Erm...aku kurang pasti kalau semua orang penah mengalami pengalaman kena hempap ni. Tapi bagi aku sendiri, kejadian terkini, terhangat yang masih lagi segar dalam ingatan aku ialah pada jumaat minggu lepas sewaktu aku baru terlelap kat bilik pengantin baru tu. Tu kira paling baru, akhir nanti aku citer cam ne tapi sekarang aku nak citer beberapa peristiwa yang aku sendiri alami dan pastinya kekal dalam benak fikiran ni.
Pengalaman pertama : Bilik Abah.
Haa... waktu u aku kira umur dalam belasan tahun, kami adik beradik tidur di bilik yang sekarang menjadi tempat tidur abah. Pada ketika tu, aku tidur paling tepi da berhampiran tingkap. Masa dalam mamai2 nak terlena tu, minda separuh sedar aku bagaikan ternampak satu bentuk seakan manusia lelaki tetapi dalam bayangan gelap, masuk melalui tingkap dan menghempap badan aku. Aku jadi lemas, sesak nafas dan cuba bermacam ayat tetapi agak sukar. Selepas beberapa ketika bila dapat aku menyebut nama Allah barulah lepas segalanya. Lalu aku tersentak dan melihat tingkap tertutup rapi.
Pengalaman kedua : Bilik Mawar, Uitm Shah Alam.
Ha...ni terjadi masa aku sem akhir diploma kat sana. Kami dapat duduk di Kolej Mawar yang merupakan tempat pelajar Degree. Cuma dua orang je satu bilik, syok... tapi yang tak syok, masa musim exam dan cuti sem bermula dimana ramai pelajar yang da habis exam balik awal. Tinggallah beberapa orang sahaja yang masih belum tamat exam yang ada termasuk aku dan rakan-rakan.
Masa peristiwa tu Sab rakan sebilik aku sedang mengulangkaji pelajaran, dia memang rajin. Aku lak, biasalah mesti tidur sebelum exam, so bila aku lelap je, sama macam peristiwa lalu aku perasan cam ada 'seseorang' masuk bilik dan menghampiri katil, pastu yang buat aku terasa sangat, tilam aku bagaikan agak tenggelam sebab lutut 'dia' dan mulala aku rasa cam dihempap. Aku nampak Sab, jerit2 panggil nama dia, tapi dia tak perasan langsung aku sedang bergelut sendiri sebab pada pandangan dia, aku tidur lena. Bila mana aku tersentak, aku terus dapatkan Sab dan cakap nak tidur sebelah dia. Esoknya baru aku citer nape. Rupenya bukan aku saje yang mengalami peristiwa kena hempat ni, Didie pun kena, dia lak perasan nenek tua ngan cucu yang datang kat dia.
Pengalaman terkini : Bilik pengantin.
Ok....yang ni macam yang aku cakap awal tadi. Jumaat lepas aku balik kampung, da terang2 la satu bilik kosong, bilik pengantin. Kami apa lagi terusw melulu masuk bilik, hari pun dah malam. Anak2 pun dah tidur. Aku ngan muka bersolek, terus terlena. Ha... cam mengantuk disorong bantal, fikiran aku terus melayang mencari mimpi yang bakal ditayang, pastu pe lagi, benak fikiran ni mula bercelaru dan mulala sesak nafas kena hempap.Aku kuatkan badan, sebut nama Allah, barulah lega, tapi dek kerana mata yang terlalu berat ni, aku hampir terlena lagi. Tapi kali ni aku amik inisiatif tuk tidur mengereng sebab ada orang kata tidur macam tu dapat elakkan perasaan kena hempap, tapi takde maknanye, kali ni lagi jelas aku perasan 'seseorang' tersenyum datang ke arah aku, duduk sebelah aku pastu bila 'dia' mula menepuk punggung aku, teruslah dada aku terasa berat. Ai... sekali lagi. Aku cepat2 baca apa yang patut, pastu terus bangun basuh muka, kaki, tak mau lelap terus, tonton citer, pastu baru tidur tapi kat sebelah lain. Aman.... Hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan