SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 31 Januari 2011

RINDUNYER.......

Rindunya aku pada penulisan blog nie. Bukan aku sengaja tuk mendiamkan diri, tetapi kesibukan menyiapkan kerja-kerja membataskan aku untuk melayari dan mengemaskini blog n facebook ku. Kalau nak tau, 01.01.2011 lagi sewaktu segelintir orang tengah syok tido (agaknyelah), aku datang keje tau! hehehe. Bukanlah nak cakap rajin, maksudnye nak cakap yang terlalu banyak keje 'time' orang cuti pun kite keje. Minggu depannya pun sabtu & ahad aku datang gak. Tapi datang ngan suami n Adif taklah lama sangat dapat kat pejabat ni.
Mungkin ada tertanya-tanya banyak sangat ke keje aku tu kan. Keje ni bukan sebab banyak je tapi sebab aku kan kalau ikut-ikut 'due' bersalin 06.02.2011 (dalam 6 hari lagi nie), so kalau boleh apa yang boleh aku siapkan, aku akan cuba la. Nak-nak keje yang aku buat ni berkenaan memasukkan & menguruskan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNTP) bagi kakitangan kat sini. Ada 'due' gak, 28.02.2011 ni berakhir. Daripada semakkan terkini aku sekarang ni aku kena 'key-in' lebih kurang 2160 LNTP ni tau! Kalau ikut semua hantar, aku sangat2 pasti dah siap dah. Tapi disebabkan sebab-sebab yang terpaksa ditangguhkan oleh orang2 berkenaan, yang aku baru terima dan dah siapkan hanya lah 2095. Yang lagi 65 tu ntah bila nak hantar. Harap mana yang boleh, aku nak dapatkan hari ni. Jadi taklah banyak sangat yang mungkin 'member' aku aku akan tolong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan