Oklah....... memandangkan keje2 aku telah aku siapkan, dapatlah aku meluangkan masa sedikit tuk update blog yang mana pada asalnya takut gak nak update sebab risau dek kerana terlampau emosi, habis semua terluah dah ianya mendatangkan suasana yang lebih kurang elok.... Eh! apa aku membebel ni kan, takde sebenarnya korang tau la apa yang berlaku di Lahad Datu sekarang ni, jadi kami (rakan sepejabat) telah mendapat nasihat daripada pegawai yang bertanggungjawab dengan khidmat pesanan ringkas yang berbunyi :-
" Salam. Tn2 dan Pn2. Ambil perhatian. Sila jgn update dlm apa2 juga cara tntg perkembangan di sabah bagi mengelakkan kebocoran maklumat atau salah maklumat. Tq."
So, aku tak mau ulas tentang tu, aku cuma nak bagi info tentang apa yang baru aku tau sebab aku tertanya2 la kan, nape bukan askar yang mengambil alih dalam hal macam ni, rupenya kata pegawai aku kalau da askar yang diberi kuasa ibarat dah macam istihar perang, kira darurat, perintah berkurung dan melibatkan keselamatan negara. Buat masa ini, ianya di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu keselamatan dalam negeri, so sebab tu la polis yang sedang berperanan dalam hal ni. Faham tak? Tak faham, buat2 la faham ye......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan