SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 7 Mac 2012

NAIB SETIAUSAHA YASSIN 2012 - 2014

Tiada ku sangka, pada tanggal 18.02.2012 aku boleh dilantik memegang jawatan dalam AJK Kumpulan Yassin Zon C Pulai Emas/Pulai Jaya. Ceritanya begini, pada tarikh tersebut aku telah menghadiri Mesyuarat Agung yang ditetapkan. Salah seorang ahli (Naib Pengerusi lama) yang bernama Kak Mala telah mencadangkan nama aku. Pastu, seorang lagi ahli mencadangkan nama orang lain. Waktu tu malunya aku sebab aku sangka tiadalah orang yang ingin mengundi aku sebab aku dari Pulai Jaya menumpang Kumpulan Yassin Pulai Emas ni. Manakala calon seorang lagi memang duduk di Pulai Emas.

Tetapi tiadaku sangka majoriti memilihku. Aku mendapat 32 berbanding 2 undi. Tak tau nak gambarkan perasaan aku waktu tu, terharu pun ada sebab tak sangka mereka semuanya ikhlas dan tidak pilih bulu orang cakap. Maksud aku, walaupun mereka tahu aku hanya menumpang join yassin ditempat mereka, mereka tetap pilih.

Dengan ini aku ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang mempercayai aku dan aku akan cuba berusaha beri yang terbaik untuk kalian semua. Terima kasih sekali lagi.

2 ulasan:

  1. Tahniah Fara..

    Jaga kepercayaan yg org dah bagi tu ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Hajar....Hajar...lama tak en3. Nape? lom sihat lagi ke?

      Padam