SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 29 Ogos 2012

PERLUKAN KETENANGAN

Hai...Nape perlu mengeluh? Ntahla ek. Berat benar rasa hati ni. Alam yang indah ini ku rasa kosong, sepi, suram, tanpa pengisian. Nape dalam keriuhan ini aku tetap berasa menyendiri. Sunyi yang teramat sangat. Dalam senyuman, hilai tawa, percakapan, perbualanku semuanya hambar, tawar....... Mungkinlah mengenangkan apa yang diperkatakan adik melalui khidmat pesanan ringkas (sms) semalam. Aku berasa yang aku bukan orang yang layak memberi nasihat dan pendapat kerana aku tahu siapa diriku. Memang sebenar-benarnya hanya orang itu yang boleh merubah dirinya, bukan orang lain.

MALU SEMALU-MALUNYA - KUAH HABISSSS.....

Ish...tak tau mana nak sorok muka, masuk dalam kamera je la kan. Malu sangat sebab malam tadi jiran2 datang beraya, aku sediakan la menu yang saban tahun raya aku masak iaitu..... Mee Hailam, kuahnya habis bila salah sorang jiran ni nak makan. Cian dia.... Sape ni? Cube teka antara gambar dibawah.Eh!siap main teka2 lak kan? Hehehe.

Malu sampai merah pipi (Pakai pemerah pipi terlebih kot).Hehehe

Agaknya ni la yang difikirkan. Adakah dia orang nya? Fikirla.....

Macam rumah jauh je masing2 berbual

Terjawab sudah persoalan. Kuah habis la......

Ha.. jangan terkejut kalau pasni N3 orang datang aku masak mee hailam lagi sebab dah ade permintaan dari satu rombongan (bukan meminang ye, hahaha) kunjungan raya tuk sediakan mee hailam ni. Aku rasa sebab kali ni aku buat agak pekat tu yang jadi tak cukup, biasa siap lebih lagi..... Erm... takpe, pasni aku akan lebih hati2 dalam pengiraan kehadiran tetamu yang hadir agak tiada yang kempunan :)

Selasa, 28 Ogos 2012

KHEMAH BUAH

Khemah buah? Apa tu? Kelambu la.... Hehehe. Itulah sebutan Adif tuk kelambu yang Ahmad beli masa gi UUM dulu. Harga kalau beli by hand cash n carry memanglah agak murah, tapi kalau korang beli online dalam RM35 -RM40 tu kira oklah sebab kalau nak banding minyak gi sana semua semata-mata nak dapat harga murah rasa tak berbaloi sangat.

Inilah Khemah Buah tu :P

Besar tau kelambu ni. Sebesar satu katil. Rasanya king pun boleh lagi kot sebab kalau aku pasang kat atas katil kat kampung yang abah buat tu boleh besarkan lagi. Nak simpan pun mudah sebab leh lipat jadi bulat. Pada sesiapa yang memerlukan kelambu, baguslah beli kelambu ni. Dah banyak kali aku guna. Berbaloi-baloi :D

HELMET BARU



Cak!!! Helmet Baru......

"Letih la" Kata Adif......

Hehehe....kelakar lak tengok gelagat anak-anak yang dah tak sabar nak naik motor ni. Suka benar Adif & Ammar. Adif kata die suka naik motor, jadi bila hantar dan ambil mereka di rumah penjaga (Mak Fuzi) gunalah motor. Kalau korang nak tau, jadual pagi aku naik motor hantar mereka, pastu Ahmad hantar balik rumah tuk aku naik kereta. Petang lak, aku akan ke rumah dulu, pastu saing Ahmad amik lak dieorang. Kalau tak macam tu, kena marah aku tau... sape marah? Adif.... cam semalam aku stay kat rumah je, sampai je rumah die tanya aku nape tak ikut amik dia, lain kali jangan buat lagi tau katanya..... Adif...... Adif.......

KELULUSAN YANG DINANTI

No. Pendaftaran

Nama Perniagaan

Akhirnya....... terjawab segala persoalan yang bermain dimindaku mulai 02.08.2012 yang lalu. Syukur sangat sebab permohonan kebenaran menjalankan perniagaan aku telah diluluskan. Sekarang, barulah lega nak kembangkan perniagaan. Hehehe. Ni nama perniagaa aku. Kalau korang perasan dulu namanya @Diella Lovely Store tapi dek kerana lom ada kedai so Store tu tak leh guna aku ganti House n @ (Simbol) pun tak leh guna jadi gunala A. Kesimpulannya jadilah ADIELLA LOVELY HOUSE. Oleh yang demikian, sesiapa yang terasa nak jengah pages aku kat FB, aku tetap guna @Diella Lovely Store sebab tu la nama asalnya n dah susah nak ubah n tarik 'liked' orang :D

KASUT RAYA AMMAR FAHRI 2012


Selamat menyambut hari raya 2012 pada semua :) Aii...bz sangat agaknya aku ni sampai tak jengah2 blog kesayanganku ni. Takpe, pelan2 kayuh orang kata. Bukannya aku tak sudi, tak rindu pada penulisan blog ni, tapi kekangan masa sangat membataskan aku membuat kerja2 sampingan ni sebab terlalu banyak urusan yang memerlukan aku memberi perhatian padanya. So, tuk permulaan aku upload gambar kasut Ammar yang aku beli kat UPTOWN Pandan, Johor Bahru masa nak raya hari tu. Asalnya nak cari kasut ala2 sukan tu, tapi dah Ammar tak sabar nak turun tanpa kasut, beli je la. Comel tak?

Khamis, 16 Ogos 2012

EMPAT DAH SIAP, SATU LAGI (GAMBAR MANIK)

Huh!!! Syukur sangat. Akhirnya siap gak baju yang tiga sama ni. Bayangkanlah aku nak kena fikir & buat 4 helai dalam masa 3 hari. Dapat isnin malam selasa, tuannya nak khamis. Memang aku rasa da tak larat sebenarnya, tapi demi minat n tak menghampakan orang, ku turutkan jua (lagi pun dapat gak tambah pendapatan)


Corak 1

Corak 2

Corak 3

Corak 4 (Yang ni lain sikit kainnye, maybe tuk ibu die kot)

Isnin, 13 Ogos 2012

JENGUK JAP.UPLOAD GAMBAR MANIK :)

Hai semua.... rindu la kat blog ni. Cian die sunyi sepi tanpa gambar n khabar berita kan? But, kan aku dah kata aku bz. Lagipun baru semalam aku amik connection wire semata2 nak upload gambar n meriahkan blog ni tau. So kira dimaafkan kan? Erm... meh aku upload sikit gambar jahitan manik yang aku buat kalau korang tak caya. Tapi kalau da upload pun korang still tak caya, apa aku kisah kan? Hehehe :)

Baju cikgu sekolah rendah CT

Baju cikgu sekolah rendah CT gak.....

Hehehe... yang ni pun sama baju cikgu sekolah rendah CT

Baju dua beradik

Ni pun, baju dua beradik


Ok yang ni nak ulas sikit. Sebenarnya ni bukan tempahan, tapi teknik peng'cover'an. Nak tau nape? Baju ni sebenarnya baju mak aku yang telah terlubang sedikit dek kerana seterika. Mak dah putus harap nak buat kain die. Aku yakinkan die yang semua boleh di cover. Last2 die buat gak kainnye.

Nampak tak apa yang aku cover?

Ok...sekarang dah percaya? Hehehe.... tadi baru berbalas sms dengan tailor aku, katanya ada 5 pasang lagi yang nak minta aku jahitkan manik. Dia kata sempat tak, aku kata macam tak, tapi aku akan cube sehelai satu hari. So, dari sekarang aku kena kenalpasti corak apa yang perlu aku buat sebab memikirkan design tu yang letih dari membuat :)

Rabu, 8 Ogos 2012

TERIMA KASIH KAK NOOR & KAK ROSE

Dikesempatan yang ada ni ingin aku ucapkan pada pengikut blog aku yang baru iaitu Kak Noor  ( http://nooriahnaim.blogspot.com/& Kak Rose  (http://seripayaku.blogspot.com/) . Nak dijadikan cerita, aku mula mengikuti blog Kak Rose masa mencari menu berbuka puasa. Banyak sangat info yang aku dapat. Thanks ye kakak-kakak :) Maaf sebab sekarang ni aku bz menjahit manik & uruskan pembungkusan rempeyek & tumpi. Nak update blog memang tak menyempat2. Ni pun kebetulan baju yang aku jahit manik telah siap untuk kali ni. Petang ni hantar, kata CT tailor aku ada lagi. Tak tau la kan. Ada rezeki adelah. Erm... bila connection wire aku dah ambil di kampung, aku upload gambar2 nye ye :)

Jumaat, 3 Ogos 2012

SIBUK SANGAT.....

Syukur rezeki bulan ramadhan ni lebih dari biasa. Disebabkan itulah aku tersangat bz nak update status. Nak2 connection wire tertinggal kat kampung, so tak leh nak upload gambar. Kesimpulannya kalau rasa2 blog aku ni sunyi sepi nape, dah tau kan? Rindu nak menaip n N3 citer, tapi betul2 sibuk la :)