SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 12 Mac 2012

TOMYAM.....


Tomyam o Tomyam.....lama sungguh rasanya aku tak masak tomyam ni. Semalam tengok ada bahan sikit, tambah beli bahan lain. Ape lagi, siap..... cuma kurang serai je sebab serai dah terbakar beberapa minggu yang lepas. Erm...... sebenarnya masak tomyam ni senang je tau, nak belajar? Taknak pun tak pe sebab aku nak ajar gak.Hikhikhik....

Mula2, ketukkan bawang putih beberapa biji, tumis. Pastu masukkan ayam (kalau nak guna ayam la), masukkan air. Masukkan je ape yang kita nak macam, carrot, bunga kobis, baby corn, udang, sotong, daging, ape2 je la bahan yang biasa orang masuk tu....

Kemudian (cewah....ayat skema tu), yang paling penting kiub tomyam atau perencah tomyam, perahan limau, hirisan lada cili/titikan cili, belahan bawang besar, titikan serai ngan daun limau purut yang dibuang batang (nape buang batang?biar tak pahit mak kata).Ok..... Siap!!! Dapat tak?Tak dapat call saya k....Chau.... :)

Psss ; kalau daging tu pastikan dah rebus hingga empuk dulu lebih kurang 2 jam masuk minyak sikit, pastu guna air rebusannya k.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan