SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 18 Februari 2013

KERETA KAWALAN JAUH - SIAPA YANG NAK NI SEBENARNYA.....



Erm...sekarang kul 9.15 pagi....tak pe kot amik masa sikit just nak tenangkan hati sebelum buat keje.Hehehe... Alahai...dah la sampai 10 minit lewat, leh lak nak amik masa lagi tu ek. Tu belum kira makan roti jala, gi berjalan beli sarapan. Hikhikhik....... K la, saje je nak upload gambar kereta control ni. Yang atas Adif punya, yang bawah tu yak Ammar... Eh!Ahmad la.... takkan Ammar lak main kete control besar tu, yang kecil yang senang pun dia main tekan2 je ketenye. Harga kete biru RM40, yang hitam pulak RM70. Yang hitam tu leh pecut tau....tapi biasalah, kuat guna bateri. 

Asalnya Adif da ade kete lain yang harga RM37 kalau tak silap, tapi bateri tak boleh cas, so membazir kan? Yang ni boleh... Pastu, nak dijadikan cerita, semasa Ammar suruh aku galihkan karpet, Adif tersandung karpet tu semasa memegang kete dia. Tercabut satu tayar.... Tapi hebat tak hebat, kereta masih berfungsi dengan baik. Cuma.... sayu lak tengokkan bila die bermain kat luar, tayar nak kene tampal lak.  Ade takde, ayah die (Ahmad la) mengapi2, jadi batu api.... kata aku yang salah n minta aku belikan yang baru. Dan samarannya berjaya sampai Ahmad2 pun dapat satu kete, tapi aku tambah sikit je. Hehehe. Buat teman Adif katanya.... Tapi bukan main seronok aku tengok petang2 mereka bermain kalau sampai rumah awal.... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan