SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 26 September 2013

DIMANA SILAPNYA, POS LAJU ATAU SUPPLIER...... - Huhuhu hatiku risau bersebab.....aku ditipu ke???

Aku tak tahu la nak cakap, habaq, bagi tau, tell u all semua macam mane perasaan hati aku yang sampai kepala pun jadi pening ni dari hari isnin sampai la ni sebab dok fikir tentang satu bungkusan yang dikatakan telah dihantar pada isnin petang tetapi bila di periksa dalam track no pos laju die tulis record no found ....


sebelum ni da tanya supplier dia kata check pas kul 10 malam, check pas kul 10 malam, itulah ayat die yang ade dalam whatsapp aku. Tapi aku still bersyukur customer masih leh sabar menanti walaupun bertanya berkali-kali... Huhuhu. Aku siap screen shot whatsapp supplier tu


Gini la ayatnye...but aku tak mau la kepercayaan yang diberi oleh customer dipersia-siakan. Aku lak da tekad kalau ape2 berlaku, aku memang kena bertanggungjawab tapi maybe ni la first & last aku deal ngan supplier ni & aku akan ganti rugi wang customer. Laporan polis? Nak letak dalam penipuan online? Itu bukan hasrat aku setakat ni, tapi tak tau la, kalau ini boleh dijadikan pengajaran dan menyelamatkan beberapa pihak daripada teraniaya dan rugi....Tapi, itu in case de pe2 yang besar la kan. 

Ntahlah hati kecil aku kata, maybe ade silap kat mane2 ni... yang pasti aku dapat rasekan supplier da hantar. Erm... harap hari ni terungkai segalanya dan aku dapat berurusan seperti biasa tanpa apa2 masalah. Maybe ni salah satu dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi dropshipper cam aku. takpe, fikir positif dan berdoa agar barang yang 'dikatakan' telah dipos pada isnin petang 23/09/2013 akan sampai ke tangan customer jua akhirnya....



Isnin, 23 September 2013

TIDO TAK MENENTU - Pening.......Pening......

Ai....sejak aku aktifkan page semula, tido bangun pun dah tak menentu. Kalau aku masuk tido awal, for dure kul 1 lebih sampai kul 3 lebihla aku akan berjaga n buat kerja. kalau aku tido lewat begini, pasti dalam kul 4 lebihla jawabnyer aku bangun. Erm...aku dah mengantuk ni, saje nak luahkan apa yang aku rasa sekarang ni... Huhuhu. Mengantuk sangat ni........ Selamat malam semua :-) Semoga dapat mimpi indah macam orang omputih tu kata : sweet dream"

PELANGI LINGKARAN MATAHARI - 09.09.2013 SubhanAllah indahnya....


SubhanAllah indahnya pemandangan matahari terbit tu kan.... Terdapat pelangi melingkarinya. Kalaula korang dapat melihatnya pada waktu dan ketika itu, pasti kamu semua pun terpegun dan terpesona dengan lukisan di langit yang amat mengasyikkan ni. Bagaikan melihat matahari terbenam ditepian pantai kan, sedangka ia adalah pemandangan matahari terbit. Ya, mungkin kerana aku hanya menggunakan aplikasi kamera 360 di handphone samsung s3 mini ku je, tu yang begini hasilnya. Erm... bila lagi aku akan dapat melihat pelangi. Hati aku benar2 senang, tenang, bahagia, gembira tiap kali menemuinya.......

LEGOLAND, MALAYSIA - 16.09.2013 Janjiku Tepati......




THE LITTLE BIG CLUB, NUSAJAYA - 01.09.2013 Riadah bersama keluarga



Jumaat, 6 September 2013

PELANGI PAGI - Indah dimata, cantik dihati....

Semalam pagi hujan, banyaklah status kat FB aku tengok dieorang tulis hujan rahmat. Memang ada hujan pagi tu, sejuk je....... tapi sejak dua menjak aku aktif balik page aku, jadi sejuk tak sejuk aku akan bangun gak sekitar  4.00 ++ pagi tuk upload item2 baru un update status. Mana tau ada rezeki. Orang kata rezeki senang masuk waktu pagi, ntahla.... Tapi aku tak mau citer pasal ni, aku nak kongsi keindahan ciptaan Yang Maha Esa ni. Pelangi pagi. 

Awal pagi semasa menghantar suami dan anak di depan pintu nak gi keje n sekolah, mata aku terarah ke sang suria yang terbit menyinari pagi yang sejuk dan nyaman tu. Lantas aku alihkan pandangan ke arah yang bertentangan. 

Haa... masa tu la aku nampak pelangi. Tak tergambar perasaan aku masa tu sebab aku memang suka ngat tengok pelangi. Entahla, hati gembira. Lantas, terus aku bergegas ke dalam rumah n snap gambar la.... Leka seketika pasal suami n anak yang dah agak terlewat nak kuar rumah... Sorry ye sayang2 berdua..... Bukan pe, cantik tapi sukar dijumpai. Itulah pelangi. Nak jadi macam tu gak..... tapi bukanlah jadi pelangi tapi nak diumpamakan cam pelangi yang susah la nak explain. Hehehe....

Khamis, 5 September 2013

PRE ORDER COLLECTION - Cantik2 jugak.....Macam aku lak yang berkenan.Hehehe.

Hello.... hello.... hello.... n good morning kengkawan..... hari ni aku nak share sikit antara baju yang aku promote @ jual kat page aku sekarang. Yang ni semua kategori closed order 15/9/2013 & ready stock 23/9/2013 kalau tak silap aku. Haa... cube korang tengok ber stail juga kan? Ai... silap2 aku yang beli ni. Hehehe.

3TONES UMBRELLA DRESS

ALODIA DRESS

FINGER CARDI

LORENO TOPS

RAYYA CARDI

SALLY TOP

SYALUM DRESS

Rabu, 4 September 2013

SIBUK DENGAN PAGE PULAK SEKARANG - Adiella Lovely House

Dropship...Dropship...Dropship. Ya, sekarang aku tengah menyibukkan diri dengan meng update page aku yang lama dah menyepi. Hasil daripada pertanyaan dengan beberapa orang, aku rase aku suka yang satu ni sebab aku pun suka pakai maxi @ dress. Buat masa ni aku cadang satu dulu, kalau da makin ok, aku akan try campur dengan produk lain lak. So, kalau korang senang2 & nak jamu mata boleh la like page aku kat link ni k.

https://www.facebook.com/AdiellaLovelyHouse?ref=hl atau pun search je kat FB tu Adiella Lovely House dengan profile picture seperti gambar di bawah.