SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Khamis, 1 November 2012

NEW JOB ... ME ;-P

Ah!!!!! leganya hari ni sebab cuti dapat aku bersantai2 kat rumah pagi2 hari ni.... Takdela kelam kabut terkejar2 memandu tuk elak punch card merah. Tapi.... bukan satu hari ni dapat bersantai sebab jap lagi dalam kul 9.30 pagi aku akan memandu pulang ke kampung, amik mak dan seterusnya gi Kluang tuk sama2 cari barang bagi persiapan tunang & kawin Komai. Maklum ajelah, ni kira projek pertama aku sebagai perunding majlis. Hahaha... Komai la lantik aku. Ntah ape2 ntah.... Bila? Tunggu.... 

Sebenarnya bukan hal cuti ni yang aku nak cakap, tapi nak buat pemberitahuan pada member2 yang sering mengikuti aku kat laman muka buku, ala.... singkatan FB tu, aku bukan lenyap, lesap, gagal dihubungi, bolos, atau....ape2 la yang korang fikir. Tapi aku hanya mendiamkan diri :) Just for ur info, aku da dapat kerja baru. Nak tau pe? Betul ni.... tak menyesal? Silent Reader.... Hahaha... Yang pasti kalau masih berminat tuk mengikuti aku, just follow my blog k. Aku hargai sangat2 pada member2 yang ade juga menyatakan kerinduan pada aku, bertanya ke mana pergi, lama tak nampak online, lama tak nampak update status, lama tak nampak comment n tak dapat line ke kat pejabat..... Tu la antara persoalan yang biasa kudengar dan ditimbulkan oleh mereka2 yang menyayangi aku (agaknya la, hehehe) dan aku sayang gak sebagai kenalan... Terima kasih banyak ye :D

So, harap pasni kalau rase rindu sangat tu, just PM je kat FB tu. Aku akan balas bila ade kelapangan masa sebab aku memang buka FB tu cume, lihat2, baca2 gitu je :) Yang aku main tulis2, taip2 ni ha.... blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan