SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 24 Oktober 2011

PERISTIWA HAMPIR SAMA BERULANG KEMBALI

8 tahun telah berlalu tapi masih segar dalam ingatanku kejadian sewaktu aku sekeluarga dalam perjalanan pulang setelah menghantar adikku mai ke PLKN di Mersing dahulu. Abah terlalu bising menyuruhku memandu kereta kancil akak kerana ketika itu aku sedang belajar memandu di sekolah latihan di Kluang. Waktu itu aku baru sahaja memegang lesen L.

Sedang asyik aku memandu di Jalan Kluang - Mersing dengan penuh berkhemah, tegak, lurus, penuh tumpuan, tiba2 di satu selekoh yang agak tinggi kerana berbukit, adik kecilku Mirul menjerit " Kak Ila, Lembu." Aku terus terkejut n terpandang lembu itu yang jauh ntah dibukit mana. Kawalanku mula hilang, hampir sahaja kereta melanggar bukit, ku paut stereng ke kanan dengan rakusnya. Lalu, kereta pun berpusing ntah berapa ratus puluh darjah la.Erm....kalau nak citer ni panjang sangat. letih la.Hahaha. Yang pasti baru2 ni aku mengalami peristiwa yang hampir sama cuba jalan, waktu, keadaan yang berbeza. Aku asyik nak betulkan radio, tu la padahnya. Konon rasa da pakar sangat kan. Hehehe.

Moral : Walaupun kita rasa kite seorang yang cermat dan hebat dalam pemanduan, tetapi sesaat kita lalai. Kesannya sangat mendalam di hati dan ingatan abadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan