SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Selasa, 26 Februari 2013

TANJUNG SEPANG BEACH RESORT, TELUK RAMUNIA

Hari ni aku nak muatnaik gambar masa Family Day, BKKS, FKE, UTM Skudai pada 22/02/2013 & 23/02/2013 yang lalu. Gambar yang kami amik tak banyak, tapi dapatlah wat kenangan. Tempat ni memang oklah, seperti yang di gambarkan dalam www.tanjungsepang.com kalau tak silap. Angin malam memang kuat, siang pun sama.

No. telefon yang boleh dihubungi sekiranya ada pertanyaan.

Pintu masuk

Sewaktu air masih surut dapat bermain & berjalan di tepi teluk

Saje nak lapangkan tangan

Pe lagi, gambar da mesti

Istana pasir yang da macam penjara sekali tengok, sebab tu tak memang....... Hehehe

Adif dan istana pasirnya. Bersungguh.

Gambar keluarga yang menjadi salah satu syarat dalam aktiviti cari barang. Syukurlah kami menang...... No. 1

Malam meraikan birthday bulan Februari. Ammar yang sepatutnya pakai, tapi Adif biasalah.......

Tempat kami menginap malam tu, tapi ni gambar dah siang........

Lagi satu gambar. Hehehe

Pemandangan jambatan yang mesti dilalui tuk gi tempat penginapan

Tengok, no entry, memang nak tak nak kena jalan gak kan......

Rajin tul menolak barang2 kami Ammar ni...... Adif tunjuk jalan

Haa....tengoklah, peginya satu malam je, tapi sebab dah memenangi beberapa acara, so banyaklah yang dibawa pulang......

Isnin, 25 Februari 2013

HADIAH HARI LAHIR AHMAD KE-33


Haa....birthday Ahmad kali ini aku dah rancang baeekkk punye. Kononnya nak suprise ngan menggunakan pos laju, tapi macam biasalah, aku bukan ade satu je perancangan, pastinya ada plan B & C. So, nak dijadikan cerita, plan asal tak menjadi, aku guna plan C. Maksudnya bagi je direct pada dia dengan tiada perasaan pe2. Hehehe... 

Aku ada buat buku ucapan yang aku minta kawan2 tulis tau, tapi tak sempat nak amik gambar lak. Nanti kalau ada aku letak k..... Susah gak nak merealisasikan buku tu sebab nak minta member dia tulis tanpa pengetahuan dia bukannya mudah. Terpaksa bersorok2 dalam beg n amik masa dia mengacarakan majlis masa family day. Well, pe2 pun aku nak ucap terima kasih kat semua member aku n dia yang sudi mengarang ucapan kat dalam kad tu. Thanks u olls.

PELBAGAI KISAH 5 HARI BERTURUT

Erm....hari ni sebenarnya aku rasa cam takde mood.Bukan sebab pe2, cuma ntahlah... Kalau nak tau, malam tadi aku rasa sukar nak tido, tetiba je sayu hati aku melihat Adif ngan Ammar tido lalu aku menitiskan air mata. Berkali-kali aku memeluk dan mencium mereka. K la, aku pun tak mau buang masa, aku nak citer tentang apa yang berlaku dalam 5 hari bermula khamis lepas.

Khamis - Aku happy sebab buat pertama kali warga perjawatan berkumpul malam n main badminton bersama.

Jumaat - Aku happy gak sebab cuti n gi family day BKKS, FKE, UTM Skudai.

Sabtu - Suasana bertukar sayu sebab mendapat khabar seorang sepupu Ahmad di Muar telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan.

Ahad - Aku cemas dan sayu hati ekoran Ammar terkunci dalam bilik seorang diri. Menangis sakan dia memanggil namaku.

Isnin - Ahmad happy dan aku tumpang gembira sebab hari ini hari jadi Ahmad.

Cerita lanjut aku akan ceritakan dalam N3 selanjutnya bila ada kesempatan ye. Cau cin cau......

Isnin, 18 Februari 2013

KERETA KAWALAN JAUH - SIAPA YANG NAK NI SEBENARNYA.....



Erm...sekarang kul 9.15 pagi....tak pe kot amik masa sikit just nak tenangkan hati sebelum buat keje.Hehehe... Alahai...dah la sampai 10 minit lewat, leh lak nak amik masa lagi tu ek. Tu belum kira makan roti jala, gi berjalan beli sarapan. Hikhikhik....... K la, saje je nak upload gambar kereta control ni. Yang atas Adif punya, yang bawah tu yak Ammar... Eh!Ahmad la.... takkan Ammar lak main kete control besar tu, yang kecil yang senang pun dia main tekan2 je ketenye. Harga kete biru RM40, yang hitam pulak RM70. Yang hitam tu leh pecut tau....tapi biasalah, kuat guna bateri. 

Asalnya Adif da ade kete lain yang harga RM37 kalau tak silap, tapi bateri tak boleh cas, so membazir kan? Yang ni boleh... Pastu, nak dijadikan cerita, semasa Ammar suruh aku galihkan karpet, Adif tersandung karpet tu semasa memegang kete dia. Tercabut satu tayar.... Tapi hebat tak hebat, kereta masih berfungsi dengan baik. Cuma.... sayu lak tengokkan bila die bermain kat luar, tayar nak kene tampal lak.  Ade takde, ayah die (Ahmad la) mengapi2, jadi batu api.... kata aku yang salah n minta aku belikan yang baru. Dan samarannya berjaya sampai Ahmad2 pun dapat satu kete, tapi aku tambah sikit je. Hehehe. Buat teman Adif katanya.... Tapi bukan main seronok aku tengok petang2 mereka bermain kalau sampai rumah awal.... :-)

Khamis, 14 Februari 2013

KENA HEMPAP....SESAK NAFAS TU.....

Erm...aku kurang pasti kalau semua orang penah mengalami pengalaman kena hempap ni. Tapi bagi aku sendiri, kejadian terkini, terhangat yang masih lagi segar dalam ingatan aku ialah pada jumaat minggu lepas sewaktu aku baru terlelap kat bilik pengantin baru tu. Tu kira paling baru, akhir nanti aku citer cam ne tapi sekarang aku nak citer beberapa peristiwa yang aku sendiri alami dan pastinya kekal dalam benak fikiran ni.

Pengalaman pertama : Bilik Abah.
Haa... waktu u aku kira umur dalam belasan tahun, kami adik beradik tidur di bilik yang sekarang menjadi tempat tidur abah. Pada ketika tu, aku tidur paling tepi da berhampiran tingkap. Masa dalam mamai2 nak terlena tu, minda separuh sedar aku bagaikan ternampak satu bentuk seakan manusia lelaki tetapi dalam bayangan gelap, masuk melalui tingkap dan menghempap badan aku. Aku jadi lemas, sesak nafas dan cuba bermacam ayat tetapi agak sukar. Selepas beberapa ketika bila dapat aku menyebut nama Allah barulah lepas segalanya. Lalu aku tersentak dan melihat tingkap tertutup rapi.

Pengalaman kedua : Bilik Mawar, Uitm Shah Alam.
Ha...ni terjadi masa aku sem akhir diploma kat sana. Kami dapat duduk di Kolej Mawar yang merupakan tempat pelajar Degree. Cuma dua orang je satu bilik, syok... tapi yang tak syok, masa musim exam dan cuti sem bermula dimana ramai pelajar yang da habis exam balik awal. Tinggallah beberapa orang sahaja yang masih belum tamat exam yang ada termasuk aku dan rakan-rakan. 

Masa peristiwa tu Sab rakan sebilik aku sedang mengulangkaji pelajaran, dia memang rajin. Aku lak, biasalah mesti tidur sebelum exam, so bila aku lelap je, sama macam peristiwa lalu aku perasan cam ada 'seseorang' masuk bilik dan menghampiri katil, pastu yang buat aku terasa sangat, tilam aku bagaikan agak tenggelam sebab lutut 'dia' dan mulala aku rasa cam dihempap. Aku nampak Sab, jerit2 panggil nama dia, tapi dia tak perasan langsung aku sedang bergelut sendiri sebab pada pandangan dia, aku tidur lena. Bila mana aku tersentak, aku terus dapatkan Sab dan cakap nak tidur sebelah dia. Esoknya baru aku citer nape. Rupenya bukan aku saje yang mengalami peristiwa kena hempat ni, Didie pun kena, dia lak perasan nenek tua ngan cucu yang datang kat dia.

Pengalaman terkini : Bilik pengantin.
Ok....yang ni macam yang aku cakap awal tadi. Jumaat lepas aku balik kampung, da terang2 la satu bilik kosong, bilik pengantin. Kami apa lagi terusw melulu masuk bilik, hari pun dah malam. Anak2 pun dah tidur. Aku ngan muka bersolek, terus terlena. Ha... cam mengantuk disorong bantal, fikiran aku terus melayang mencari mimpi yang bakal ditayang, pastu pe lagi, benak fikiran ni mula bercelaru dan mulala sesak nafas kena hempap.Aku kuatkan badan, sebut nama Allah, barulah lega, tapi dek kerana mata yang terlalu berat ni, aku hampir terlena lagi. Tapi kali ni aku amik inisiatif tuk tidur mengereng sebab ada orang kata tidur macam tu dapat elakkan perasaan kena hempap, tapi takde maknanye, kali ni lagi jelas aku perasan 'seseorang' tersenyum datang ke arah aku, duduk sebelah aku pastu bila 'dia' mula menepuk punggung aku, teruslah dada aku terasa berat. Ai... sekali lagi. Aku cepat2 baca apa yang patut, pastu terus bangun basuh muka, kaki, tak mau lelap terus, tonton citer, pastu baru tidur tapi kat sebelah lain. Aman.... Hehehe.

Rabu, 13 Februari 2013

HANTARAN PERKAHWINAN MAI & SYED

Ha...dalam sesuatu majlis perkahwinan, biasanya yang dok orang sibuk nak tengok ialah pengantin, pelamin, bilik dan yang pasti lagi bersungguh orang nak tengok ialah hantaran....... So, tak yah susah2 kat sana sebab kat sini aku letakkan gambar hantaran masa majlis perkahwinan Mai & Syed. Maklumlah aku kan perunding majlis yang daftar dan lantik sendiri, ade takde nak gak promote kan apa yang aku buat. Hehehe....

Aku namakan sirih junjung koboi sebab main memandai je buat. Hehehe.......

Hantaran dari pihak kami pengantin perempuan. Ha...kalau nak tau, yang berbakul2 tu, yang berfesyen2 tu, penuh seni tu.... aku... tak buat. Tu Kak Ana yang kreatif la yang buat, aku cuma yang main letak2, reben2...ade lapik kain felt hijau tu, baru aku buat.... Hahaha....

Yang ni lak dari pihak lelaki. Nampak cam sikit, tapi isinya banyak sebab mereka kan datang dari jauh, pakai kotak gabungkan, lagi senang dan selamat, tapi korang cubelah tengok, kotak bukan sebarang kotak tau.... Dengarnya beli kat sempadan Thailand sana. Jauh tu, susah nak dapat.....

SEDONDON BARU CANTIK...HEHEHE

Ok....kali ni aku menyerah kalah sebab dulu aku penah mengeluarkan kata-kata yang tak suka baju sedondon ni, tapi bila Adif mula bertanya mana baju dia yang warna sama ngan Ammar masa raya tahun lepas, aku mula decide pasni kalau nak beli baju tuk dieorang mesti sama colour. Dah tu, alang2 sama warna, baik terus sama je kan? Pastu lak, dah alang2 anak-anak baju sama colour, tak salah la kalau ayah ngan mama dia pun nak join sekali. Ye tak? Hehehe.... Bijak tul berkata-kata bila nak betulkan keadaan aku ni kan? Erm... maybe tu kelebihan yang Allah beri pada aku. Hehehe... Masuk bakul, angkat sendiri la pulak ek... Hahaha....

Tema majlis diambil selepas melihat baju Rozita Che Wan dalam iklan Sapi Rania... Ungu Gold.

Tema tak tau dapat dari mana, tapi yang pasti aku pun main redah je. Asal sama, tapi bukan sama ngan pengantin, sama ngan suami ngan anak2 la. Eh! silap, baju aku beli dulu, so aku paksa rela mereka ikut warna baju aku. Hehehe....

ULANG TAHUN AMMAR FAHRI YANG KE-2


Selamat hari jadi....... Selamat hari jadi....... Selamat hari jadi Ammar....... Selamat hari jadi.......


Haa.... suara gerangan siapakah itu... Hik hik hik... Siapa lagi, kami la.... Erm... nampaknya sambutan ulang tahun Ammar sama je macam tahun lepas, tiada yang istimewa melainkan ingatan kami yang sangat beharga dan tak ternilai harganya. Ammar lahir pada raya cina tahun 2011 iaitu 03.02.2011. Hari pertama sambutan raya cina. Kalau tak tau la kan, saja nak bagi tau. Tarikh lahir 03 Februari tu sama ngan tarikh lahir kakak aku, siapa lagi kalau bukan Kak Ana, teman baik aku Wani & kawan yang amat berjasa sewaktu aku praktikal dulu yang tolong bawakan bantal, baldi dan sebagainya ke rumah sewa iaitu Nasrim. Selamat menyambut hari lahir gak kat kamu bertiga, semoga berbahagia hendaknya.

Hadiah Ammar pada kali ni, Ahmad belikan meja belajar tu, aku baju yang Ammar pakai n kek Angry Bird tu la. Erm.... tak sangka, da besar da anak-anak aku. Adif pun dah masuk tadika tau... nanti aku N3 masa Adif mula masuk tadika ye. Oklah... untuk Ammar Fahri " Mama doakan Ammar sentiasa sihat, berbahagia, berjaya dan di rahmati Allah selalu hendaknya...."

'FREE GIFT DUMEX DUGRO' LAGI.....



Selamat tengahari.....hehehe....amboi...punyelah banyak masa ek, sampai pagi N3, tengahari N3, silap2... petang ngan malam pun N3 gak.... Hehehe. Ala.... bagi la can kat member korang yang satu ni. Dah lama sangat tak menaip, meluah, mengolah ayat. Kan3....? Saje je. Lagipun sejak tonton Istambul Aku Datang, tengok Lisa dok N3 blog je, mana tahan. Rasa gatal je tangan ni nak menaip. Korang dah tengok? Kalau tak silap blog yang Lisa buat tu D is 4 Diva. Rasanya la.... Hehehe. K la, ni just tuk tatapan ibubapa yang rajin dan menggunakan Dumex Dugro. Free gift yang aku baru je dapat tuk bulan ni. Masa tu suami beli 3 paket seingat aku.

MAJLIS PERKAHWINAN MAI & SYED

Selamat pagi semua....hari ni kalau nak tau, aku sampai pejabat awal tau...sebab sekitar jam 6.15 pagi tadi aku mendongak ke langit, awam berkepul2...gelap memayungi bumi.... So, oleh kerana tak mau 'punch card' aku jadi kuih lapis cam bulan lepas (pagi merah, petang hitam) tu yang aku cepat2 tu bersiap n bertolak.... Eh! jap, lupe lak. Aku bukan nak citer pasal kedatangan awal aku pagi ni la, tapi mengenai majlis perkahwinan adik aku yang telah menjadi salah satu sebab kesibukan aku beberapa bulan ni. Hehehe...

Ni masa nikah, kami buat kat surau. Pihak lelaki memang berniat bagi lebih RM1000 tuk mas kahwin. So, jadilah RM1,022.50.... Kata Tok Kadi muda tu, sayang benar suami pada isteri ni, sebab paling banyak setakat ke hari tu die nikahkah, orang tambah RM300 je. Untung badan la ye Mai.....

Ni gambar persandingan di rumah aku. Oleh kerana ruangan pelamin tu agak sempit, ni je la yang dapat aku paparkan kat korang. Erm...baju ni buat sendiri tau... Mai tengok design kat surat khabar kalau tak silap.

Ha...ni pulak kat belah lelaki la kan...Kebanyakkan kat sini, pihak sebelah lelaki buat sendiri, termasuklah pelamin, meja makan, solek dan lain2 la.... Baju pun buat sendiri, tapi tu baju.... Ah!mane leh cakap lebih2.... Kang pengantin marah. Jangan marah ye... kang cepat tua...nak pegi oversea kan... Hikhikhik...

Nota :-
Kalau kat Perak (Syed tu orang Perak), mereka berdua ni tak dipanggil Mai & Syed sebab dah ada menantu nama Mai & Syed ni nama keturunan, so semua Syed. Jadi mereka dikenali sebagai..... Misz & Fahmi.