SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 6 Mei 2013

SAYA DAH MENGUNDI - Pilihanraya Umum Kali Ke - 13 (PRU13)


Saya dah mengundi!!! Anda? Hehehe...lambat tul n3 citer kan? Orang lain tarikh tu gak masukkan citer. Aku tunggu jap sebab nak tunggu keputusan dan pilihan pengundi. Undi adalah hak dan rahsia. So, kenalah tunggu sampai ke pagi tuk tau keputusan rasmi. 

Nak dijadikan cerita, aku mengundi di Ayer Hitam, manakala Ahmad di Parit Kemang. Masa gi lebih kurang kul 9 pagi kat tempat aku, fuyooo..... beratur panjang tu. Aku kira punye kira aku giliran yang ke 80 rasanya. Jadi aku ambil keputusan gi tempat suami dulu. Sampai sana tengahari, 40 minit lebih gak kami menunggu. Panas tu....... Tapi takpelah, demi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia kan.

Pastu aku jalan sana, jalan sini rumah pakcik, makcik suami dah macam beraya, mana taknye, nama pun pilihanraya kan? banyak gak dapat berkunjung sebab semua dok area situ. Jam 3.00 petang aku gerak balik Ayer Hitam, sampai dalam kul 4.30 petang, tak payah beratur sebab lengang dah pusat mengundi tu.

So, untuk next time, aku nak gi petang gak la. Tapi maybe masa tu aku dan suami dah tukar tempat mengundi kot. Takpe, yang penting asalkan datang mengundi dan memilih. Apa pun keputusannya harap Malaysia kekal aman dan makin maju serta kepentingan semua diutamakan tidak dipinggir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan