Ingatanku pada kursus ini masih terpahat di dalam hati. Memang mula2 tu kurenglah sikit sebab tak kenal maka tak cinta. Eh!!!!! sabaq (bak kata orang Utara), bukan cinta tu la. Cinta yang bermaksud kasih sayang yang terbatas dek kerana kawan2...faham tak? cam tak faham je korang ni. Takpe lah, asal aku faham dah la. Hehehe.
Masih ku teringat mandi kolah, tidur di dom, berjoget, menyanyi bersama, dikejutkan dengan kek harijadi, bergetar tangan masa presentation, pengucapan awam dan menangisi perpisahan yang dirancang.
Semua tinggal kenangan yang pastinya akan ku semat sebagai salah satu kenangan abadi. Aku akan cuma meletakkan seberapa banyak gambar yang boleh untuk tatapan pembaca setiaku dan aku sendiri.