SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 15 Jun 2011

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE - 4

Tanggal 17/06/2011, Jumaat ialah Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke - 4. Ntah ingat ke tak suami aku. Kalau die ingat pun, maybe sebab FB kot. Hehehe. Walaupun usia perkahwinan kami yang boleh dikatakan baru setahun jagung, tetapi kami juga tidak lari seperti pasangan lain yang telah diuji dengan pelbagai dugaan berumahtangga.


Kalau dikenang2kan seawal perkenalan kami, kami berkenalan pada 26/05/2005, bertemu kali pertama selepas itu pada 25/06/2005. Bertunang kalau tak silap aku pada 18/12/2005 dan berkahwin pada 17/06/2007. Aku belum memakai cermin mata masa tu, seperti gambar ni. Ada satu ketika selepas pertunangan ahmad memberikan aku gambar2 yang telah di'edit' dan dimasukkan ke dalam Microsoft PowerPoint diselangi dengan alunan lagu Kerispatih - Lagu Rindu seperti lirik dibawah ni. Hatiku sangat berbunga2 dikala itu. Ingin sangat aku menjadikan lagu itu lagu ringtone ku, tapi aku pakai hp biasa je masa tu.Hehehe. Tapi susah nak cakap gak sebab skrang die da belikan aku hp sony ericsson vivaz pro pun tak reti gak nak download lagu tu. Best gak la liriknya pada sesape yang tak tau, meh baca bait2 kata dalam lirik ni k.


Lagu Rindu by Kerispatih


Bintang malam katakan padanya

Aku ingin melukis sinarmu dihatinya

Embun pagi sampaikan padanya

Biarku dakap erat waktu dingin membelenggunya

Reff:

Tahukah engkau wahai langit

Aku ingin bertemu membelai wajahnya

Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah

Hanya Untuk dirinya


Lagu rindu ini kuciptakan

Hanya untuk bidadari hatiku tercinta

Walau hanya nada sederhana

Izinkanku ungkap segenap rasa dan kerinduaan


Sekarang aku dah bercermin mata, anak pun dah masuk 2. Aku ingin sangat memohon maaf diatas segala kesalahan aku sepanjang kami mengenali. Mungkin suami perasan akan perubahan dalam diriku, riak wajah, tingkah laku, percakapan, pergaulan dan lain-lain. Aku harap dia sangat memahami kenapa kerana selama hari ini pun, tiada orang yang telah memahami aku sepenuhnya kerana orang hanya pandai berkata-kata dan mengarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan