Hari ni genap 4 tahun, aku dah suami melayari bahtera berumahtangga bersama2. Walaupun pelbagai dugaan yang kami tempuhi, satu je yang buat kami kembali bertaut iaitu kata-kata suamiku bahawa kami saling memerlukan sebenarnya.
Pada mulanya aku merancang untuk membuat kejutan dengan meletakkan hadiah yang telah kusediakan seawal 13/06/2011 (isnin) diatas meja suami ketika die pergi solat jumaat.Sewaktu membeli hadiah tu, aku cuti sebenarnya. Tapi dia tidak tahu kerana aku bersiap seperti ingin keluar bekerja.Hampir sahaja aku terkantoi dek telatah adif petang itu yang menginginkan mainan ditempat aku membeli hadiah tadi.Erm......semua ini tak terjadi kerana hal2 yang memang tak dapat dielakkan.Mungkin ada hikmahnya kan? So, aku ambil keputusan buat kejutan dengan cara yang lain lak pada malam tadi. Ha, ha, ha......bukan tu la. Ish3..... aku buat kejutan dengan beri hadiah tapi dengan cara yang berbeza. Harap suami suka.
Eh!lom abis la citer aku. Citernye tadi lebih kurang kul 11.49 pagi suami 'call', die cakap die kat belakang pejabat aku, aku pun keluarlah tengok, pastu die kata die tak kat situ, tapi ada sesuatu yang ditinggalkan kat tepi cerek 'office'. Terharu aku tengok, 4 kuntuman bunga ros segar beserta 'teddy bear' bersandar di situ. Aku tanya lagi di mana suamiku,die kata kat pejabat. Erm..... nampaknya idea aku telah digunapakai olehnya la.Tula, cam aku cakap tadi, pasti ada hikmahnya.Aku suka sangat sebab dapat bunga ros. Sebenarnya aku memang teringin dapat bunga ros dari seseorang yang aku sayang. Tapi dalam keadaan sekarang ni, aku tak berharap apa2 kecuali ucapan ikhlas darinya pun dah mencukupi.Sebab aku faham.......