SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 30 Mei 2013

BIRTHDAY KAK JAM - Katanya tak penah tiup lilin......

Saje je hari ni keje dah settle awal, so aku ade masa sikit tuk n3 story. Erm... ni kira citer yang dah basi kot. Hehehe. basi bukan sebab kek, tapi citer ni dah 2 bulan lepas masa kami sambut birthday Ketua Kerani (CC) kat sini. Mula2 kami cakap2, ucap2....... pastu terfikir lak nak kumpul duit beli kek. CC lak belikan kami pizza.

Kek kami kumpul duit sorang RM5.00 kot.......

Kata Kak Jam dia tak penah sambut birthday sambil tiup lilin tau........

Saje nak interframe gak. Hehehe.....

AMBOI....SEDAPNYA TIDO......

Hai kengkawan!!! dah berhari tak update status ni macam tak syok je. Bukan sebab takde story nak kongsi tapi kekangan masa tu. Kalau ade masa terluang tu sibuk lak badan ni nak berehat. Jawapannya tau la, tido.... 

Haa, nak tau pagi tadi punyelah kami sekeluarga sedap tido sampai bangun pun kul 6.25. Mula2 tu aku tersadar kul 4.25 pagi, jam belum bunyi sebab aku set 4.30, aku siap2 padamkan jam. Pastu aku tido balik, kul 5.25 pagi terbangun, aku sambung lagi..... Dan kesudahannya kul 6.25 pagi tepat aku terbangun. Ntahlah, maybe sebab angin pagi tu tak bape panas n sejuk, suam2 kuku orang cakap kot. Hehehe.......

Rabu, 15 Mei 2013

SUNGGUH BZ MINGGU NI - Bz ngan urusan peribadi.Hehehe......

Erm... kalau korang nak tau, minggu ni memang aku sibuk ke hulu ke hilir wat urusan peribadi. Selagi tak diurus n settle sebelum bulan 7 ni, rase lom lega. Dengar cam lama lagi je bulan 7 kan? Tapi bagi aku sekejap je sebab dalam bulan 6 ni lagilah banyak yang perlu aku siap n sediakan. Doakan segala urusan aku berjalan lancar ye.

Aku bukan apa, tak tau la, tapi rasa kalau dapat biarlah plan yang diatur tu dapat diselesaikan satu persatu dengan sempurna. Aku tau, kita hanya mampu merancang. Ni pun kira aku bersyukur sangat sebab CIMB Bank kata apa yang aku perlukan tu maybe amik masa dua, tiga minggu atau sebulan tapi kuasa Allah siapa yang leh duga, seminggu aku dah dapat. Syukur kerana dipermudahkan. Esok aku akan berurusan lagi, hope cam tu la gak. Dipermudahkan.

Selasa, 14 Mei 2013

COMEL NAK HABUAN GAK - Tetibe lampu malap dan kete terus nak berhenti

Ai....comel...comel.. macam tau2 je, die nak tumpang gak tu. Kali ni tul2 la dia bagi, minggu lepas aku baru je betullan aircorn. Ni die leh lak main pejam2 mata.... Syukurlah dia buat hal tu masa Ahmad yang bawa kete. Macam tau2 pe tu, adelah.... rahsia buat kala ini. Hehehe.

Bayangkanla, bayangkan tau.... Malam semalam Ammar ngaruk tak leh nak tido lena dalam kul 1.00 pagi gtu la, so kami macam biasalah, tak kira waktu, kalau da anaknya macam tu jawabnya kena kuar bawak jalan2 naik kete. So, keluarlah kami sekeluarga ni. Sampai je kat area MC.D dekat pintu belakang UTM tu, tengok dah lena da Ammar ngan Adif. Jadi kami terus U turn n balik. Aku pun dah terlena. Bilamana sampai je kat area Pulai Perdana aku tersentak sebab rasa kete tu lain macam je. Masuk Pulai Jaya lagi la..... lampu terus malap n kete rase nak terberhenti. Nak tak nak, Ahmad terus pecut. Akhirnya sampai gak rumah.

Esoknya, (hari ni latu) aku menumpangla member g keje. Bebudak pejabat kata bukan masalah bateri tapi ape ntah, aku pun tak tau nak nyebutnye kat sini. Tu yang sekarang ngah dok menunggu kete ni siap......



Isnin, 13 Mei 2013

JUG AIR BUAH - Ramai dah guna daa.......

Jug Air Buah???

Nape jug air buah lak datangnya ek? Hehehe. Tu gara2 Adif la, dia panggil semua air yang kena bancuh tu air buah. Yang ni hasil pembelian sunquick yang cam rebina tu kalau tak silap aku. Korang mesti tau la kalau selalu minum. Erm.... balik mengundi ritu dua rumah aku singgah, dua2 guna jug ni je tuk hidang air sejuk kat kami. Bagusnya jug ni sebab dia ade penutup, kebanyakkan jug aku yang kaca n tuk letak air batu or sejuk memang takde tutup. Tu yang tak syokkan? Kira memang berbaloi beli air ni, dapat jug yang berpenutup n cantik gak la.......

MGTT - Uiiii tak sukanyer.....

Memang tak suka!!! Tak suka bila doktor kata kena buat MGTT. MGTT tu apa? Amik darah sebab nak tengok kandungan gula dan sebagainya la. Memang bosan sesangat sebab pertama takleh makan dari kul 10 malam sampaila kebiasaannya 10 pagi. 10 pagi tu kira ambil darah kali ke 2 selepas 2 jam pertama kul 8 pagi....  Tak suka sebab lepas ambil aku mesti rasa nak pitam. Lepas ambil aku tak leh nak gi keje terus sebab kalau gi sampai pejabat kul 9 pagi, kul 9.30 dan nak kena kuar balik.

Yup!!! tul, hari ni aku kena gi wat MGTT sebenarnya, tu yang ade masa nak membebel luahkan perasaan ni. Mana taknye, berat baru naik lebih sikit je doktor tu sesenang hati ringan mulut suruh buat MGTT. Hish!!! Tapi aku sebenarnya tak salahkan doktor tu la, dah keje dia kan? Kang kata macam tak buat keje lak. Baguslah ada doktor yang prihatin, bimbang akan tahap kesihatan pesakit dia kan? Apalah aku ni. Hehehe.

Kepada doktor tu, terima kasih ye. Aku saje nak luahkan perasaan tak gemar aku kena amik darah ni je. Selebihnya, tiada apalah. Terima kasih banyak ye :-)

KAD HARI IBU UNTUKKU - Lakonan semula :-D

Dak Ammar tu kenapala pulak kan? Tunjuk penumbuk? Haaa???

Ciuman paksaan. Hahaha.......

Haa...nampak tak apa kami pegang tu? Kalau nak tau, ni hanya lakonan semula aku pagi tadi sebelum g kerja. Hehehe. Bukan pe, semalam Adif da bagi aku kad hari ibu yang dihasilkan di tempat dia belajar semasa Hari Keluarga & Sukan Tadika Ihsan, tapi masa tu kan panas n tak jangka semuanya, so takdelah nak amik gambar sakan.

Nak tau Adif lukis apa? Dia lukis sebatang bunga di atas padang dan ada matahari. Maksudnya? Aku pun sukar nak explain sebab gambar yang dilukis ni bukan cikgu suruh lukis cam tu tau, tapi ikut apa yang dia nak lukis. Ade gak  ibu yang dapat anak lukis rumah, roket. Hehehe. Budak2....... dalam fikiran tu macam2 la kan? Tapi aku bersyukur sebab dapat gak hadiah hari ibu kan? Tak sangka lak. Tak sangka - tak sangka siap tulis kat gambar Hadiah Hari Ibu 2013, bunyi cam mengharap je tuk tahun2 akan datang. Tak senonoh kan? Hehehe.......

Ahad, 12 Mei 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU - Ibu yangku pangil Mak.......

Selamat menyambut hari ibu semua....betul ke hari ni hari ibu sebab aku da dapat mesej semalam lagi. Takpela yang penting ada gak yang mengucapkan pada aku ni ek....hehehe. ha...ni gambar lukisan anak pegawai aku sempena hari ibu ni. Pasti terharu hati seorang ibu bila menerima hadiah sebegini dari anak kecil dan masih bersekolah kan. Pagi tadi kira sebelum aku memblogkan diri ni la.Aku mesej mak aku, bg ucapan sikit.Minta maaf.Macam biasala hati sensitif aku ni tetibe je rase hiba, pe lagi....berlinang, berjujurai la air mata ni. Siap sendu sedan lagi tu. Hehehe Pe2 pun harap ibu aku yang aku panggil mak akan dapat merasai kebahagiaan dan nikmat hidup ini suatu hari nanti. Aku nak yang mak aku tau...... Onet sayang mak sangat2.......

Selasa, 7 Mei 2013

RAJINNYA AMMAR.......



Tengoklah rajin betul kan budak Ammar ni. Erm... pantang mama die buat keje semua dia nak buat. Sebab tu aku suka bangun pagi-pagi kul 4.30 time semua orang tidur. Senang, ringkas, keje pun leh selesai dengan cepat.



Saje aku biarkan dia main air dulu, biar puas. Kang tak diberinya merajuk. Pandai dah merajuk, marah, kira macam kecil hati la gitu. Tak padan masih kecil, sabar je kan? Tapi tu la tengok gelagat anak-anak ni la yang buat hati ni gembira. Penawar dikala duka. Betul tak?

Isnin, 6 Mei 2013

SAYA DAH MENGUNDI - Pilihanraya Umum Kali Ke - 13 (PRU13)


Saya dah mengundi!!! Anda? Hehehe...lambat tul n3 citer kan? Orang lain tarikh tu gak masukkan citer. Aku tunggu jap sebab nak tunggu keputusan dan pilihan pengundi. Undi adalah hak dan rahsia. So, kenalah tunggu sampai ke pagi tuk tau keputusan rasmi. 

Nak dijadikan cerita, aku mengundi di Ayer Hitam, manakala Ahmad di Parit Kemang. Masa gi lebih kurang kul 9 pagi kat tempat aku, fuyooo..... beratur panjang tu. Aku kira punye kira aku giliran yang ke 80 rasanya. Jadi aku ambil keputusan gi tempat suami dulu. Sampai sana tengahari, 40 minit lebih gak kami menunggu. Panas tu....... Tapi takpelah, demi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia kan.

Pastu aku jalan sana, jalan sini rumah pakcik, makcik suami dah macam beraya, mana taknye, nama pun pilihanraya kan? banyak gak dapat berkunjung sebab semua dok area situ. Jam 3.00 petang aku gerak balik Ayer Hitam, sampai dalam kul 4.30 petang, tak payah beratur sebab lengang dah pusat mengundi tu.

So, untuk next time, aku nak gi petang gak la. Tapi maybe masa tu aku dan suami dah tukar tempat mengundi kot. Takpe, yang penting asalkan datang mengundi dan memilih. Apa pun keputusannya harap Malaysia kekal aman dan makin maju serta kepentingan semua diutamakan tidak dipinggir.

Sabtu, 4 Mei 2013

JOM TENGOK IRON MAN 3 !!!

Fuhhh.......mengantuk mataku ini.Mana taknye, ni kul 4.30 pagi aku da bgn basuh baju n kemas apa yang patut aebab hari ni nak balik kampung....Ye la, walaupun baru minggu lepas aku balik tapi korang cube ingat esok bape hari bulan n hari pe? Aku bagi klu k. Datang 5 tahun sekali. Erm....pandai, lom aku sebut yang lain semua da tau, yup! Mengundi la. Tapi apa kaitan ngan mata yang ngantuk kan? Tu pasal malam tadi kami semua g tgk wayang citer iron man 3. Citer mmg best, tapi sebab amik kul 10 malam punye, mata ni kekadang terlelap gak.hehehe.



Sampai kul 9 malam, so sementara menunggu tu sempat gak budak2 main kat My Fun Island. Bayar RM4 sejam tapi main 30 minit sebab penjaga tu sibuk da nk tutup. Die da maklum xdapat satu jam penuh kalau kami masuk waktu tu sebenarnya, so kami terima.



Rabu, 1 Mei 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Selamat menyambut hari pekerja kepada semua sebab semua orang bekerja, tul tak? Ye la. Ingat kalau dok jd suri rumah full time tu tak keje dok goyang kaki ke? Penat tau....merasa betul masa aku cuti 3 hari tu, ade je kerja yang perlu dibuat.hehehe.so sape pun anda dan apa yg anda lakukan...... selamat menyambutnye la ye ♡
Gambar member bg kat whatsapp....so  masukkan je la.memang bukan aku punye gambar.hehehe