Hari ni aku rasa agak sedih sebab sering tertanya2 "kalaulah aku sabar sikit, tak jadi macam tu"........ Bukan pe, semalam balik aku teringin makan ikan masak asam pedas, telur goreng dan kobis goreng ala2 kat tempat glamour tu Asam Pedas Parit Jawa, jadi balik2 kerja, aku beli barang2, masak tuk berbuka puasa. Di saat2 masa nak berbuka tu semuanya pun siap dihasilkan. Masa tu la Adif nak susu. Mulanya aku dah kata da, cari botol susu nanti aku buat. Dia cakap takde la, tak jumpa. Pastu die diam, aku teruskan masak. Dah tengah nak hidang2 tu, die minta lagi, time tu la sabarku tak terbendung, mungkin sebab penat, balik2 keje terus masak lalu aku membebel sambil cari botol susu tu. Bila aku jumpa teruslah aku katakan "Kan Mama dah kata tadi, nak susu cari botol. Lain kali kalau nak sesuatu, usaha. Jangan nak menadah tunggu orang hulur je. Kan Mama dah kata, Mama tak suka bebel, kalau Mama bebel, Mama sakit hati, orang yang dengar pun sakit hati"....... ish3....... kalaulah aku bersabar sikit... Erm......tapi bukan berhenti setakat itu aje, aku pun mulalah membasuh botol, isi air suam. Tatkala aku menuang air, kedengaran Azan Maghrib berkumandang menunjukkan telah masuk waktu berbuka. Aku segera mendapatkan air. Sedang aku mengangkat cawan, belum sampai pun ke bibirku ini, Adif mula merengek. Hah!waktu itulah aku berisythifar panjang dan mula berkata " Mama baru nak minum ni, tunggulah kejap, kan Mama dah tuang air dalam botol ni, kang Mama buang botol ni, terus tak dapat nak minum susu lagi" Adif terdiam. Kesian aku tengok sebenarnya. Tapi bila aku dah buat susu tu, aku pujuklah dia balik.......
Malam pulak, Adif nak tido. Aku dah banyak kali cakap ngan Adif kalau nak tido, masuk bilik.Cian die sampai menangis2 ulang alik masuk bilik n keluar ke depan. Aku bukan pe, tak nak die terbiasa dengan keadaan cam tu. Bagi aku, bilik adalah tempat peribadi termasuk kalau nak tido. Takdelah bila orang datang masing2 tido kat depan tu. Tapi aku cakap perlahan je ngan dia "Adif suruh buat susu, Mama buat.Adif nak beli mainan, Mama belikan. Kalau Adif tak nak dengar cakap Mama, Adif nak dengar cakap siapa?........ Terus aku diam. Pastu Adif renung aku, bangun, menangis n peluk aku. Aku bertanya kenapa. Die diam dan terus menangis..... Aku dakap erat dia, pangku...... lalu die tertido dipangkuan aku. Aku cium die dan bawa ke bilik....... Begitulah kisah sedih hatiku ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan