SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Ahad, 11 November 2012

CARD FOR AHMAD - EXAM NOV 2012

Bukan sekadar kad, hadiah pun ade tau.....

Dak perempuan kata, ala.... so sweet, Dak lelaki kata, ala....ngada2....Ah!biarkan kata2 itu yang penting pada 7hb yang lalu aku saja merajinkan diri follow sorang member ni yang nak cari barang kat Leisure Mall, Taman Pelangi. Tanpa diundang, aku tawarkan diri nak ikut... Hehehe. Tak malu kan? Tapi..... ha, ade tapinya.... jangan main2, bukan teman saje2 tapi ade udang disebalik mee... Ha... seperti kebiasaannya sifatku yang suka sangat main bungkus2 hadiah, tulis2 kad ni, bagaikan orang mengantuk disorong bantal, aku tak lepaskan peluang membeli kad tuk suami yang akan menduduki peperiksaan buat sem kali ini pada 18, 21 dan 24 Nov ni. Kad n hadiah ni aku dah bagi, so leh la entry :) Aku doakan Ahmad akan dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang dan jawab dengan betul.... Semoga berjaya la orang kata. Eh! jap, korang nak tau gak ke hadiah pe? Set alat tulis la.... Hahaha... ntah pe2 ntah aku ni, ingat nak jawab kertas SPM ke ape? Hehehe.

Psssss nak bisik ni... "comel tak kad ni? Comel kan? Comel Kan? Hehehe......"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan