SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Ahad, 11 November 2012

JAMUAN PERPISAHAN SHIDA & LINDA - JB Catering

Ya....sepertimana yang kami di pejabat maklum, lebih kurang sebulan lepas telah dimajukan cadangan pertukaran bagi kedua2 rakan dalam pejabat aku ni. Shida dan Linda. Walaupun diduga tetapi yang agak mengejutkan kerana keduanya membuat kerja yang sama, maksudnya tempat yang ditinggalkan akan diisi dengan orang yang baru sangat dalam bidang tu, kira mentor la diorang ni :) Tempat Shida akan digantikan dengan Shida gak nama dia, tapi tempat Linda terbiar kosong belum ada calon. Tapi tak tau la kalau mungkin, kekosongan tu telah diintai oleh orang2 yang ingin bertukar ke Johor kan sebab sekarang gunasama, sesiapa pun boleh minta tukar asal ade kosong.

Nampaknya takyah main teka teki, memang dah terang tanpa bersuluh, kami raikan mereka di JB Catering, Larkin.....

Antara wanita yang hadir :)

Syok tul Kak Ita makan, berselera beno nampaknya, maklum ajelah leh makan apa je sampai kul 3.00 petang......

Oklah, ni gambar sewaktu Linda ngah bagi ucapan tuk semua :) Amboi Shida, terpancar cahaya kegumbiraan, mana taknya, masing2 dapat tukar tul2 dekat ngan kediaman :) Semoga berjaya ditempat baru aku ucapkan buat mereka. Jangan nakal2 tau.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan