SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 16 Disember 2010

KENA ROTAN LAH

Bila bersendirian, mulala kite terfikir itu ini. Ketika inilah kenangan mula menerjah di ruang legar benak fikiranku. Teringat aku sewaktu dikejar mak dengan rotan keliling rumah diwaktu hujan mula menuruni bumi. Mak begitu marah kerana pagi2 lagi dengan belum mandi kami bertiga dah keluar rumah bermain dengan budak sebelah rumah. Kami baru mengenali budak lelaki tersebut, kalau tak silapku namanya, Alif. Dia datang kerana ada majlis perkahwinan di rumah itu. Oleh kerana hujan mulai lebat, kami bertiga tiada pilihan, lalu masuk ke rumah dan sediakan badan untuk di rotan. Aku, Kak Ana dan Komai saling berpelukan menerima habuan masing2. Tu belum lagi kami berangan berenang kat parit yang penuh ngan segala khazanahnya. Bila mandi, rambut penuh dengan kotoran degil. Terpijak kaca, botol2 yang dibuang, sampah sarap. Eeiii...... Bila dikenang2 zaman kanak2 ni 'best' kan. Tau main je. Tersenyum hatiku tatkala menaip ruangan ini.

LEGA.......

Uh!!! Lega rasanya bila apa yang kite ingin sampaikan dapat diluahkan....... Terpulanglah pada pihak berkenaan hendak memahami ataupun tidak. Harap semuanya okey.......

Selasa, 14 Disember 2010

TERKEJUT DENGAR JERITAN

Awal pagi tadi aku keluar macam biasa. Tiba di lampu isyarat depan Kampung Melayu Majidee aku berhenti dek kerana lampu isyarat merah. Merah tandanya berhenti. Sedang enak telinga mendengar celoteh penyampai Radio Hot Fm yang membawakan topik lelaki manja yang mana seorang pemanggil menyatakan dia seorang lelaki manja yang berusia 23, telah bertunang tetapi masih meminta ibu dan kakaknya menyuapkannya, fikiranku melayang mengenangkan anak kecilku Adif Farha yang baru berusia lebih kurang 2 tahun setengah telah ku ajar menyuap makanan sendiri kerana mahu dia berdikari. Apa la aku ni bila difikirkan. Tapi aku ajar pun untuk kesenangan bersama gak. Bagi ku, berdikari lebih baik walaupun hati kecilku ingin sangat memanjakan dia.

Tup!tup!lamunanku terhenti. Tersentak dengan jeritan seseorang. Aku mencari sumber datangnya jeritan tadi. Pandanganku teralih ke arah seberang jalan. Rupanya ada kemalangan. Seseorang yang menaiki motosikal telah dilanggar sebuah kereta. Kalau tak silap aku macam kereta jenama Myvi. Warna putih. Rasanya baru sangat kemalangan berlaku kerana ada dalam 6 orang yang melihat kejadian tersebut berdiri di tepian jalan. Jalan pun belum sesak.

Berderau gak darah aku tatkala melihat dan mendengar mangsa meraung kesakitan. Aku meneruskan perjalanan apabila lampun bertukar hijau dan hanya dapat berkata di dalam hati agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak-pihak berkaitan disamping berdoa agar sentiasa dilindungi oleh-NYA.

Isnin, 13 Disember 2010

SIPI-SIPI JE.......SYUKUR TAK KENA

Ah! sipi-sipi je pagi tadi kereta belakang tu nak hentam kete aku. Tapi tu la aku ni, bila dah nampak cam tu tak rasa benda pun, bila dah lama2 fikir baru terasa 'kalaula' itu ini, apa jadi erk.

Gini, masa aku dalam perjalanan gi keje tadi kat Highway Kempas diantara simpang nak turun ke Pasir Gudang Highway tu, tetiba kete depan brek. Aku dah standby awal berjaga2 area situ sebab kat situ biasa sangat orang brek2. So, aku dah jarakkan kenderaan. Tapi nak jadi citer ni, ada sebuah kete kat belakang aku tu yang kalau di kaji - kaji jarak kete die ngan kete aku, sekejap dekat, sekejap jauh. Tiba je kat area tu leh pulak die rapat, aku apa lagi bila dah nampak gitu terus amik side kanan, die pulak meluru ke sebelah kiri. Bayangkanlah kalau dua2 tak amik tindakan cam tu dah kene sondollah jawabnya. Rasanye membawa ke kereta depan tu. Dah la keje hari ni dah melambak menanti. Tapi syukurlah Allah mengelakkan itu semua.

Syukur pada yang Maha Esa kerana kalau tak silap aku masa aku mengandungkan Adif dulu pun aku dilindungi oleh NYA dari kejadian yang lebih kurang sama macam ni. Tapi waktu tu aku tengah dekat lengkongan turun Highway Kempas, boleh lak dalam kesesakkan kereta beratur sebab nak menyusur turun, kereta belakang aku meluncur laju. Waktu tu aku cuma mampu melihat dari cermin pandangan belakang aku. Syukur kerana di kala itu die membelok ke kiri yang ada sedikit ruang untuknya tetapi melanggar kereta hadapanku. Aku bersyukur bagi pihak diriku dan bersimpati pada kereta dihadapan dan belakangku. Yela, time masing2 nak gi keje kan. Faham2 je la.


TERKADANG AKU TERKENANG.......

Ha, ni segmen baru yang aku nak wujudkan kat blog aku ni. Ye la, dalam kita melayari kehidupan yang sememangnya kehadapan, kadang kala kite akan teringat zaman kecil2, muda remaja dan yang sewaktu dengannya. So, aku akan selitkan citer2 mengenai aku di zaman dahulu di dalamnya.......

Rabu, 8 Disember 2010

PENGURUSAN KERJA

Hari ni keje tak berapa banyak, man2 orang cakap. Jadi dapatlah aku membuat sikit2 buku panduan tugasan yang dah lama aku fikirkan. Kat tempat lama dulu pun aku ada buat satu buku panduan cam ni. Yela, senang untuk dijadikan rujukan kepada kakitangan lain seandainya aku cuti. Nak2 bila aku cuti dan tak dapat lak menghubungi aku, sekurang-kurangnya dieorang ni adalah panduan tu.

Isnin hari tu aku dah 'print out' pergerakkan fail keluar masuk aku. Pergerakkan fail ni penting sebab fail personal sentiasa bergerak. Jadi setiap kali fail masuk untuk tindakkan aku, aku akan taip dalam excel sebab pengisian ni senang untuk kita mencari data. Kat situ aku letak nama, no dan pangkat, tempat tugas, jawatan individu tu. Tindakkan yang aku ambil, bila tarikh aku keluarkan dan dan arah tujunya. Aku print sebab dah nak akhir tahun kan, mana yang dah settle aku print. Catatan ni akan sentiasa aku buat. InsyaAllah.

Setiap kali fail masuk aku akan cop tarikh n waktu diterima. Bukannya apa, aku tak mau disalahkan atas kesalahan orang lain. Yela, kadang2 tu bila orang call tanya permohonan dah terima ke belum, check2 belum, rupenya dah. Tapi tak sampai2 kat aku. So, tindakkan cam tu lebih selamat, lagipun kat sini yang aku tau semua keje nak ada hitam putih n bukti. Sekurang-kurangnya sekiranya tindakkan belum diambil kerana kelewatan penerimaan, berkemungkinan besar aku akan lebih selamat untuk memberikan jawapan. Hehehe.

Saje je aku ni nak mencoret kat blog ni. Rasanya lom ada citer2 menarik tuk dikongsi. Cuma aku plan nak amik cuti 2 hari la dalam bulan ni. Baki cuti ada 5 hari lagi, memanglah leh bawak ke tahun depan, tapi takpelah. Dah senang cuti, kite cuti je la.Betul tak?

Isnin, 6 Disember 2010

LETIHNYA MALAM TADI.......TAPI BEST

Hah! hah! hah! Biasa korang ni tau. Mesti ingat benda lain bila sebut je malam, best. Hehehe. Sebenarnya bukan yang tu la. Ni aku nak citer pasal minggu ni dapat 3 jemputan kahwin n 1 jemputan yassin. Tu yang buat malam tadi letih sangat rasa sebab sabtu ahad kuar berjalan kan. Tak dapat nak rehat, syukurlah esok cuti. Dapatkan rehat gak minggu ni. Aku gi majlis kahwin je, yang yassin tu mak mertua aku wakil.

Gi kuar ni memang meletihkan tapi apa yang 'best' tu ketiga2 kenduri kawin tu aku dapat jumpa dengan orang yang sepatutnya, kira pengantin n mak pengantin la. Sape yang menjemput. Aku tak plan pun masa yang sesuai tuk 'terjumpa' ngan dieorang ni sebab faham masing2 sibuk. Tapi tak sangka lak, setiap rumah yang aku gi tu, pengantin or maknya dah luar. So, terus je la bersalaman. Salam keruk orang kata. Hehehe.

Gambar kat atas tu salah satu pengantin yang aku gi. Die kira kawan baik adik aku masa kat sekolah dulu. Selalu tido rumah sebab dulu die dok ngan kakak kat air hitam. Ni mak ayah dah kat Johor Bahru. So, die dah dok kat Skudai. Aku wakil keluarga aku la sebab rumah aku dekat je dengan taman die duduk ni. Adik hari ni baru mula keje kat tempat baru kat Shah Alam n mak pulak ada temujanji doktor, cuti hari jumaat, takkan nak amik cuti dua hari pastu penat2 nak balik kg kan, so masing2 tak leh nak gi.

Kalau diingat2 bekas tunang aku dulu berkenan gak kat die ni, bayangkanlah masa die tengok gambar kiteorang tunang, die leh tanya sape budak ni, cantik (Memang aku tak nafikan kawan adik aku ni comel n cantik), kalau badannye kurus die nak mengurat. Aku dapat rasa masa tu die bukan main2 sebab die penah cakap kalau berkenalan ngan orang yang agak berisi badannye die tak nak. Boleh tak die cakap cam tu. Memilih. Erm, malaslah nak cakap hal ni. Aku pun dah putus ngan die n bersyukur sangat. Mula2 memang sedih masa putus tunang tu, tapi bila fikir baik2 buat pe nak terhegeh2 kalau orang dah taknak, tapi memang ada hikmah Allah tu tak jodohkan kami. Eh! aku ni nak citer hal lain, leh masuk bab ni lak. Lantaklah.......Hehehe.
Apa yang penting sekarang ni aku rasa aman sangat. Cuma yang merisaukan aku hidung sebelah kiri aku ni sekarang ni kerap sangat mengalirkan darah panas. Dulu tak sangat. Masa doktor tahun ntah bila aku periksa die kata sebab ada rongga yang dah sentitif, kalau aku panas dalam or luar panas memang akan kuar darah. Ntahlah. Bab hidung berdarah ni doktor takleh nak bagi kenyataan yang pasti. Harap takde apa yang serius la yek. Doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih.

Rabu, 1 Disember 2010

OH MAWARKU.......

Bunga ni sebenarnya aku potong dari poko yang aku baru beli. Tiga kuntum. Lawa tak?
Jam sebelah tu hadiah dari suamiku.......

Erm.......kalau nak tau, ni la bunga yang sangat2 aku suka. Bila melihatnya, hati aku berbunga2. Rasa tenang je. Kalau nak citer sejarah aku dapat bunga ros or mawar ni la, sikit sangat. Sedih gak. Tapi aku nak citer gak bila n siapa yang penah bagi aku bunga mawar ni.

Pertama sekali aku ingat ada sorang kawan baik aku, eddy nama die. Masa tu kami sama2 kerja kat Kilang Tan Seng, Parti Raja, Johor. Aku baru lepas SPM masa tu. Biasala budak2 baru keje kilang, masa tu aku tak kenal dia lagi, kebetulan 'line leader' kat tempat aku tu kalau tak silap ada jual bunga ros buat guna sabun wangi, aku bual2 ngan akak tu cakap suka sangat bunga ros ni. So, die ngan tanpa segan silu kirimkan kat orang tuk bagi aku. Lepas tu kite orang kenal la. Tapi dia cuma jadi sahabat baik aku je sebab walaupun ada keserasian antara kami, keakraban itu hanya tersekat kat panggilan "Teman tapi Mesra" kot kalau zaman sekarang punye sebutan.

Kedua, masa aku kat Uitm, Shah Alam. Masa tu kalau tak silap 'birthday' aku kot. Kawan2 perempuan yang baik ngan aku tau aku suka sangat kat bunga ros ni. Kebetulan malam tu ada malam apa ntah kat kolej lelaki. Kira ada jualan la. Die orang kirim kat budak lelaki. Masa tu aku da tau dulu, so walaupun tak berapa 'suprise' tapi aku buat2 la terkejut bila dapat. Hehehe.

Ketiga masa konvo la. Siapa lagi nak beri kalau bukan 'ex-boyfriend' aku masa tu yang asalnya abang angkat. Lama2 terangkat. Hehehe. Yela, masa tu 'boyfriend' la. Sekarang ni yang dah bekas. Yang ni kalau tak silap aku, sekuntum ke tiga kuntum. Aku tak pasti la. Walaupun tak la banyak cam orang lain dapat, tapi aku sangat hargainya.

Keempat? erm....... dapat pokok bunga ros. Hehehe. Takdelah, semenjak rajin menghias halaman rumah dengan bunga-bungaan ni, minggu lepas aku terpandang satu bunga ros. Nak tak nak, aku nak gak ada bunga ros kat rumah aku. So, aku cakap ngan suami nak beli. Die belikan la. Lupa lak nak amik gambar pokok tu. Dapat amik gambar bila dah di potong lak. Suami tau aku suka bunga ros, tapi die dah cakap awal dah masa kiteorang baru2 kenal dulu, sejak putus ngan 'ex-girlfriend' die sebelum kenal akula, die dah tak nak membazir dah beli bunga2 nie. So, aku tak la mengharap sangat bunga pemberian suamiku tu. Memang betul pun membazir je. Tapi kalau dapat ok gak. Sapa yang tak nak kan. Cam kata Mak Fuzi, orang yang jaga anak aku tu, sepatutnya suami ni setiap kali isterinya bersalin tu berilah bunga ke, tanda penghargaan. Hehehe.

BAJU PEMBERIAN IBU MERTUAKU.......

Cantik tak.......


Ahad hari tu (28.11.2010) , mak mertua aku baru balik dari kampung. Tak sangka lak, dia belikan aku baju. Buat salin2 kat rumah katanya, lagi pun 'the store' ngah ada 'sale'. Tu la, aku ni sebenarnya jarang beno beli baju2 ni. 'Maybe' dia perasan kot aku asyik pakai baju yang sama dah bertahun ni. Malula. Hehehe.

Lama gak la kat sana, lebih kurang 10hari, dari khamis lepas raya haji hari tu. Bukan pe, kebetulan minggu tu masa johor dapat cuti hari isnin tu, ada kenduri doa selamat kat kampung. Jadi mak mertua aku balik buat tolong-tolong. Kenduri tu pun tuk arwah ayahnya. Memang kat kampung belah muar sana, biasanya orang jawa, sentiasalah ada kenduri cam ni. Ada giliran. Dua minggu sekali. Gilir2. Tapi takde paksaan. Kalau tak nak sebab ada urusan atau takde budget pun takpe. Lain kali leh. Tapi jarang2 la die orang tak amik sebab biasanya kalau niat tuk buat benda baik ni, rezeki tu sentiasa ada. InsyaAllah.......

LAPARNYA HARI NI.......

Habis da.......

Pagi ni aku rasa lapar sangat. Habis jemput2 aku buat pagi tadi. Makan tak sampai 10minit. Hehehe. Nak wat cam ne, dah perut rasa lapar. Erm....... tak tau la minggu depan ni berat naik ke tak. Nak kata makan kuat dalam minggu ni cam tak je. Hari tu timbang, dua minggu baru naik 0.3 kg. Doktor kata nape naik sikit je, tapi bila die tengok baru 2 minggu datang 'check-up', die ok je. Pelik gak, biasa kalau sebulan tu naik lebih kurang 2kilo. Kira2 kalau seminggu tu patutnye 1kilo la erk?Ni setengah kilo pun tak sampai. Ah!biarlah, yang penting semuanye sihat, baik, selamat.Doa yang baik2 je la kan.