SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 13 Mei 2013

MGTT - Uiiii tak sukanyer.....

Memang tak suka!!! Tak suka bila doktor kata kena buat MGTT. MGTT tu apa? Amik darah sebab nak tengok kandungan gula dan sebagainya la. Memang bosan sesangat sebab pertama takleh makan dari kul 10 malam sampaila kebiasaannya 10 pagi. 10 pagi tu kira ambil darah kali ke 2 selepas 2 jam pertama kul 8 pagi....  Tak suka sebab lepas ambil aku mesti rasa nak pitam. Lepas ambil aku tak leh nak gi keje terus sebab kalau gi sampai pejabat kul 9 pagi, kul 9.30 dan nak kena kuar balik.

Yup!!! tul, hari ni aku kena gi wat MGTT sebenarnya, tu yang ade masa nak membebel luahkan perasaan ni. Mana taknye, berat baru naik lebih sikit je doktor tu sesenang hati ringan mulut suruh buat MGTT. Hish!!! Tapi aku sebenarnya tak salahkan doktor tu la, dah keje dia kan? Kang kata macam tak buat keje lak. Baguslah ada doktor yang prihatin, bimbang akan tahap kesihatan pesakit dia kan? Apalah aku ni. Hehehe.

Kepada doktor tu, terima kasih ye. Aku saje nak luahkan perasaan tak gemar aku kena amik darah ni je. Selebihnya, tiada apalah. Terima kasih banyak ye :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan