SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 29 Februari 2012

BIRTHDAY SUAMI, TAPI ISTERI YANG DAPAT HADIAH.....

Kasut selepas potongan harga 50% jadi RM45.00

Kasut sukan RM79.00

Beg RM89.90 tak de potongan....

Haa.... inilah yang aku maksudkn sebelum ni... dapat hadiah yang di minta. Hehehe. Sebenarnya birthday suami, tapi sebab hal2 tertentu jadi terbalik la jawabnya. Takpe, aku dah cakap ngan suami, birtday aku, aku lak bagi die hadiah. Ok tak?tak penah dibuat orang kan? Kira ok la tu....Hehehe

Selasa, 28 Februari 2012

EMOSI......

Kenapa ek, kita sering terlupa tentang hati dan perasaan orang lain terutama insan2 yang kita sayang bila emosi mula menguasai diri. Aku akui pagi ni aku ter'over emosi. Ntahlah. sukar untuk aku gambarkan perasaan yang menular ke hati ini tatkala isu atau hal2 berkaitan dibangkitkan. Memang bila difikirkan kembali dahulu kecemburuanku melampau, tapi sebab aku sayang dan takut. Ah!hanya aku yang mengerti. Itu dahulu, sekarang hari demi hari, perlahan demi perlahan aku telah berubah, berubah bukan terpaksa atau dipaksa tetapi mencari yang lebih baik dan terbaik. Cuma mungkin aku tetap aku, jadi aku tidak boleh sepenuhnya berubah. Harap ada yang mengerti........

Selasa, 21 Februari 2012

AKU MEMAKAI CONTACT LENS


Masuk tahun 2012 memang aku dah berazam nak berubah sikit la dari segi penampilan. Baju2 yang dah bertahun2 lepas aku pakai masa kerja kat Jurunilai aku asingkan. Aku buat baju n pakai. Biar masa gi Jurunilai dah tak nampak da baju2 yang pernah aku pakai masa kerja sana dulu tu. Pastu aku pakai contact lens. Hehehe. Yang ni aku pakai jenis Bigger Eye. Mulanya nak biasa2 je, tapi tengok murah RM50 tuk 3 bulan. Ok lah kan? So, kalau sesape jumpe, tengok2 macam aku tapi lain sikit, aku lah tu. Tegur je jangan tak tegur. Aku tetap aku.

MANIK JADI GELANG

Ni lah hasil usahaku pagi tadi.Hehehe.Macam susah sangat nak buat kan?Ala, sebenarnya pagi tadi aku tengok2 manik lebih tu.Pastu nampak lak kancing gelang yang member bagi yang dah terputus tu.Pe lagi, amik jarum, benang, sambung. Hah! cam ni la hasilnya. Aku memang suka gelang, ntah ape2 je gelang yang aku pakai.So, sesape rase nak bagi hadiah tu, tapi bukan time birthdaylah, saje2 orang kata, bagilah gelang. Hahaha. Pssss....hari jadi nak hadiah lain.Hehehe.

LIMA HARI TIDUR BEBERAPA JAM


Demi kerana rasa tanggungjawab dan tak tau nak jawab apa kalau tak siap statistik yang di minta pegawai, terpaksalah aku bangun kul 12, 2, 4 pagi tuk isi sikit2 data yang aku dah print siap2 dari pejabat. nape 12, 2,4 kan? sebab 1, 3 tu aku tidur la. mana larat mata n badan ni. Bayangkan kalau 9000 nama nak kena semak dalam masa segera. Lima hari tu aku cuma dapat buat 3000 lebih. Lagi 5000 lebih last2 aku minta orang yang berkenaan je yang seleaikan. Asalnya aku nak tolong buat, tapi.....tak leh gi la. Aku cuma dapat tolong 4 daerah je. Lagi 9 tu, minta dieorang buat sendiri, aku cume memantau n semak balik je. Hehehe.