SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 26 September 2013

DIMANA SILAPNYA, POS LAJU ATAU SUPPLIER...... - Huhuhu hatiku risau bersebab.....aku ditipu ke???

Aku tak tahu la nak cakap, habaq, bagi tau, tell u all semua macam mane perasaan hati aku yang sampai kepala pun jadi pening ni dari hari isnin sampai la ni sebab dok fikir tentang satu bungkusan yang dikatakan telah dihantar pada isnin petang tetapi bila di periksa dalam track no pos laju die tulis record no found ....


sebelum ni da tanya supplier dia kata check pas kul 10 malam, check pas kul 10 malam, itulah ayat die yang ade dalam whatsapp aku. Tapi aku still bersyukur customer masih leh sabar menanti walaupun bertanya berkali-kali... Huhuhu. Aku siap screen shot whatsapp supplier tu


Gini la ayatnye...but aku tak mau la kepercayaan yang diberi oleh customer dipersia-siakan. Aku lak da tekad kalau ape2 berlaku, aku memang kena bertanggungjawab tapi maybe ni la first & last aku deal ngan supplier ni & aku akan ganti rugi wang customer. Laporan polis? Nak letak dalam penipuan online? Itu bukan hasrat aku setakat ni, tapi tak tau la, kalau ini boleh dijadikan pengajaran dan menyelamatkan beberapa pihak daripada teraniaya dan rugi....Tapi, itu in case de pe2 yang besar la kan. 

Ntahlah hati kecil aku kata, maybe ade silap kat mane2 ni... yang pasti aku dapat rasekan supplier da hantar. Erm... harap hari ni terungkai segalanya dan aku dapat berurusan seperti biasa tanpa apa2 masalah. Maybe ni salah satu dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi dropshipper cam aku. takpe, fikir positif dan berdoa agar barang yang 'dikatakan' telah dipos pada isnin petang 23/09/2013 akan sampai ke tangan customer jua akhirnya....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan