh akk taip kat blog...x sempat..apa ekk yg akk bz kan sgt nih...hehehe