Hai...hari ni rasa mengantuk pulak..da abis baca isu Erra Fazira.. Tudung Mawar Fizo Omar still mengantuk gak..so baik aku citer pasal hari sukan adif...baru segar.. hehe... teringat lak para ibu ngadun n uli tepung buat snow man cam dalam citer Frozen tu.. tp tula..kalau nk citer A to Z ( da mcm nama kumpulan la pulak) kang korang lak yang ngantuk..so pe lagi kom layannzzz gambar je la
SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA
Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.
Isnin, 14 April 2014
Sabtu, 8 Mac 2014
JUAL KAIN SULAM MURAH - berpatutan kot harga..hikhik
Dah lama tak update...aku just nak bagi tau bz sbb skrg da mula jual kain sulam tau.. harga leh la...berpatutan rasenye..hehe. leh g page http://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse tapi kalau nak senang buka blog http://AdiellaLovelyHouse.blogspot.com cume rase hari ni baru nak update... netbook rosak..huhu...tu yg tak update2 cite walau banyak sangat nak story morry u...haha..
Sebahagian kain sulam..
Sebahagian kain sulam..
Jumaat, 17 Januari 2014
THE LEDANG URBAN RETREAT, NUSAJAYA - Majlis Jasamu Dikenang
Semalam dalam pukul 4.00 hingga 6.30 petang, aku bersama rakan-rakan pejabat sempat menjamu selera di The Ledang Urban Retreat... nama je The Ledang, tapi bukan di ledang tau.. sebenarnya di Nusajaya... kami berada di sana bagi menghargai & meraikan persaraan & pertukaran pegawai dan rakan-rakan yang telah melalui proses tersebut.
Aku tak mau citer pasal majlis, tapi aku lebih suka tunjukkan view dan apa yang ada disana ... Tempat & makanan aku boleh katakan cantik dan sedap... Staff ok.. Bak kata feedback form tu exceed.. Hehehe...
DIARI 2014 - baru nak ucap selamat tahun baru
Hai semua..Selamat menyambut tahun 2014 yang telah 16 hari berlalu :-) Maaf la, lately memang aku quite busy.. busy ngan kerja hakiki di pejabat, busy dengan urusan di rumah, busy dengan business.. erm.. business la sangat kan.. dan busy dengan tuntutan diri sendiri... So aku harap tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas & tahun2 sebelum ni..
Erm... nak citer pada tahun ni, banyak perancangan yang aku da fikirkan, cume kesibukan masa menyebabkan aku tak menyempat lagi memasukkan di dalam Diary 2014 pemberian suami tersayang...
So far, untuk pengetahuan semua yang maybe lom mengenali keje hakiki aku... Antara tugasan yang tersenarai didalam job description aku adalah mengendalikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Kontinjen Johor... So apa sahaja masalah, kebarangkalian atau apa sahajalah akan di rujuk kepada aku. Haa... oleh kerana penilian tahun ini diminta diselesaikan sebelum atau pada 31 Januari 2014... maka dengan itu bermulala kesibukan melampau aku. Bagi sesetangah orang.. yup! memang ade orang penah cakap aku kelihatan tenang & cam tak buat keje bila bekerja, mereka tu tak tau yang di luar aku memang tak suka menampakkan kesibukan, tapi dalam hati, fikiran, semua bergerak fikir nak buat mane dulu, nak mula dari mana, yang lain lak, nak itu, nak ini... Aarrggghhhh... Gitula sibukknya aku sebagai seorang pekeja yang makan gaji n punyai keje hakiki.
Tu baru aku citer sikit je pasal keje hakiki aku, yang lain lom lagi.. kalau aku citer kang, bosan pulak korang nak baca sebab memang akan panjang lebar n berjela-jela la... Hehe.. Pe2 pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan aku lakukan... Semoga mulai tahun ini kita sama2 mendapat sesuatu yang baik dan berguna untuk diri sendiri n semua :-)
Khamis, 26 Disember 2013
BLOG JUALAN ADIELLA LOVELY HOUSE - http://adiellalovelyhouse.blogspot.com
Huhu... sebenarnya sedih melihat blog aku yang semakin terabai ni... Dek kerana ade blog baru, blog ni la yang terpaksa berkorban..huhu.. tapi takpe, ada mase aku akan cuba update semua sekali...tak nak da senyap2 ni... azam tahun baru la kononnye...hehe..
Dah alang2 ni, aku promote je la kan..haa.. ni kalau korang rase nak cuci mata ngan tengok baju2 tu leh la follow ye.. http://adiellalovelyhouse.blogspot.com
Jumaat, 29 November 2013
MOOD MENGEMBARA SUDAH TIBA - sebelum tu kerja mesti disiapkan!!! Chaiyokkk!!!
Yuhuu... hai semua.. lama tak N3 kan... ye la, lately aku agak busy la.. Busy ngan my online bussiness la apa lagi :-) So, memang always on9, leh kata time tido je off, selebihnya whatsapp, wechat, fb on je.... cuma tu la tak de mase nak update blog... tapi haa... dalam lom menyempa tut, dah gatai lak tangan ni wat satu lagi blog tau... blog Adiella Lovely House yang lom lagi letak pic... yang ni takpe, sebab kalau sempat aku nak promote jualan melalui page lak, salah satu inisiatif terbaru.. mane lah tau de rezeki lebih melalui blog pulak... idea datang pun sebab sebelum aku buat blog tu, de sorang customer tanya baju sebab nampak satu baju aku post kat blog... Erm... bagus tak?
Oklah...actually saje je drop jap... kalau nak tau cepat mengenai aku, kenalah add wechat sebab rajin post moment... Hehehe..See ya, aku nak siapkan kerja sebab minggu depan dah nak becuti seminggu... pe lagi... holiday... Semoga perjalanan aku sekeluarga sentiasa di lindungi Allah, dilancarkan perjalanan serta dipermudahkan segalanya......
Ahad, 6 Oktober 2013
CINTA 4 SEGI - Dasyat gak kan....
Erm.. biasalah tv lom siap2 balik dari rumah Shamer, so aku dok melayan citer kat netbook ni je la kan... Feel sakan aku semalam tau, tersenyum memanjang. Mane taknye menonton citer Love You Mr. Arrogant, buat mase 6 episod ni aku boleh kata terbaik la.. Syok, sweet je tengok. Bukan pe, feel tu sampai la katakan. Berangan tak sudahla kite ni. Hahaha.
Haa... siang tadi lak layan citer Kampung Girl... ok lah gak, kelakar pun ada. Cam budak kecil lak bercinta, siap nyanyi2 lagi tu. Best.... Oh, indahnya... romantik gitu. Tapi.. aku tak sangka lak dalam citer tu sampai de permainan cinta 4 segi...Wow!!! macam mane pulak tu kan? Ainnur suka Ashraff, Ashraff suka Ain, Ain suka Abang Faizal, Abang Faizal suka Ainnur... ntah apala ending citer ni ye, seminggu sekali je pulak tu. Aiii tak sabarnya.
Takpe, stay cool, tunggu je http://www.moviesinfobsyok.net/p/slot-akasia-tv3.html updatekan citer tuk aku... Hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)











