SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 29 Disember 2017

KUSYUK TONTON CERITA KEGEMARAN ~ The Son of Bigfoot


Rerasa da lama pulak tak menulis... baru2 ni adalah dapat tempat ke 2 contest copywriting... tak sangka sebenarnya.. erm... nak jadikan citer... baru aku sedar... aku memang suka menulis sebenarnya... but kenapa aku macam banyak rehat kan ... hihi... tak tau la nape... yang pasti hari ni aku nak menulis lagi...

Haa... tu dia anak 'bongsu' setakat ni la... hahaha... tak berani bagi pengakuan dulu... hihi... saje nak kabo... disebabkan citer kegemaran dia ni... The Son of Bigfoot... sanggup ketepikan yang lain... kecik2 dah faham da, bila cakap nak tengok citer ni... setia dok depan TV... Sorang2 pun jadi 🙄

Khamis, 31 Ogos 2017

MOVIE TIME ~ Tempat anak-anak jiran berkumpul

Semalam hujan lebat...sejuk... jadi petang2 da reda sikit... biasalah anak-anak jiran datang rumah kan... ajak anak-anak bermain... kebetulan ada citer menarik nak ditonton... jadi dok berkumpul la mereka dalam rumah....

Teringat aku masa zaman kecil dulu... Rakan-rakan pun rajin datang berkumpul kat rumah kampung... Seronok tengok budak-budak bermain kan... Sejuk hati... 



Kawasan kejiranan aku ni memang pelbagai bangsa ada.. So, hari ni yang datang rumah... Aidil, Danish, Mustakim dan Darshan... Darshan kecil lagi... masih bermain dengan Adif & Ammar... kalau Avinesh da besar... da lama la tak berkunjung ke rumah.... mungkin da ada kawan baru diperingkat sekolah menengah 😊

Ahad, 27 Ogos 2017

SCHOLAR'S INN UTM SKUDAI ~ Hadiah Cabutan Bertuah Gempak Hari Keluarga UTM tau...

Erm... hari ni cuti sebab semalam kami sekeluarga berada di Scholar's Inn UTM Skudai okay... actually tu bukan sebab utama... Yang utama pengasuh yang mohon cuti katanya ada majlis perkahwinan di KL... So, da alang2 tarikh hadiah cabutan bertuah ni berakhir 31.08.2017... minggu ni je la paling cun la kan menginap kat sini..

Mengulas tentang Scholar's Inn ni.. rasanya memang boleh sangat2 la nak suggest sesiapa nak menginap di sini.. sebab... pelbagai kemudahan tersedia tau... Kat dalam UTM ni sahaja da ada Masjid, Bank, Pejabat Pos, Cafe... Nak beriadah pula ada tasik tau... Kalau rerasa nak gi makan fast food..jangan risaula.. keluar pintu belakang tu je da ada..stesyen minyak pun kat situ... bilik dan kemudahan di dalamnya sangat okay... Peti ais, seterika, pemanas air.. pendek kata kalaulah yang jauh2 tu ada urusan di area sini..dicadangkan cubala survey Scholar's Inn ni juga ya 😉






BAJU BENDERA ~ Semangat menyambut hari kebangsaan ke 60 tahun 2017 kan..hihi

Tahun ini tadika di mana Ammar belajar meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan lebih awal... Tetiba mood rajin menjahit datang... So, sebagai tanda sokongan kepada mereka... maka terhasillah baju bendera... Hihi..

Walaupun baju ni kira last minute dan pelbagai pulak dugaan semasa menghasilkannya... Tapi bila melihat berdirinya seorang anak segak menggayakannya.. hati rasa bahagia... berbunga2 pulak 😀


    Semangat kan... Ada bendera kat pagar rumah... Ammar dapat 4 bintang 🌟🌟🌟🌟 mewarna Jalur Gemilang... Haa.. yang satu gi pic.. Anak2 di tadika bersama-sama hasilkan bendera...

Sabtu, 20 Jun 2015

ADELIA COLLECTION - Koleksi baju Fathiah la..hehe



Selamat menjalani ibadah puasa ya semua.. erm.. tetibe je kan, setelah setahun lebih menyepi diri..hehe.. Actually banyak gak nak dikongsi tetapi disebabkan kekangan masa ( entah ape yang busy sangat pun aku tak tau la), tu yang pe2 update kat moments WeChat jer :-) Haa... hari ni pun macam rajin jer... macam terlebih masa jerkan... nak entry pulak baju2 yang baru dibuat tuk Fathiah.. Oh ya.. yup! Blog akan dikemaskini secara berperingkat.. kenapa? Why? Untuk pe? Hehe.. adalah.. tapi memang akan ada entry & pic yang akan didelete ya..

BLOG SEDANG DI NAIK TARAF & DIKEMASKINI

Lama sungguh aku da tak berblog ni.. so nk umumkan sekarang blog sedang dikemaskini..hehe.. insyaAllah ke arah paparan yang lebih baik..

Isnin, 21 April 2014

PATAH GANTI TAU - Balik kampung laa.....

Semalam aku saja amik cuti sorang balik kampung...kata ngan mak nak balik sebab nak blajar wat baju tapi niat sebenar aku rindukan mak n kampung... aisey... sedey pulak waktuaku tulis entry ni...

Yup... I really miss u mak..tapi mmg betul sempa gak aku blajar wat plan baju kurung moden walaupun dalam keadaan haru biru melayan karenah Ammar yang nak bermanja dengan aku. Biasalah aku bawak Ammar sorang...so takde kawan la dia nk main...pastu dalama gak tak balik...dekat mmg dekat..

Hah..nak tau pokok semua da besar termasuk itik...tu pic dibawah..hehehe... waktu dalam perjalanan balik hatiku  n fikiran teringat pada cerita mak yang seawal 14 tahun telah berhenti sekolah dan menyara keluarga berjalan menjunjung susu getah sehingga 17 tahun... ceritanya yang lain & panggilan telefon yang disambut membawa khabar biasa baginya menjadikan aku lebih bersemangat dlm menghadapi kehidupan kerana mak seorang yang tabah...

Tapi satu yangku tahu.mak tak suka barangnya diusik..tengok tu da siap tulis
"PATAH GANTI TAU"




Isnin, 14 April 2014

HARI SUKAN TADIKA IHSAN UTM 2014 - 12/04/2014

Hai...hari ni rasa mengantuk pulak..da abis baca isu Erra Fazira.. Tudung Mawar Fizo Omar still mengantuk gak..so baik aku citer pasal hari sukan adif...baru segar.. hehe... teringat lak para ibu ngadun n uli tepung buat snow man cam dalam citer Frozen tu.. tp tula..kalau nk citer A to Z ( da mcm nama kumpulan la pulak) kang korang lak yang ngantuk..so pe lagi kom layannzzz gambar je la







Sabtu, 8 Mac 2014

JUAL KAIN SULAM MURAH - berpatutan kot harga..hikhik

Dah lama tak update...aku just nak bagi tau bz sbb skrg da mula jual kain sulam tau.. harga leh la...berpatutan rasenye..hehe. leh g page http://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse tapi kalau nak senang buka blog http://AdiellaLovelyHouse.blogspot.com cume rase hari ni baru nak update... netbook rosak..huhu...tu yg tak update2 cite walau banyak sangat nak story morry u...haha..
Sebahagian kain sulam..








Jumaat, 17 Januari 2014

THE LEDANG URBAN RETREAT, NUSAJAYA - Majlis Jasamu Dikenang

Semalam dalam pukul 4.00 hingga 6.30 petang, aku bersama rakan-rakan pejabat sempat menjamu selera di The Ledang Urban Retreat... nama je The Ledang, tapi bukan di ledang tau.. sebenarnya di Nusajaya... kami berada di sana bagi menghargai & meraikan persaraan & pertukaran pegawai dan rakan-rakan yang telah melalui proses tersebut.

Aku tak mau citer pasal majlis, tapi aku lebih suka tunjukkan view dan apa yang ada disana ... Tempat & makanan aku boleh katakan cantik dan sedap... Staff ok.. Bak kata feedback form tu exceed.. Hehehe... 




DIARI 2014 - baru nak ucap selamat tahun baru

Hai semua..Selamat menyambut tahun 2014 yang telah 16 hari berlalu :-) Maaf la, lately memang aku quite busy.. busy ngan kerja hakiki di pejabat, busy dengan urusan di rumah, busy dengan business.. erm.. business la sangat kan.. dan busy dengan tuntutan diri sendiri... So aku harap tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas & tahun2 sebelum ni.. 

Erm... nak citer pada tahun ni, banyak perancangan yang aku da fikirkan, cume kesibukan masa menyebabkan aku tak menyempat lagi memasukkan di dalam Diary 2014 pemberian suami tersayang...

So far, untuk pengetahuan semua yang maybe lom mengenali keje hakiki aku... Antara tugasan yang tersenarai didalam job description aku adalah mengendalikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Kontinjen Johor... So apa sahaja masalah, kebarangkalian atau apa sahajalah akan di rujuk kepada aku. Haa... oleh kerana penilian tahun ini diminta diselesaikan sebelum atau pada 31 Januari 2014... maka dengan itu bermulala kesibukan melampau aku. Bagi sesetangah orang.. yup! memang ade orang penah cakap aku kelihatan tenang & cam tak buat keje bila bekerja, mereka tu tak tau yang di luar aku memang tak suka menampakkan kesibukan, tapi dalam hati, fikiran, semua bergerak fikir nak buat mane dulu, nak mula dari mana, yang lain lak, nak itu, nak ini... Aarrggghhhh... Gitula sibukknya aku sebagai seorang pekeja yang makan gaji n punyai keje hakiki.

Tu baru aku citer sikit je pasal keje hakiki aku, yang lain lom lagi.. kalau aku citer kang, bosan pulak korang nak baca sebab memang akan panjang lebar n berjela-jela la... Hehe.. Pe2 pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan aku lakukan... Semoga mulai tahun ini kita sama2 mendapat sesuatu yang baik dan berguna untuk diri sendiri n semua :-)

Khamis, 26 Disember 2013

BLOG JUALAN ADIELLA LOVELY HOUSE - http://adiellalovelyhouse.blogspot.com



Huhu... sebenarnya sedih melihat blog aku yang semakin terabai ni... Dek kerana ade blog baru, blog ni la yang terpaksa berkorban..huhu.. tapi takpe, ada mase aku akan cuba update semua sekali...tak nak da senyap2 ni... azam tahun baru la kononnye...hehe.. 

Dah alang2 ni, aku promote je la kan..haa.. ni kalau korang rase nak cuci mata ngan tengok baju2 tu leh la follow ye.. http://adiellalovelyhouse.blogspot.com 

Jumaat, 29 November 2013

MOOD MENGEMBARA SUDAH TIBA - sebelum tu kerja mesti disiapkan!!! Chaiyokkk!!!

Yuhuu... hai semua.. lama tak N3 kan... ye la, lately aku agak busy la.. Busy ngan my online bussiness la apa lagi :-) So, memang always on9, leh kata time tido je off, selebihnya whatsapp, wechat, fb on  je.... cuma tu la tak de mase nak update blog... tapi haa... dalam lom menyempa tut, dah gatai lak tangan ni wat satu lagi blog tau... blog Adiella Lovely House yang lom lagi letak pic... yang ni takpe, sebab kalau sempat aku nak promote jualan melalui page lak, salah satu inisiatif terbaru.. mane lah tau de rezeki lebih melalui blog pulak... idea datang pun sebab sebelum aku buat blog tu, de sorang customer tanya baju sebab nampak satu baju aku post kat blog... Erm... bagus tak?

Oklah...actually saje je drop jap... kalau nak tau cepat mengenai aku, kenalah add wechat sebab rajin post moment... Hehehe..See ya, aku nak siapkan kerja sebab minggu depan dah nak becuti seminggu... pe lagi... holiday... Semoga perjalanan aku sekeluarga sentiasa di lindungi Allah, dilancarkan perjalanan serta dipermudahkan segalanya......

Ahad, 6 Oktober 2013

CINTA 4 SEGI - Dasyat gak kan....

Erm.. biasalah tv lom siap2 balik dari rumah  Shamer, so aku dok melayan citer kat netbook ni je la kan... Feel sakan aku semalam tau, tersenyum memanjang. Mane taknye menonton citer Love You Mr. Arrogant, buat mase 6 episod ni aku boleh kata terbaik la.. Syok, sweet je tengok. Bukan pe, feel tu sampai la katakan. Berangan tak sudahla kite ni. Hahaha. 

Haa... siang tadi lak layan citer Kampung Girl... ok lah gak, kelakar pun ada. Cam budak kecil lak bercinta, siap nyanyi2 lagi tu. Best.... Oh, indahnya... romantik gitu. Tapi.. aku tak sangka lak dalam citer tu sampai de permainan cinta 4 segi...Wow!!! macam mane pulak tu kan? Ainnur suka Ashraff, Ashraff suka Ain, Ain suka Abang Faizal, Abang Faizal suka Ainnur... ntah apala ending citer ni ye, seminggu sekali je pulak tu. Aiii tak sabarnya. 

Takpe, stay cool, tunggu je http://www.moviesinfobsyok.net/p/slot-akasia-tv3.html updatekan citer tuk aku... Hehehe

Sabtu, 5 Oktober 2013

TIPS MENGURANGKAN BERAT & TAMPIL BERKEYAKINAN - Wanita lepas bersalin, sesuai sesangat nih!!!

Hari ni terasa lak gatal tangan ni nak amik gambar & berkongsi sedikit tips tentang cara aku sendiri mengurangkan berat badan & tampil 'langsing'. Hehehe. Langsing la sangat ke... Malam tadi timbang pun baru turun sikit je. Berat sekarang 62kg, tu pun dah berani nak bagi tips pulak aku ni. Hehehe. Well, this is my way , so it's depend on you all la kan.... Bukan pe, tentu ramai para ibu yang baru bersalin cam aku risau akan kenaikkan berat badan, so tak salahkan aku berkongsi pengalaman aku sendiri (Walaupun belum la sepenuhnya turun berat ni kan)

Pertama : mak bidan aku kata " Dilla... ko minum air kosong banyak, sekurang-kurangnya satu botol mineral besar"Erm... betul tu, sampai sekarang aku masih amalkan.

Plus : Lagipun memang baik untuk kesihatan kan.... tengok je la tulisan kat jug tu " Drink more water makes you healty "

Kedua : Pastu dia suruh sapu pulak losyen ni sebelum pakai bengkung. Pehhhh!!! panas jangan cakap la, tahap boleh nangis kalau terpakai banyak, berapi rasenya.... Hehehe

Ketiga : Mestilah kena pakai bengkung, aku pakai adelah dalam 60 hari tu, Pastu hampeh... (Banyak keje la, susah nak gerak)

Keempat : Bila dah lebih 60 hari, kira2 tak sampai sebulan nak naik keje, mulalah aku beli bamboo Slimming Suit ni, siap jual lagi pastu sebab aku dah cube, memang rase bagus la... Eh!!!jangan silap, bukan promosi tau, memang betul, bila berjalan rasa yakin sebab semua terasa terangkat... Slim gitu. Hehehe


Kelima : Tak cukup dengan Bamboo Slimming Suit, aku beli pulak High Waist Panties ni... Pun ok gak & aku jual sekali (Sekali lagi promote ye....)

Keenam : Yang ni skipping zaman tuk kadok. Hahaha. Eh!!! Jangan gelak, aku ade yang betul2 punye tapi mane ntah peginya. Gunakanlah apa yang ade, yang ni baru 3 hari aku buat. Tu pun setelah adik aku cakap. Sakit betis. Huhuhu....

Ok...ade lagi tau, yang ni special case sebab takde gambar... Mula2 makan sesenduk je, pagi sekali, malam sekali. Tu jiran sebelah kanan rumah aku yang cakap sebab mase puasa tu aku tengok die kurus, tu yang tanya (Kak Nam la katakan) Hikhikhik

Pastu leh gak ikut style anak sedara kepada suami aku, tu pun aku tanya die, die kata die ade beli mesin yang larian dalam rumah tu, seminggu tiga kali je buat tapi satu sessi 30 minit & speed dari slow ke laju....

Rasanya cam ada tertinggal satulah lagi, tapi takpela. Rasa ini pun dah cukup kot... So selamat mencube la ye. Manelah tau berkesan, leh la tinggalkan komen :-) Klu nk beli apa aku ppromote td leh g https://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse

AKHIRNYA SAMPAI JUGA - Barang ditunggu2 da sampai......

Berbunga riang hati ini siapala yang tahu kan... Mane tidaknye,barang yang ditunggu2 da sampai... Lega. Terima kasih ye GD Express walaupun sepatutnya khamis lagi aku da terima. Haa..ni kira oklah hari ni, kalau semalam tnyla yang jawab telefon kat gdex jb, suara aku... erm... biaselah kan klu kite tgu barang sehari lom smp ok lg. Bile da msk dua tu yang mula la aku call sane sini...Takyah aku sebut sebab musabab lambat sebab aku bersyukur sgt barang da smp :-)

Inilah dia.... skirt. Inilah permulaan aku menjadi supplier lak.......


Jumaat, 4 Oktober 2013

FREE PASS 1GB - Erm...what I give, I get back???

Hehehe...sape yg tak suka hati bile dapat sms dapat free pass 1G kan.... tapi cube korang fikir manenye benda2 ni nk diberi free je. Of course la ade yang aku da sumbang kan... erm... nk tau pe? Haa .... tgklah pula bill aku bulan lps. Mahunye nk RM200... Huhuhu. memang aku penah dapat mesej cakap kalau guna RM160++ akan dapat. Tapi tak sangka lak berlebih-lebihan la pulak ye... Nak wat cam ne...what I give,  I get back. .. so terima la dua2 dengan hati terbuka kan...


Mesej dari maxis pagi tadi


check kat *100# (tengahari ni baru dapat bil yang real)

Khamis, 3 Oktober 2013

MANA PULAK GDEX COURIER SERVICE NIE... - Nak jadi supplier lak... Peace...

Ye...memang betul skrang ni hati aku dok resah gelisah menanti GDEX yang digunakan sebagai penghantar barangan aku... Tu la ngah berangan nk jd supplier lak, so belila sikit2... Yang ni aku check tracking number dah dibawa kuar da... Tapi tu la, lom sampai2 nampak gayanya ni... Maybe lewat sikit kan... Ape??? nak tau ape aku beli... Tunggu.... Hehehe. Harap semuanya berjalan lancar sebab selain dapat tambah pendapatan aku, aku gak dapat bantu adik beradik yang lain :-)

CONFIRM RINDU PUNYER.... - Saat2 manis kita bersama...di rumah

Cepat betul masa berlalu sekarang, diam tak diam hari ni dah masuk hari ke 86 semenjak aku melahirkan Fathiah pada awal Ramadhan... Erm... tetiba rase sayu pulak hati sebab 8/10/2013 bersamaan selasa depan aku dah mula bekerja. Confirm rindu kat saat2 cam ni.... Tak tahu la bagaimana keadaannya pula sebab sepanjang tempoh percutian aku ada seorang rakan telah ditukarkan ke daerah dan negeri lain sebab dia minta tukar pun, pastu datang lak 2 orang baru dalam pejabat tu. Silap2.... mereka ingat aku lak yang baru nak lapor diri. Hehehe.... Ape2 pun yang sebenarnya (Eh! macam tajuk lagu Yunalis la pulak) aku mungkin rase rindu dengan keadaan ni.... bangun pagi, sibukkan diri dengan https://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse pastu cepat2 basuh baju, kemas apa yang patut sambil layan mesej dari member2 baru.. Tengahari sikit masak sebab Ahmad & Adif makan kat rumah.. Pastu sambung lagi ngan FB sambil layan citer2 kat internet... Petang sikit kuar ajak Fathiah tunggu Ayah & abang dia balik, malam kalau tido awal jawapnya tengah malam upload gambar kat page, kalau tido lewat kul 4.00 pagi bermula pusingan tadi... Hehehe. tapi apa yang penting tau, 25hb tengok CIMb cliks duit gaji masuk...Heheheh :-) 



Rabu, 2 Oktober 2013

SYUKUR SEGALANYA DIPERMUDAHKAN - Aku dah dapat geran.... Yuhu....

Syukur sangat...sebab segalanya dipermudahkan hari ni. Aku dah dapat geran rumah tau... Erm...lega sebab dah tak risau nak bayar rumah, kereta pun sama, dah dapat geran.. Eh!!! jangan silap... dapat geran tak bayar rumah tak bermakna aku takde hutang. Hehehe. Sebenarnya memang aku dah settle kan rumah & kereta tapi sebab aku jadikan satu loan, iaitu buat personel loan, bank rakyat... boleh la... keje kerajaan dapat interest murah, so aku rase inilah yang terbaik. Ikat still 20 tahun lagi cume tak perlu risau sebab bila gaji tu da siap2 tolak dari slip...tak la tertunggak atau sebagainya nanti kan :-)


Ada bahagian yang telah dipadam & diubahsuai bagi tujuan keselamatan...