SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 31 Ogos 2011

LETIHNYE......

Hai............dah namanye raya, mestilah letih kan? Hari ni baru masuk raya ke dua, tapi rasanya dah 10 buah rumah yang jaraknya boleh dikatakan jauh2 telah dapat ku bertandang. Program raya aku setiap tahun sebenarnya sama je.So, nak citer pun letih skarang. Bila gambar semua dah leh upload n ada masa, aku update blog nie balik k.

Jumaat, 12 Ogos 2011

RASE SEDIH.....

Hari ni aku rasa agak sedih sebab sering tertanya2 "kalaulah aku sabar sikit, tak jadi macam tu"........ Bukan pe, semalam balik aku teringin makan ikan masak asam pedas, telur goreng dan kobis goreng ala2 kat tempat glamour tu Asam Pedas Parit Jawa, jadi balik2 kerja, aku beli barang2, masak tuk berbuka puasa. Di saat2 masa nak berbuka tu semuanya pun siap dihasilkan. Masa tu la Adif nak susu. Mulanya aku dah kata da, cari botol susu nanti aku buat. Dia cakap takde la, tak jumpa. Pastu die diam, aku teruskan masak. Dah tengah nak hidang2 tu, die minta lagi, time tu la sabarku tak terbendung, mungkin sebab penat, balik2 keje terus masak lalu aku membebel sambil cari botol susu tu. Bila aku jumpa teruslah aku katakan "Kan Mama dah kata tadi, nak susu cari botol. Lain kali kalau nak sesuatu, usaha. Jangan nak menadah tunggu orang hulur je. Kan Mama dah kata, Mama tak suka bebel, kalau Mama bebel, Mama sakit hati, orang yang dengar pun sakit hati"....... ish3....... kalaulah aku bersabar sikit... Erm......tapi bukan berhenti setakat itu aje, aku pun mulalah membasuh botol, isi air suam. Tatkala aku menuang air, kedengaran Azan Maghrib berkumandang menunjukkan telah masuk waktu berbuka. Aku segera mendapatkan air. Sedang aku mengangkat cawan, belum sampai pun ke bibirku ini, Adif mula merengek. Hah!waktu itulah aku berisythifar panjang dan mula berkata " Mama baru nak minum ni, tunggulah kejap, kan Mama dah tuang air dalam botol ni, kang Mama buang botol ni, terus tak dapat nak minum susu lagi" Adif terdiam. Kesian aku tengok sebenarnya. Tapi bila aku dah buat susu tu, aku pujuklah dia balik.......


Malam pulak, Adif nak tido. Aku dah banyak kali cakap ngan Adif kalau nak tido, masuk bilik.Cian die sampai menangis2 ulang alik masuk bilik n keluar ke depan. Aku bukan pe, tak nak die terbiasa dengan keadaan cam tu. Bagi aku, bilik adalah tempat peribadi termasuk kalau nak tido. Takdelah bila orang datang masing2 tido kat depan tu. Tapi aku cakap perlahan je ngan dia "Adif suruh buat susu, Mama buat.Adif nak beli mainan, Mama belikan. Kalau Adif tak nak dengar cakap Mama, Adif nak dengar cakap siapa?........ Terus aku diam. Pastu Adif renung aku, bangun, menangis n peluk aku. Aku bertanya kenapa. Die diam dan terus menangis..... Aku dakap erat dia, pangku...... lalu die tertido dipangkuan aku. Aku cium die dan bawa ke bilik....... Begitulah kisah sedih hatiku ini.

Selasa, 9 Ogos 2011

MAINAN ADIF KE AMMAR NIE???




Lama sungguh aku rasa tak ber'blog' kat blog http://espresiaf.blogspot.com/ aku ni. Skrang ni aku bz sikitlah. Syukur sebab dah mula dapat tempahan sulam manik. So, ada takde update blog manik aku je la yang sempat. Ala...... blog http://accesserimaniq.blogspot.com/ tu.hehehe. Eh! melalut lak aku nie. Nak citer ni hah! baru2 nie aku gi Angsana, punyelah ramai orang. Yelah, masing2 membeli belah masa yang sama, hujung minggu. Dalam kesesakkan tu, dapatlah gak 2 pasang baju tuk Adif .




Tak cukup ngan tu, aku gi pulak The Store kat Skudai beli lak baju Ammar. Ammar kan baru 6 bulan, so gi area baby la kan? Hah!kat situlah Adif bertemu ngan kuda padi nie. Beria die nak beli. Ambillah Dif....... nie mainan tuk baya2 Ammar je sebenarnya, tapi die dah nak, nak wat cam no, tak rugi pun sebab Ammar still leh main. Betul tak? Hehehe.

Rabu, 3 Ogos 2011

GI PEJABAT LAMA HARI NI

Skrang ni aku berada di pejabat lama aku. Saje hantar baju yang kawan aku tempah tuk jahit manik sambil bawa kerongsang n ambil tempahan rempeyek. Itu lah antara bussiness aku skrang. Sebab tu la dah lama aku tak update blog nie. BZZZZZZZZ...................Hehehe