Dalam mengejar sesuatu dan memastikan apa yang kita rancangkan berjaya kadangkala kita terlupa seketika tentang orang-orang disekeliling kita terutama keluarga yang rapat sangat dengan kita. Pernah aku tersedar yang aku telah abaikan beberapa tanggungjawab penting dalam kehidupan ini. Masa2 yang berharga ini telah aku persiakan demi mengikutkan kehendak diri. Syukurlah aku sedar sewaktu ianya belum terlambat. Di sini aku nak menyatakan kepada keluarga aku terutama anak-anak, suami dan ibuku, yang aku sayang kalian semua. Sayang sangat. Aku akan cuba dan pastikan selepas ini apa yang termampu aku lakukan, aku penuhi. Tapi hanya satu pintaku fahami aku sebagai seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak yang bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan