SELAMAT DATANG KE BLOG FARADILA

Selamat datang ke halaman blogku.Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda yang amat berharga untuk membaca dan mengikuti blogku ini. Tiada apa yang ada disini melainkan luahan hatiku ini.Sekiranya ada yang terasa hati atau apa sekalipun, anggaplah ianya tiada kena mengena dengan diri anda atau sesiapa pun melainkan diriku ini.Maaf dipinta andai tersilap bicara, terkasar bahasa atau apa sahaja.Senyum-senyum selalu.Selamat mengikutinya.Terima kasih.

Isnin, 16 Mei 2011

FAMILY DAY DI DESARU DAMAI BEACH RESORT (HARI PERTAMA)


Pada 14/05/2011 & 15/05/2011 yang lalu, kami sekeluarga pergi menyertai 'Family Day Anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Sokongan, FKE, UTM Skudai. Hari ni, aku keletihan sangat, jadi ambil cuti. Esok memang dah terang2 cuti sebab Hari Wesak. Yang tu biar dulu, mari aku citerkan sikit hari pertama aku kat sana. Erm.....sebenarnya ada banyak gambar lagi, tapi ntah macam mana mase proses copy mengopy gambar nie leh hilang lak gambar2 yang dalam phone nie. Pelik aku. Tapi tak pela, mana yang tinggallah kite guna ye.



Penggembaraan bermula seawal pukul 10.00 pagi (katanye). Chewah.......penggembaraan tuh! Hehehe. Biasalah kan kiteorang diarah berkumpul kat depan Mc.D nie jam 10.00 pagi. Tapi seperti insan2 biasa kul 10.26 pagi nie pun lom gerak lagi.


Oopss......tetiba nasi dah terhidangkan? Yang nie kiteorang stop kat Kota Tinggi. Ala, tempat yang famous tuk makan belangkas tu. Waktu nie jam dah menghampiri kul 11.40 pagi. Walaupun baru kul 11.40, tapi perut nie lapar tuh.......


Aku ngan Ahmad (suami) dah tak beringat, nampak makanan terus makan, tak ingat dah kawan2 kat sebelah. Ammar ntah ke mana? Hehehe.


11.54 pagi, selesai sudah kami makan. Amik air sirap, sirap limau, limau suam, belangkas masak asam pedas tuk 2 orang makan, kobis tuk 2 orang makan kena RM20.40, tapi tokey tu kata RM20.00 dah la...... cam mahal kan?tapi belangkas susah nak cari. Kira berbaloi la. Ape kat tv tu cakap, berbaloi-baloi.


Aii bang, minum air pun nak amik gambar ker???


Aku pun sama. Hahaha.......


Haa......kat sini rupenye Ammar Fahri. Syukurlah si Siti nie dah sarap Mc.D n tak nak makan belangkas. So, dielah yang tolong jagakan Ammar sepanjang kiteorang makan tadi. Thanks Siti.......


12.31 tengahari : Perjalanan diteruskan. Tengok Ammar cam die plak makan n dah kenyang. Tido tak ingat dunia.


Adif susu dalam botol dah habis pun jadik.......


12.40 tengahari : Awam mendung mula berarak mengiringi perjalanan kami.


12.50 : dah sampai Bandar Penawar, hujan selebat tidak.


5.00 petang : Sebenarnye kul 3.30 petang kami ada sukaneka seperti larian dadu, bola racun, ntah ape lagi ntah namenye, tapi gambar aku tak dapat nak n3 sebab ntah kemana hilangnye (cam mula2 aku cakap tadi). Tapi yang nie kira aktiviti membina istana pasir.


5.01 petang : Saje amik gambar permandangan Pantai Desaru.


9.53 malam : Tukar hadiah sesame kakitangan. Yang nie semua orang kena bawa hadiah tak kurang RM10.00 tuk tukar-tukar. Time nie kami dapat hadiah .


Yang nie lak, kami cabut tuk beri orang hadiah.


9.55 malam : masing2 cam dah ngantuk, menunggu cabutan bertuah.


9.56 malam : Adif kata nak gambar die je diambil. Amik je la.


9.57 malam : Kata Adif : bila nak balik rumah nie......" Hahaha. Aku saje je reka ayat tue.


9.58 malam : Aku pun nak gambar gak.


10.08 malam : Ammar pun nak gambar sorang gak mama.......

Oklah, begitulah berakhirnye malam pertama kami di sana. Masing2 dah letih n penat. Tv pun harap suara je kuat, gambar tak terang. Ape lagi.Susun bantal, Tido la.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan