Erm....hari ni sebenarnya aku rasa cam takde mood.Bukan sebab pe2, cuma ntahlah... Kalau nak tau, malam tadi aku rasa sukar nak tido, tetiba je sayu hati aku melihat Adif ngan Ammar tido lalu aku menitiskan air mata. Berkali-kali aku memeluk dan mencium mereka. K la, aku pun tak mau buang masa, aku nak citer tentang apa yang berlaku dalam 5 hari bermula khamis lepas.
Khamis - Aku happy sebab buat pertama kali warga perjawatan berkumpul malam n main badminton bersama.
Jumaat - Aku happy gak sebab cuti n gi family day BKKS, FKE, UTM Skudai.
Sabtu - Suasana bertukar sayu sebab mendapat khabar seorang sepupu Ahmad di Muar telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan.
Ahad - Aku cemas dan sayu hati ekoran Ammar terkunci dalam bilik seorang diri. Menangis sakan dia memanggil namaku.
Isnin - Ahmad happy dan aku tumpang gembira sebab hari ini hari jadi Ahmad.
Cerita lanjut aku akan ceritakan dalam N3 selanjutnya bila ada kesempatan ye. Cau cin cau......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan