SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Selasa, 28 Februari 2012

EMOSI......

Kenapa ek, kita sering terlupa tentang hati dan perasaan orang lain terutama insan2 yang kita sayang bila emosi mula menguasai diri. Aku akui pagi ni aku ter'over emosi. Ntahlah. sukar untuk aku gambarkan perasaan yang menular ke hati ini tatkala isu atau hal2 berkaitan dibangkitkan. Memang bila difikirkan kembali dahulu kecemburuanku melampau, tapi sebab aku sayang dan takut. Ah!hanya aku yang mengerti. Itu dahulu, sekarang hari demi hari, perlahan demi perlahan aku telah berubah, berubah bukan terpaksa atau dipaksa tetapi mencari yang lebih baik dan terbaik. Cuma mungkin aku tetap aku, jadi aku tidak boleh sepenuhnya berubah. Harap ada yang mengerti........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan