Semalam pagi hujan, banyaklah status kat FB aku tengok dieorang tulis hujan rahmat. Memang ada hujan pagi tu, sejuk je....... tapi sejak dua menjak aku aktif balik page aku, jadi sejuk tak sejuk aku akan bangun gak sekitar 4.00 ++ pagi tuk upload item2 baru un update status. Mana tau ada rezeki. Orang kata rezeki senang masuk waktu pagi, ntahla.... Tapi aku tak mau citer pasal ni, aku nak kongsi keindahan ciptaan Yang Maha Esa ni. Pelangi pagi.
Awal pagi semasa menghantar suami dan anak di depan pintu nak gi keje n sekolah, mata aku terarah ke sang suria yang terbit menyinari pagi yang sejuk dan nyaman tu. Lantas aku alihkan pandangan ke arah yang bertentangan.
Haa... masa tu la aku nampak pelangi. Tak tergambar perasaan aku masa tu sebab aku memang suka ngat tengok pelangi. Entahla, hati gembira. Lantas, terus aku bergegas ke dalam rumah n snap gambar la.... Leka seketika pasal suami n anak yang dah agak terlewat nak kuar rumah... Sorry ye sayang2 berdua..... Bukan pe, cantik tapi sukar dijumpai. Itulah pelangi. Nak jadi macam tu gak..... tapi bukanlah jadi pelangi tapi nak diumpamakan cam pelangi yang susah la nak explain. Hehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan