Hai...Nape perlu mengeluh? Ntahla ek. Berat benar rasa hati ni. Alam yang indah ini ku rasa kosong, sepi, suram, tanpa pengisian. Nape dalam keriuhan ini aku tetap berasa menyendiri. Sunyi yang teramat sangat. Dalam senyuman, hilai tawa, percakapan, perbualanku semuanya hambar, tawar....... Mungkinlah mengenangkan apa yang diperkatakan adik melalui khidmat pesanan ringkas (sms) semalam. Aku berasa yang aku bukan orang yang layak memberi nasihat dan pendapat kerana aku tahu siapa diriku. Memang sebenar-benarnya hanya orang itu yang boleh merubah dirinya, bukan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan