SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Jumaat, 30 Mac 2012

REHDA......

Mesej dari adik sekitar jam 9.11 PM 29/03/2012 yang berbunyi "Xpe net, kte redha je..kte xsmpai ati dgr mak ngs..xnk die susah ati plak.." sangat2 menyentuh hati dan sanubari aku. Masih terngiang2 suara & tangisan 2 insan yang ku sayang ini dicorong telinga melalui panggilan telefon yang dibuat & ku buat malam tadi. Kenapa semua ini terjadi disaat kami tidak mahukannya. Yela, siapa boleh menduga apa yang bakal terjadi. Aku turut bersedih tapi ku tahan air mata yang menggenangi mata dari jatuh membasahi pipi. Tak sangka aku perlu harunginya lagi sekali. Menyembunyikan rasa sedih dihadapan rakan2 pejabat, orang2 dirumah sepertimana yang aku pernah buat masa putus tunang dulu. Abah.....onet tak pernah salahkan abah, mungkin salah kami juga yang tidak mengerti dan mengambil berat. Maafkan kami.......Kami Redha.

Tiada ulasan: