Uit... Apakah itu? Hehehe. Tengok tajuk, gambar semua orang dah tau yang tu langsir. Erm....bila masa pulak aku ni bercuti kan? Al kisah diringkaskan cerita, aku ni baru naik keje. Isnin hingga rabu lepas aku meng offer kan diri untuk cuti demi pelajaran Ahmad dan Adif. Hehehe..... ayat cam good2 je orang cakap kan?
Sebenarnya Ahmad ada final exam 3 hari tu, tido PIS, kira tak balik rumah la. Malam tadi baru balik, so bila fikir2 boleh je cutikan Adif tapi cian lak, budak baru nak blajar kan. Kalau aku, cuti pun masih berbaki 21 hari, so tak de masalah la. Pegawai aku bagi je kalau aku kuar jap amik dan hantar Adif, tapi aku rasa tak syok lak, dah la jauh. Makan masa n buat penat badan je kan.
Pastu, bila da apply tu aku fikir nak buat apa je kat rumah. So, aku contact member sana sini, konon nak merewang, merayap la jumpe die orang kan. Mana yang keje pejabat, dia orang ok je tapi bila aku scan balik plan tu cam sama je aku gi keje, wat sakit badan, so aku decide baik aku dok rumah jahit langsir.
Akhirnya aku berjaya!!! Tinggal langsir jarang je lom beli. Hasil ukuran yang silap masa beli, dapatlah aku buat 2 langsir tuk pintu sliding, 2 langsir pintu bilik, 2 langsir tingkap dan 1 alas meja. Tak membazir langsung. Puas sangat. Hehehe.