SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 30 Mac 2012

GREY LA PULAK

Erm......oleh kerana tempoh hayat contact lens aku nie dah hampir ke hujung nyawanya. So, aku terpaksa la cari pengganti kan? Yela, bak kata orang yang patah, tumbuh, yang hilang, berganti. Hehehe. Apela...... aku dah pakai warna Hazel nie hampir 3 bulan tau! Diam tak diam dah 3 bulan kan? So, aku berhasrat nak tukar warna lain lak. Budak perempuan yang jual tu cadangkan Grey. Aku asalnya nak brown je, tapi sebab aku pakai Hazel ni pun tak nampak beza pun, tak jadi la. Try Grey la pulak....... Belum pakai lagi. Tunggu 15 April k sebab yang aku pakai ni berakhir 14 April hayat die. Hehehe (",)


FARADILA NAMAMU TERUKIR.......

Ya....namaku terukir di mana? Di bintang? Dihatimu ?Hehehe....perasan la pulak. Di name tag nie la.... Kalau korang nak tau, hilang name tag aku yang lama. Ntah mana ntah peginya. Siapalah insan yang bakal menjumpainya kan? RM 5.00, 3 hari baru siap. Baru amik semalam. Tengoklah, bersampul lagi kan?

REHDA......

Mesej dari adik sekitar jam 9.11 PM 29/03/2012 yang berbunyi "Xpe net, kte redha je..kte xsmpai ati dgr mak ngs..xnk die susah ati plak.." sangat2 menyentuh hati dan sanubari aku. Masih terngiang2 suara & tangisan 2 insan yang ku sayang ini dicorong telinga melalui panggilan telefon yang dibuat & ku buat malam tadi. Kenapa semua ini terjadi disaat kami tidak mahukannya. Yela, siapa boleh menduga apa yang bakal terjadi. Aku turut bersedih tapi ku tahan air mata yang menggenangi mata dari jatuh membasahi pipi. Tak sangka aku perlu harunginya lagi sekali. Menyembunyikan rasa sedih dihadapan rakan2 pejabat, orang2 dirumah sepertimana yang aku pernah buat masa putus tunang dulu. Abah.....onet tak pernah salahkan abah, mungkin salah kami juga yang tidak mengerti dan mengambil berat. Maafkan kami.......Kami Redha.

Khamis, 29 Mac 2012

GAMBAR GI BUKIT AMAN


Hahaha...gambar dari kereta je ke Cik Dilla ooiii...Yela kan....faham2 je la, aku gi bukit Aman ni atas urusan2 penting yang berkaitan kerjaya orang lain n aku. So, bangun pagi2....hantar anak awal n bergegas ke sana. Ingat nak berjalan gak, tapi fikirkan waktu bekerja orang kata buat yang wajib je la. But, aku still happy dapat gak jumpa beberapa orang yang selalu aku berhubung walaupun ada seseorang tu yang tak dapat aku jumpa. Biasala masing2 bz kan...Takpe ye, lain kali maybe kite boleh berjumpa. Bukan pe, kalau kite dapat berjumpa ngan orang yang selalu kita berurusan & selalu membantu kita, kerja akan lebih mudah dan lancar sebab mengenai rupa n budi...Tapi bukan tuk amik kesempatan sebab die kenal kita k... Ingat tu......






Rabu, 28 Mac 2012

HAPPY BELATED BIRTHDAY......

Birthday siapa ek yang jatuh pada 25 Feb? Hehehe. Tu tarikh lahir Ahmad la siapa lagi. Memang dah lewat sangat masa aku bagi hadiah nie tau...... Aku bagi 3 March. Takpe la ek sebab aku mudakan sikit umur die. Hehehe.Oleh kerana aku tau Ahmad sangat memahami la aku cakap sorry tahun nie tak dapat nak bagi hadiah. tapi cam biasala aku, penuh dengan kejutan. So, tanpa disangka, aku keluarkan la hadiah yang aku dah siap bungkus kat pejabat. Hadiah ape? Ala....minyak wangi je la... Harga bape? Nak bagi tau ke? Tak yah la kan sebab.... ribu2an la. Ribu2an sen. Hahaha... Takpe, kami selalu berpegang pada kata2 abah aku " Yang penting ikhlas"

SERAM SEJUK LA PULAK

Nape ek? Rasa seram sejuk la pulak sebab esok dah dijadualkan gi Bukit Aman. First time tu nak pegi tau...... Memang ada urusan penting la nak ke sana, kalau tak, takdenya aku nak naik. Hehehe. So, pada sesiapa yang mungkin selalu berhubung dengan aku, kira tunggu k kehadiran aku sebab nak jumpa korang semua (mana yang sempat la). Hope pasni segala urusan lebih lancar sebab dah leh imagine da berbual n bercakap ngan sapa kan? Eratkan siraturrahim sesama insan.

DART! DART! DART!

Huhuhu.... suami nak gi lawan dart kat Seremban. Jumaat petang gi, Ahad tengahari baru balik........ Tinggallah daku bersama anak2 minggu ni. Ingat Sabtu nak gi majlis tunang member bernama Ikin kat Kota Tinggi & Ahad lak gi majlis kawin Pian kat B.Pahat. Tapi takpelah, disebabkan pertanyaan yang agak mendadak kul 5.10 petang semalam tentang pendapat aku kalau Ahmad (suami aku) join lalu aku berkata Ya, inilah hasilnya. Hehehe....

Takpe bang, mama tetap beri sokongan padu pada penglibatan terbaru abang dalam sukan ni. Chaiiiiyokkk!!!

p/s : Kalau abang minat memancing, lagi ayang sokong sayang........hehehe

SINOPSIS SEEFOOD VERSI AKU.HEHEHE...... (PART 2)

Oklah aku sambung citer ni. Cian lak kat Nurul tertunggu eh.... Kalau orang mengandung tunggu hari agaknya dah bersalin baru tau sambungan citer nie. Hehehe. Maaf ye Nurul..... K, lepas je Julius kegagalan menangkap ayam tadi dia pulang ke dasar laut n dapati Pup takde. Mase tu Pup dah naik atas tanah tuk cari telur2 yang dicuri manusia. Pup tahu yang die sebenarnya boleh bernafas diudara tanpa air.

Dengan rasa gelabahnya Julius mencari idea cam ne nak mencari & selamatkan Pup. penyu tahu Octo bijak, lalu disuruhnya Octo cipta sesuatu yang boleh buat ikan ni berjalan di darat. Dalam Masa yang sama terfikir gak Octo, bagus gak kalau Julius naik ke darat & tak balik2 sebab die rasa selamat tanpa kehadiran ikan jerung tu.

Lalu pencarian pun bermula. Naikla Julius ke darat diiringi pengiring die yang menjadi kakitangan. Sepanjang perjalanan berjumpalah ngan pelbagai halangan n satu ketika terserempak ngan ayam2 yang sebelum ni hendak dimakan. Oleh kerana ayam2 ni ingat Julius nak makan dioerang semua. Di sakatnya Julius sampai tertangkap oleh manusia yang mengambil telur2 yang Pup jaga tu. Sebelum tu Pup dah berjaya bawa telur ke pantai.

Jadi....Pup lak cari Julius. Kejar mengejar semua berlaku la dengan adegan ketam yang menolong sebab sebelum tu Julius tolong ketam jatuhkan buah kelapa. Termasuk gak ayam2 yang dah tau buat salah.

Kat laut lak, kumpulan jahat tu dah mula menyerang. Ikan yang asalnya cam berpaling tadah dah baik. Die cube bantu mana yang boleh. Telur tadi dah menetas masa kat darat. So, terlalu kecil ikan2 tu kalau nak lawan.

Pastu bile semua selamat kat darat, Julius turun dasar luat n bantu rakan2 die. Maka, berundurlah group jahat ni.Semua selamat n happy ending.... Abis... eh!silap.TAMMAT....

p/sss: maaf ye sebab apa yang dihuraikan disini mungkin tak sama ngan yang ditonton atas sebab2 penulis blog ni (akula) tak suka baca novel n buat ayat meleret2 tu.Kang kalau aku tulis cam novel contohnya hembusan bayu pagi laut yang mendamaikan terasa menusuk di segenap sanubari kang, korang siap boleh print wat novel kang....Hehehe....

PAPAN KENYATAAN

Haa....inilah papan kenyataan aku kat pejabat. Dah macam papan iklan kan?Hehehe...biasalah, wat sendiri.Segala benda aku nak tampal. Ala....saje suka2.Tapi suka2 pun ade gak benda yang penting tau!!! Kalau kita pegi pejabat, baik kite cari sesuatu yang leh wat hati kite senang, senang bile tengok cam papan kenyataan aku ni la, ade bear yang comel. Comel je aku tengok bear tu tersenyum. Tu yang buat aku pun tersenyum sama walaupun ngah marah atau pe2 la...... harap korang pun tersenyum gak di kala ini k....

SHEENA...WHO R U?

Erm.... thanks to seseorang yang bernama Sheena kerana sudi membaca blog ini dan memberi komen yang positif. I like. Hehehe....... Sesiapa pun yang maybe menjadi Silent Reader ku, aku nak ucapkan terima kasih sangat & aku betul2 menghargainya kerana masa yang tak ternilai diluangkan untuk membaca celoteh & kisah yang aku paparkan dalam menjalani kehidupan seharian. Thanks.....

BOOK MARK ........

Erm....kalau korang nak tau, inilah book mark yang aku buat khas untuk sahabat aku masa kat UITM Shah Alam dulu. Masa tu kiteorang nak exam final. Tapi yang ni aku buat untuk aku sendiri. Biasalah tokey takkan takde kan? Dulu aku dikenali sebagai Dilla n dikalangan member berlima nie Kak Net. Why Kak Net? Adakah usia aku lebih tua dari dieorang? Takde la.... saje2... Net tu lak adalah nama timangan aku. Nama asal CONET. Bahasa diri onet n dipanggil net. Hehehe.

Selasa, 27 Mac 2012

ADUSSS...SAKIT PUNGGUNGKU.

Hahaha....sakit punggungku. Jatuh tadi.Huhuhu....ceritanya cam ni. tadi Wati call suruh datang tuk susun permohonan pelarasan gaji permulaan aku. Ngah tolong die la tu cari clip paper. Dah tu aku tunduk terus terjatuh sebab kerusi tu beroda. Punye la malu....But...i still pandai cover. Bangun macam takde pe2.. Say hi2, bye2 kat orang.... Hahaha... Hakikatnya dalam hati je yang tau... (",)

CITER HINDUSTAN.... WHY?

Why ape eh? Y tu kenapa la.... Dah tau? Hahaha....bukanlah, aku tanye nape citer Hindustan ni kerap tul buat aku feel bila tengok. Ni citer malam rabu dua minggu lepas. Sedih tau....kisah seseorang yang mencintai seseorang yang lain terpaksa berlakon (memang la berlakon kan), tidak ada perasaan langsung terhadapnya dah menipu telah berkahwin untuk membuat si gadis membencinya. Dalam masa yang sama si jejaka pula mengajar seorang kawan lain yang benar2 mencintai gadis tersebut sehingga berjaya menawan hatinya. Persoalannya nape die buat cam tu? Sebab die sakit. Dia nak tengok orang yang dia cintai hidup bahagia n tak menderita kerananya. Ohh.... Sedihnya. Sampai sekarang leh ingat jalan citer dan gerak tarinya. Huhuhu...

Korang tengok demi citer Hindustan, sanggup aku bersengkang mata sapaimkul 1.30 pagi.

Sanggup gak aku menangis bersama.......

Nasib ade pelakon lelaki yang agak mengamcam hati. Hahaha......

AWAL TAK AKU SAMPAI 27.03.2012

Hehehe...awal tak?Hari suami bawak kereta, katanya nak gi polish. Aku sampai pejabat gelap lagi, tapi Sahdan dah buka pintu. So, tak de la aku menaiki tangga amik kunci. Hehehe. Bukan tak leh nak gi bilik gerakan tu tapi hari ni baju agak sendat la. Malu....Hahaha. Tu la orang kata dah tau malu, nape nak pakai ek? Tu la manusia yang lemah cam aku ni, dah tau tetap buat gak. Erm.... terpulangla pada penilaian orang kan.

MORE FROM RUSHYDAN

Lagi satu cenderahati dari Rusyhdan. Aku pun tak pasti ejaan nama die nie cam ne. Cian suami kan? Sebab....kawan die yang pegi aku dapat lebih. Hahaha....Aku rasa berminat lak nak kumpul benda2 cam ni kat peti ais la. Teringat lak masa jalan2 kat Pekan Ayer Hitam, banyak benda cam ni leh aku beli. Pelbagai rupe n saiz lak tu. Takpe, yang penting hasrat dah ada. It's ok lah. Tunggu......

Isnin, 26 Mac 2012

TABLE FOR TWO..... MEE BANDUNG!!!

Mee Bandung la pulak..... makanan ni aku sediakan khas untuk aku ngan suami. Sebenarnya ni makan malam masa aku nak program Keluarga Sakinah tu. Saje aku masak sebab suami tak gi sana, jaga anak2.....So special la sikit kan....Hehehe. Ade makna tau. Hahaha.....

YE SAYANG...... I LOVE U

Ye sayang.... i love u. Ha....siap buat simbol guna tanah liat yang aku jumpa tepi meja solek masa menyapu rumah baru2 ni...Tak caya ke? Siapakah orang itu? Suami aku la.... dia kata gambar die takde kat blog, asyik aku je. So,ni ha sayang....mama masukkan gambar masa abang belanja makan pizza tu. Sepatutnya aku yang kuar duit ek?Hehehe...Pe2 pun thanks ye sayang sebab memenuhi permintaan Adif Farha.... Adif, terima kasih sebab mama dapat tumpang dua kaki.Hahaha......


Order....jangan tak order bang.

Yeah! Ammar dapat belon.

Alamak! belon terlepas......

Mata ngantuk je bang....fikir nak bayar ke? kena ikhlas tau!!!

Makan sorang nampak......

Happy hour.....

Adif Farha.

Me ngan Adif la......

Apalah sedapnye roti ni kalau takde kuahnye...


Samalah hubungan suami isteri, masing2 ade peranan.

MAINAN ADIF FARHA

Tengoklah mainan Adif yang disusun n disuruh aku tengok.....Aku layan je la kan. Aku kata amik gambar wat kenangan. Takpela Adif, asal bahagia ye sayang......

MEE HAILAM LAGI.....

Cam biasala, resipi mudah, bahan pun ade. Pe lagi, potong2, hiris2.... campur gaul. Jadilah mee hailam masin...hehehe. Sebab pe masin? aku la berangan kot. Hahaha. Aku letak garam banyak, pastu tak letak guna. haru biru....hehehe....Ntah berangankan sape la ek... Ni sarapan pagi ahad. Semalam la......

BUAH TANGAN DARI BEIJING......

Yup.....ni la yang aku dapat dari member suami aku. Persoalannya nape plak member kepada suami yang bagi kan? Haa....jangan salah sangka, nama dia Rusydan, dieorang baru balik dari Beijing sempena lawatan sambil belajar ke sana. Aku kan selalu bertandang kat pejabat suami aku. So ada kemungkinan die ingat la nak bagi aku ni. Terima kasih ye.......

SELIPAR BARU....COMEL TAK?

Comel tak selipas baru ku....Love gitu....itulah aku, selain suka bunga ros, mestilah suka something yang berbentuk kecintaan ni iaitu love.....Ala....tukar ni pun sebab selipar kat pejabat ni dah 2 minggu putus. Cian kan? Yela, orang kata kalaun dah putus tu cari je cepat2 pengganti, tak rugi pun. Hehehe.....

JUAL TUDUNG KE APE NIE?

Bukan jual tudung la.....tapi hari membasuh semua tudung yang ade. Hehehe. Memang membasuh tudung tu senang n mudah, tapi aku memang cam ni suka tengok bila tudung2 tu semua bersama2 bergantungan macam kat kedai tu....Hehehe....

Jumaat, 23 Mac 2012

JAMUAN PERPISAHAN PUAN MORINI

Hari ni jamuan makan bersempena majlis perpisahan Puan Morini. Aku tak sempat nak amik gambar puan n yang lain2 banyak sebab sibukkan hal sendiri.So, tengok je la k.O...lupe nak ulas, kena jadi bidan terjun la pulak tadi.... jadi pengacara majlis... ...Bantai je la asal majlis berjalan dengan panduan kan......sebab berat tau galas tugas ni. Kita yang akan mengatur majlis tau...

Ni la makanan yang di jamu tadi.

Berseleranya.....masing2 lapar la nie.......

Selasa, 20 Mac 2012

YEAH!!! DAPAT HADIAH......


Hari ni pegawai yang akan bertukar ke Negeri Sembilan kat sini (Puan Morini), dengan bermurah hati memberikan hadiah kat semua orang kat pejabat ni. Puan bagi setiap lelaki frame. Perempuan lak dapat extra, kerongsang. Tapi sebab Shida cakap hari ni hari jadi die Puan up lagi satu. Hehehe..... Thanks ye Puan.....

Isnin, 19 Mac 2012

SINOPSIS SEEFOOD VERSI AKU.HEHEHE...... (PART 1)


Erm.....atas permintaan seorang silent reader, aku ceritalah sikit kisah kartun Seefood yang masa tu aku tengok tu. Gini citernye.....

Barisan Pelakon:

Ikan Jerung Besar : Julius
Ikan Jerung Kecil : Pup
Sotong : Octo
Penyu : (Lupelah nama die, panggil penyu je la)

Mengisahkan didalam sebuah laut yang sangat indah (aku rasa kat Terengganu, Malaysia la) ...... terdapat sekawan sahabat yang sangat baik n erat termasuklah seekor ikan jerung yang amat digeruni semua bernama Julius. Tapi Julius ni baik sebenarnya. Setiap hari die akan menahan nafsu (nafsu makan la) dari memakan kawan2 die yang terdiri dari Pup, Octo dan penyu.......

Pada suatu hari, Julius terasa nak makan sesuatu yang real n lain dari kebiasaannya yang memakan tayar. So, ikan2 lain takutlah kan terutama 3 ekor ikan pengikut die. Sewaktu penyu melalui satu kawasan yang agak tercemar, terjumpalah buku yang terkandung di dalamnya gambar ayam yang nampak agak menyelerakan.....

Lalu si penyu memberikan pada pengiring Julius untuk mengumpan Julius mendapatkannya. Julius cuba memakan ayam betina yang sedang bermain di tepi pantai tanpa memikirkan tentang situasi die seekor ikan yang besar Sewaktu itu terdapat 3 ekor ayam jantan yang sedang mengayat ayam betina tu pun cubalah melawan ikan tersebut kerana masing2 nak tunjuk handal.....

to be continue....

Jumaat, 16 Mac 2012

BERDEBAR JUMPA KAWAN LAMA

Disebabkan dah berbulan kami merancang tuk pegi makan kat 88 tak jadik je sebab kesibukan masing2, sampailah hari ini waktu yang buat ku berdebar tibe. Aku ni berdebar bukan sebab pe, sebab nak gi pejabat ni kena lalu trafic light yang agak berbukit yang mana aku memang kalah la orang kata. Takut kereta termengundur. Hehehe. Rase bertahun dah aku pas memandu, tapi tu la, pas bukit sikit, tinggi sikit, memang datanglah darah gemuruh aku ni. Kalau cakap pasal darah gemuruh ni lagi la, time interview, habis sakit perut, tangan basah semua kuarlah waktu tu. Erm.......ntahlah cam ne nak kurangkan ek..... Ni masih berdebar walaupun dah balik pejabat. Ish3......

Rabu, 14 Mac 2012

PEMERGIAN YANG DI JANGKA

Cian ikan ni kan? Tapi nak wat cam ne.....

Tenang je tengok ikan2 ni bebas bergerak walaupun dalam ruanng yang terbatas

Sebelum di bersihkan, pagi tadi nampak air dah biru......

PISANG GORENG.....

Kuali nampak lama kan? Sebab selalu guna. Hikhikhik.....

Hai...hari ni asyik citer pasal makanan je kan? Bukan pe, hujan2, sejuk2 cam ni dapat makan pisang goreng yang cam pagi semalam aku masak ni best gak. Lapar tullah......Walaupun dah kirim Nizam & Akim beli n dah makan nasi ayam, tapi tekak terasa nak makan lagi la.Hehehe.......

ADA ORANG BELANJA SARAPAN


Hehehe. Rezeki2..... tu la kata orang rezeki manusia ni takde sape yang tahu. Hari ni rakan pejabat yang biasanya kiteorang panggil Abang Fariza, bermurah hati menyumbangkan sarapan pagi berbentuk mee bukan tuk aku je, satu pejabat la...... siap buatkan air kopi lagi tu. My favourite....... Thanks Encik Fariza. Jom makan!!!

MINUMAN KESIHATAN PERCUMA

Pagi semalam selepas aku pegi jumpa KJP yang takde pe2 tu, ku dapati ade 3 lori minuman kesihatan kat parking belakang tu. Lori kecil tu bawak produk fitness, milo n nescafe. So, tanpa membuang masa kami satu pejabat bergilir2 la gi la sana. Minuman free, ramai la gak yang cam pirana kehausan kat sana (hehehe, termasuk aku la kan, takkan tak nak ngaku). Tapi disebabkan berdiri, kami (aku ngan beberapa rakan pejabat) rasa lebih baik makan/minum fitness je, milo ngan nescafe bawak pejabat. Haa...ni la hasilnya....dah abiss da....

HUJAN DI PAGI HARI.....

Jalan Danga Bay sekitar 7.00 pagi

Pagi ini Johor Bahru dilaporkan hujan lebat seketika. Keadaan jalan dijangka menjadi sesak berikutan pemandu kenderaan yang cukup berhemah akan memandu dengan kadar lebih perlahan dari biasa kerana cukup berhati-hati dan peka terhadap informasi terkini.Hehehe. So, sesapa yang rase akan terlewat sampai ke pejabat berikutan bangun lewat, baik lambatkan sahaja pergerakkan keluar rumah tu sebab same je beb!kuar awal2 pun jem, punch card merah gak kan? (jangan tiru n ikut nasihat ini ye).

Pesanan penaja : Kalau rasa2 hujan tu, cepat2 bersiap n keluar jika takut tersangkut di dalam jem yang bukan sahaja akan melewatkan kita sampai tapi banyak makan minyak, masa dan mungkin perasaan gak. (Yang ni leh ikut)

Selasa, 13 Mac 2012

KJP NAK JUMPA?

Alamak!!! Risaunya aku tatkala telefon office berbunyi semalam petang. Kedengaran suatu suara wanita yang separuh abad memberitahu bahawa KJP nak jumpa dia dan aku hari ni pukul 9.00 pagi. Menurutnya mungkin ada kaitan dengan minit mesyuarat lebih kurang 5 minggu yang lalu. Aku dah buatla, dah edar pun. Erm...... takpe, rileks2...... cool. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Macam tu la kata hatiku. Tapi takleh la! aku tetap rasa risau ni. Cam ne ek..... Aku ni kalau nak tau, cam ni la. Bila sesuatu tu terjadi or akan terjadi, aku akan fikir2 dan fikir sampai bawa ke mimpi. Dalam mimpi tu siap dah boleh terpampang apa yang akan berlaku ni. Ishhh...Kenapa ek?Janganlah di pohon aku gi mesyuarat agung lak.......TIDAK!!!

Isnin, 12 Mac 2012

BILA AMMAR MERAJUK.......


Kecik2 dah pandai merajuk Ammar Fahri ni. Ntah dari mana belajar pun tak tau la. Budak2 sekarang kan? Macam ni keadaan Ammar kalau remote control, air kotak or ape sajelah barang yang dia suka n pegang kita ambil atau tak bagi. Pandai tu, cam berlakon. Siap kuar air mata lagi tu, sampai kesian orang tengok. Kalau dah bagi, ha... tersenyum, tersengih bagai...... Ammar, Ammar........

TOMYAM.....


Tomyam o Tomyam.....lama sungguh rasanya aku tak masak tomyam ni. Semalam tengok ada bahan sikit, tambah beli bahan lain. Ape lagi, siap..... cuma kurang serai je sebab serai dah terbakar beberapa minggu yang lepas. Erm...... sebenarnya masak tomyam ni senang je tau, nak belajar? Taknak pun tak pe sebab aku nak ajar gak.Hikhikhik....

Mula2, ketukkan bawang putih beberapa biji, tumis. Pastu masukkan ayam (kalau nak guna ayam la), masukkan air. Masukkan je ape yang kita nak macam, carrot, bunga kobis, baby corn, udang, sotong, daging, ape2 je la bahan yang biasa orang masuk tu....

Kemudian (cewah....ayat skema tu), yang paling penting kiub tomyam atau perencah tomyam, perahan limau, hirisan lada cili/titikan cili, belahan bawang besar, titikan serai ngan daun limau purut yang dibuang batang (nape buang batang?biar tak pahit mak kata).Ok..... Siap!!! Dapat tak?Tak dapat call saya k....Chau.... :)

Psss ; kalau daging tu pastikan dah rebus hingga empuk dulu lebih kurang 2 jam masuk minyak sikit, pastu guna air rebusannya k.......

SEEFOOD......

Ye......inilah cerita yang aku nak bawa Adif tengok wayang sebab setiap kali iklan, dia asyik cakap je bila cerita ni nak disiarkan kat tv. Kebetulan masa dan waktu tayangannya sangat sesuai ngan aku, so ape salahnya cuti semata nak ajak anak tengok wayang kan? Nak aku citer pasal citer nie ke? Erm....nanti aku fikirkan k (walaupun ada permintaan dari seorang silent reader). Hehehe.......

ROTI CANAI TIGA.......SIAP!!!

Ha......Roti canai tiga?hehehe....sebenarnya khamis ngan jumaat lepas aku amik cuti, saje je dah penat dah melayan kerja2 2bulan tanpa cuti rehat. Cuti kecemasan adalah sehari, tu pun sebab mak sedara suami datang atas urusan peribadi. So, takkan orang datang aku nak gi kerja cam biasa. Datang mengejut, cuti pun mengejut la.....Hehehe

'
Yes!!! Dah sampai pun.

Rabu, 7 Mac 2012

LAPAR AGAKNYER.....

Sebelum makan.......

Hehehe...... pagi tadi aku sempat kuar makan ngan budak2 pompuan kat office ni. Gi depan rumah MB. Dak2 lelaki cover line la kan, asyik2 perempuan je yang jaga pejabat. Mana aci beb! Nasib office tu tak reti jaga diri, kalau tak, die mesti cakap " pergi la semua....aku leh jaga diri" hehehe.Tapi.... kalau tul2 office ni bersuara rasanya masing2 demam seminggu terus....Hehehe..

Selepas makan.......

Tengoklah betapa laparnya perutku ini. Habis, licin, bersih....... Lapar agaknyer....Alah, ni kira ok la kan, tak membazir....... (malu nak mengaku, pssss....jangan bagi tau orang lain ye. rahsia)

NAIB SETIAUSAHA YASSIN 2012 - 2014

Tiada ku sangka, pada tanggal 18.02.2012 aku boleh dilantik memegang jawatan dalam AJK Kumpulan Yassin Zon C Pulai Emas/Pulai Jaya. Ceritanya begini, pada tarikh tersebut aku telah menghadiri Mesyuarat Agung yang ditetapkan. Salah seorang ahli (Naib Pengerusi lama) yang bernama Kak Mala telah mencadangkan nama aku. Pastu, seorang lagi ahli mencadangkan nama orang lain. Waktu tu malunya aku sebab aku sangka tiadalah orang yang ingin mengundi aku sebab aku dari Pulai Jaya menumpang Kumpulan Yassin Pulai Emas ni. Manakala calon seorang lagi memang duduk di Pulai Emas.

Tetapi tiadaku sangka majoriti memilihku. Aku mendapat 32 berbanding 2 undi. Tak tau nak gambarkan perasaan aku waktu tu, terharu pun ada sebab tak sangka mereka semuanya ikhlas dan tidak pilih bulu orang cakap. Maksud aku, walaupun mereka tahu aku hanya menumpang join yassin ditempat mereka, mereka tetap pilih.

Dengan ini aku ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang mempercayai aku dan aku akan cuba berusaha beri yang terbaik untuk kalian semua. Terima kasih sekali lagi.

Isnin, 5 Mac 2012

ILMU UNTUK DIKONGSI BERSAMA

O...aku lupe lak nak bagi tau serba sedikit info yang aku dapat masa dengar taklimat penegahan kebakaran hari tu. Meh kita kongsi n amalkan bersama sebab kalau dah tengok kesan2nya, memang seram lah.

Mula2 kalau pasang peti ais, dalam 3bulan sekali mesti matikan dalam masa 1 jam sebab peti ais ni guna elektrik berpanjangan. Die nak rest gak.... Pastu, jangan amalkan guna standby mode lebih 6 jam (ala, yang keluar cahaya merah tu kalau kita tekan butang atas remote tu).....

Kalau kita tekan suis kat rumah macam nampak cahaya elektrik tu, baik minta orang yang pakar check litar. Lagi.....apa ek, o...kalau berlalu kebakaran yang mengeluarkan asap yang banyak, sesape yang berambut panjang, baik ikat selain tutup mulut sebab asap tu die lagi bahaya, die bawak molekul bara yang halus yang leh membakar cam kalau kite bakar hujung kertas ngan ubat nyamuk.....faham tak? Hehehe.... ini serba sedikit info tentang langkah pencegahan. Banyak lagi, tapi tak berapa reti nak explain la...

Khamis, 1 Mac 2012

CERAMAH PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pagi tadi ade pegawai dari Pusat Pencegahan Kebakaran Malaysia datang bagi taklimat pagi pencegahan kebakaran. Cian gak sebab bape orang je yang datang. Katanya taklimat ni free, kalau kat luar kena bayar. Bagus gak dengar, banyak info yang aku dapat. Sebenarnya tak rugi malah untung gi dengar ceramah ni, tapi nape ramai orang tak nak join ek.... Pencermah tadi oklah, cuma laju je die bagi ceramah. Tapi still ok lah orang cakap.

Petang ni kul 3.00 hingga 4.00 ada tarian satu malaysia. Aku da siap2 bawak baju. Tengoklah sape yang nak gi, aku tumpang je.... Bersemangat tu. Hehehe. Bukan pe, kerja yang urgent sangat pun dah kurang. Minggu depan siap dah apply cuti tu, nak balik kampung n tengok wayang, harap semua berjalan seperti yang dirancang.......