SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Rabu, 28 Mac 2012

SINOPSIS SEEFOOD VERSI AKU.HEHEHE...... (PART 2)

Oklah aku sambung citer ni. Cian lak kat Nurul tertunggu eh.... Kalau orang mengandung tunggu hari agaknya dah bersalin baru tau sambungan citer nie. Hehehe. Maaf ye Nurul..... K, lepas je Julius kegagalan menangkap ayam tadi dia pulang ke dasar laut n dapati Pup takde. Mase tu Pup dah naik atas tanah tuk cari telur2 yang dicuri manusia. Pup tahu yang die sebenarnya boleh bernafas diudara tanpa air.

Dengan rasa gelabahnya Julius mencari idea cam ne nak mencari & selamatkan Pup. penyu tahu Octo bijak, lalu disuruhnya Octo cipta sesuatu yang boleh buat ikan ni berjalan di darat. Dalam Masa yang sama terfikir gak Octo, bagus gak kalau Julius naik ke darat & tak balik2 sebab die rasa selamat tanpa kehadiran ikan jerung tu.

Lalu pencarian pun bermula. Naikla Julius ke darat diiringi pengiring die yang menjadi kakitangan. Sepanjang perjalanan berjumpalah ngan pelbagai halangan n satu ketika terserempak ngan ayam2 yang sebelum ni hendak dimakan. Oleh kerana ayam2 ni ingat Julius nak makan dioerang semua. Di sakatnya Julius sampai tertangkap oleh manusia yang mengambil telur2 yang Pup jaga tu. Sebelum tu Pup dah berjaya bawa telur ke pantai.

Jadi....Pup lak cari Julius. Kejar mengejar semua berlaku la dengan adegan ketam yang menolong sebab sebelum tu Julius tolong ketam jatuhkan buah kelapa. Termasuk gak ayam2 yang dah tau buat salah.

Kat laut lak, kumpulan jahat tu dah mula menyerang. Ikan yang asalnya cam berpaling tadah dah baik. Die cube bantu mana yang boleh. Telur tadi dah menetas masa kat darat. So, terlalu kecil ikan2 tu kalau nak lawan.

Pastu bile semua selamat kat darat, Julius turun dasar luat n bantu rakan2 die. Maka, berundurlah group jahat ni.Semua selamat n happy ending.... Abis... eh!silap.TAMMAT....

p/sss: maaf ye sebab apa yang dihuraikan disini mungkin tak sama ngan yang ditonton atas sebab2 penulis blog ni (akula) tak suka baca novel n buat ayat meleret2 tu.Kang kalau aku tulis cam novel contohnya hembusan bayu pagi laut yang mendamaikan terasa menusuk di segenap sanubari kang, korang siap boleh print wat novel kang....Hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan